17 August, 2010

Ubat Nyamuk Cap Cobra Blues...


Ubat nyamuk atau racun nyamuk merujuk kepada racun serangga yang khusus digunakan bagi membunuh nyamuk atau menghalau nyamuk. Antara jenis ubat nyamuk yang popular adalah lingkaran ubat nyamuk yang dibakar (asap), ubat nyamuk elektrik (meruap), ubat nyamuk semburan (aerosol), fogging dan sebagainya. Tidak perlulah dipertikaikan mengapakah ianya di panggil 'ubat' kerana semenjak kita celik-celik mata lagi benda ini telahpun dipanggil 'ubat' nyamuk. He.. he..


Ini pula ialah ubat nyamuk cap Cobra (ular tedung) yang pernah BR gunakan suatu masa dahulu di tahun-tahun 1980-an. Harganya pada waktu itu ialah 45 sen sekotak yang mengandungi 10 lingkaran ubat nyamuk. Ianya dikeluarkan oleh Syarikat Long Life Industries Sdn. Bhd. yang beroperasi di Kawasan Perindustrian Tasek, Ipoh, Perak.


Jika tiada ubat nyamuk komersil, kaedah tradisional yang biasa digunakan pada waktu dulu untuk menghalau nyamuk ialah dengan cara membakar kayu getah di bawah rumah.


Di bahagian belakang kotak tertulis "Tiap-tiap lengkaran ubat nyamuk boleh menghindar nyamuk selama 8 jam dalam satu bilik yang sederhana besarnya. Tidak mengandungi D.D.T. dan tidak merbahaya kepada menusia dan binatang."


Untuk pengetahuan, D.D.T. ialah dichloro-diphenyl-trichloroethane yang digunakan untuk menghapuskan serangga yang merosakkan tanaman dan membunuh serangga pembawa penyakit seperti nyamuk yang membawa malaria dan demam kuning, serta kutu yang membawa typhus. Ianya telah diharamkan penggunaannya di negara kita di sekitar tahun 1970-an kerana racun ini telah memberi kesan terhadap kehidupan unggas.


Namun begitu, ada cadangan supaya D.D.T ini dibenarkan semula penggunaannya dengan seliaan ketat kerajaan bagi mengatasi masalah denggi, malaria dan demam kuning yang semakin meningkat saban tahun semenjak ianya diharamkan. Menurut kajian, D.D.T. ini tidaklah berbahaya mana kepada manusia dan kepada tumbuhan melainkan jenis cucumber (timun).


Di kotak ubat nyamuk ini tertulis dengan jelas 'mosquito destroyer' atau 'pemusnah' nyamuk berbeza dengan ubat nyamuk sekarang yang kebanyakannya hanya menulis 'penghalau' nyamuk. Entah dimanakah silapnya ubat nyamuk sekarang seolah-oleh kurang power jika dibandingkan dengan ubat nyamuk dulu-dulu. Atau mungkin juga nyamuk sekarang sudah semakin kebal dan immune terhadap ubat nyamuk sekarang.


Kita ikuti berita mengenai wabak demam denggi yang semakin mencemaskan sekarang melalui keratan akhbar ini. 26,927 kes denggi dengan 91 orang maut sehingga Julai 2010 dan 88 kematian sepanjang tahun 2009. Majoriti kes adalah membabitkan negeri yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.


Sumber: Berita Minggu 25.07.2010
(Sila klik untuk besarkan imej).


Sedikit info mengenai ubat nyamuk:


Pensyarah Jabatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti Perubatan UKM, Prof Dr. Jamal Hisham Hashim, yang terbabit dalam kajian itu berkata, lingkaran ubat nyamuk juga menghasilkan gas formaldehyde yang turut ada dalam asap rokok.


Pembakaran satu lingkaran ubat nyamuk di dalam bilik tertutup boleh memberi kesan yang sama kepada penghuninya seperti menghisap antara 75 hingga 137 batang rokok. Asap berkenaan boleh menyebabkan seseorang yang berada di dalam bilik tertutup itu menghadapi risiko mendapat penyakit kronik seperti barah dan masalah pernafasan seperti bronkitis dan penyakit asma yang bermakna risiko ubat nyamuk adalah sama seperti rokok.


Kajian bersama Universiti Perubatan dan Pergigian New Jersey, Universiti Rutgers, Amerika Syarikat serta Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati asap lingkaran ubat nyamuk di negara ini juga mengandungi banyak sebatian organik yang tidak termasuk karsinogen, iaitu ejen yang boleh menyebabkan barah.


-------------------------------------------------------------------------------------------------


Cadangan juadah berbuka hari ini:



Resepi Puding Planta


Bahan-bahannya:


1 tahil agar-agar
5 cawan air
2 1/2 cawan gula
1 cawan susu
2 camca besar Planta
2 biji telur



Cara Membuatnya:


Masak agar-agar dengan gula, kemudian pukul telur dengan Planta.

Apabila agar-gar sudah menggelegak, angkat sebentar kemudian ditapis. Selepas itu letakkan semula di atas api yang sederhana.

Kemudian barulah dimasukkan susu, telur dan Planta yang telah dipukul tadi sambil dikacau rata-rata. Apabila sudah cukup pekat barulah diangkat dan dimasukkan ke dalam acuan.


Selamat mencuba!


8 Any comments?:

Iaryylr said...

Bro BR, sungguh menarik ubat nyamuk ini! sungguh menarik! sungguh menarik!

Ifan Qomarudin said...

Hati2 memilih obat anti nyamuk, mungkin electic lebih aman....

asiaticaherb said...

Artikel yang bagus dan amat berguna sebagai ilmu pengetahuan...terima kasih salam dari Program Gempak XX terjah

Cheqna said...

musim2 ni mmg kena pakai ubat nyamuk tp dah pakai yg letrik punya.

bila buat puding, saya tak pandai sangat ikut timbangan/adunan..sebab mak ajar dulu agak2 je guna cawan..hehe..

:-)

nidus2 said...

Cap Ikan Mas tu keluaran tahun berapa BR?

MAZHA said...

salam, saya pun tak pernah jumpa ubat nyamuk jenama tu....memang menarik

Aina Ina said...

Salam BR, good info tentang ubat nyamuk dan hasil kajian dari para penyelidik.Sekarang ni pun kat kg majoriti masih guna lingkaran ubat nyamuk ni. Ada kebaikan dan juga keburukan.

sweetie2010.blogspot said...

Sweetie pun tak pernah jumpa ubat nyamuk jenama Cobra tu.

Bahayalah pulak penggunaan ubat nyamuk.Boleh mengundang barah. senang2 guna kelambu jerlah nampaknya.

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'