19 July, 2010

Koleksi Banknotes Cikgu Nizam



Baru-baru ini secara kebetulan BR sempat bertemu dengan seorang rakan iaitu Cikgu Nizam yang cukup berpengetahuan serta terkenal dengan hobinya yang berbagai iaitu bermula daripada memancing, memikat burung, memburu, melukis sehinggalah kepada mengumpul syiling dan wang kertas. Kebetulan pada waktu itu beliau sedang bersama koleksi wang kertasnya lalu BR pun mengambil kesempatan itu untuk memaparkan sebahagian daripada koleksinya itu untuk tatapan kita semua.


Cikgu Nizam disamping sebahagian daripada koleksi banknotes nya. Menurut beliau, hobi ini telah lama diceburinya dan beliau juga mengharapkan untuk mengenali lebih ramai lagi peminat-peminat numismatic ini untuk menambahkan lagi kenalan dan bertukar-tukar fikiran mengenai hobi ini.


Sebahagian daripada koleksi yang dilambakkan di atas meja. Kita ikuti koleksi banknotes ini satu persatu.


Ten Dollars Board Of Commissioners Of Currency Malaya And British Borneo.


Five Dollars Board Of Commissioners Of Currency Malaya.


Fifty Cents Board Of Commissioners Of Currency Malaya.


Twenty Cents Board Of Commissioners Of Currency Malaya.


One Cents Board Of Commissioners Of Currency Malaya.


Ten Dollars Board Of Commissioners Of Currency Malaya And British Borneo atau lebih dikenali sebagai 'Duit Kerbau'.


One Dollars Board Of Commissioners Of Currency Malaya And British Borneo atau lebih dikenali sebagai 'Duit Kapal Layar'.


Twenty Five Cents (atas) dan Ten Dollars (bawah) Board Of Commissioners Of Currency Malaya.


Five Dollars (atas), One Dollar (tengah) dan Ten Cents Board Of Commissioners Of Currency Malaya.


One Dollar dan Ten Dollars Board Of Commissioners Of Currency Malaya And British Borneo.


One cent, Five Cents, Ten Cents dan Fifty Cents The Japanese Goverment. Senang cakap orang panggil 'Duit Jepun'.


One Hundred dan One Thousand Dollars The Japanese Goverment.


Matawang Singapore.


Lagi matawang Singapore.


Matawang Malaysia dengan nilai RM 1 'uncut'.


Matawang Malaysia dengan nilai RM 2.


Matawang Malaysia dengan nilai Satu Ringgit, Lima Ringgit dan Sa-Puloh Ringgit.


Matawang Malaysia dengan nilai RM 20, RM 50 dan RM 100.


Matawang Indonesia pun ada dengan nilai Seratus Rupiah.


Matawang Malaysia dengan nilai RM 100.


Demikianlah sebahagian daripada koleksi wang Cikgu Nizam yang dapat ditunjukkan. Sebenarnya masih banyak lagi koleksi-koleksi beliau yang tidak dipaparkan disini memandangkan pertemuan kami cuma sekejap sahaja. Mungkin di lain waktu jika berkesempatan akan BR paparkan lagi.


Menurut beliau, sebenarnya banyak kriteria-kriteria yang diguna pakai oleh pengumpul-pengumpul wang kertas ini di dalam menilai keunikan sesuatu wang kertas dan mengapa ianya menjadi buruan collector. Dengan rasa rendah diri beliau mengakui bahawa masih ramai lagi di kalangan peminat-peminat numismatic yang berada luar sana yang memiliki koleksi wang yang lebih hebat.

23 Any comments?:

JonathanYam said...

i collect bank note aswell

http://jonathanyyc.blogspot.com/2010/05/banknotes-collections-part-1.html

fizacaldina said...

klu minat tu kn...sanggup wat ape saje yer..hhuhuhuhh..sy cuma ade saudi riyal n dinar jordan jer..

Amanda Eltiqaz said...

waaah....menariknya!! sy pasti perasaan dpt collect semua ni sama mcm perasaan sy klau dpt kumpul semua jenis setem dulu. =D

klikyudha said...

koleksi yang bagus

MGMSabri said...

salam, byk koleksi yg sabri masih tiada...
kebanyakan yg lama2 tu.
jika ada koleksi lbh leh jual kt sab murah2...hehehe.
kirim salam kpd cikgu Nizam iyer.

snowy said...

blog yang bagus, semua pasal barang lama,,blog yang sesuai untuk generasi muda lihat apa yang ada pada masa dahulu...

Syikin said...

banyaknya duit lame..dulu ayah ade gak simpan..tapi bila kena cuti terus malas nak kumpul lagi..

zz@mira said...

dulu sy ada simpan duit syiling lama...peninggalan nenek...tp tak tahu mn letak...nice collection.. :)

Abang Long said...

Menarik..teringat aku masa bekerja di Cash Center Maybank dulu..biasanya bila time nak raya (x kira raya ape), banyak duit baru sampai dari BNM. Masa tu lah sonok cek nak cari no siri yg best2 termasuklah duit baru yg pelik2 spt muka YDP Agung xde, muka sebelah xde gambar, duit potong senget dsbnya. Boleh jual sampai ribu2..
Jadi bila raya, we all pun raya sakan dengan hasil jualan hahaha.

CHAIN said...

wow!!!!






keren koleksinya!!!!

miSz tUna said...

rindu nk tgk bank note rm20 tu.. dulu ayah selalu guna buat beli petrol

Zona Indonesia said...

Wah ternyata barang lama sangat bagus.. saya lihat ada uang Bung Karbo juga... sangat oke.. I like... Peace :)

deasy said...

Mantaap nich koleksinya! Keep it up.. Great site

afro said...

saya pon ada koleksi.. duit kertas and duit syiling lama, seronok bila tengok balik.

entry untuk orang malas lipat kain??

Unknown said...

Wahh...terpegun teng0k k0leksi duit nihh...
Dulu minat jugak la buat k0leksi duit² mcmni..
Tapi sampai sekarg, x menjadi hobi yg utama...
Just sampingan...tp Yanfie adala simpan rm1,rm2 lama, duit d0lar, arab saudi....

Tapi BR, Cikgu Nizam xde k0leksi bank n0te rm50 Limited Edition sempena Kemerdekaan Ke-50...

boleh teng0k kat cni k...
http://www.facebook.com/yanfie11#!/photo.php?pid=1212252&id=1560069133

tiwi said...

lengkap amat ya koleksinya....

HidrogeN said...

dah lama tak nampak not RM2.
mana not RM500? dulu kan ada?

Unknown said...

Fuhh... terkenang mase kecik-kecik dulu, gembira bukan kepalang bila dapat duit RM50.

http://belguzar anne.blogspot.com said...

merhaba sevgıler

sweetie2010.blogspot said...

Bagus cikgu Nizam. boleh buka satu muzium kecil khas utk koleksi Banknotes.

http.belguzaranne.blogspot.com said...

gunaydınnnnnnnnnnnnnnn

acu said...

untuk pengetahuan cikgu nizam..sya ada byk simpan duit kertas dan siling lama..semuanye peninggalan arwah ayah saya..sekrg sya nk cari kepada sesiapa yg beminat untuk membelinya..biarlah ia disimpan kepda org yg lebih menghargainya...sesiapa beminat bolehlah hubungi saya- acu 0136533203-

Phyzha said...

Salam BR, saye wartawan dr TV9 berminat mahu temuduga pengumpul wang ini. Boleh emalkan kepada saya detail beliau tak? norfariza@primeworks.com.my

TQ. :)

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'