15 April, 2011

Sudahkan Anda Mengisi e-Filing?


Setiap warganegara bertanggungjawab menjelaskan cukai ke atas pendapatan yang diperolehinya di dalam atau luar Malaysia. Sumber pendapatan yang boleh dikenakan cukai pendapatan termasuklah pendapatan dan keuntungan daripada perdagangan, profesion dan perniagaan, gaji, ganjaran, pendapatan, dan keuntungan berasaskan gaji, dividen, faedah atau diskaun, sewa, royalti atau premium, pencen, anuiti atau bayaran berkala yang lain dan perolehan atau keuntungan yang berbentuk pendapatan yang tidak dinyatakan di atas.


(Sila klik untuk besarkan imej)

Entri kali ini BR ingin menunjukkan satu dokumen lama yang merupakan sekeping Penyata Cukai Pendapatan asal yang tahun taksirannya ialah pada tahun 1949. Dikeluarkan oleh Department Of Inland Revenue, Federation Of Malaya bertarikh 15 September 1956.

Penyata ini dikeluarkan di atas nama Mr. Voo Kim Wah yang mungkin merupakan seorang hartawan pada waktu itu dengan jumlah pendapatan tahunan beliau ialah $17,271.00 tatkala BR belumpun dilahirkan dan difahamkan pada waktu itu harga barang masih lagi dijual di dalam unit sen. Jumlah cukai yang perlu dibayar oleh beliau ialah $880.00 yang dikira satu jumlah yang cukup besar pada waktu itu.


(Sila klik untuk besarkan imej)

Bahagian belakang penyata yang mengandungi butiran mengenai kadar cukai pada tahun tersebut. Sesuai untuk dijadikan rujukan dan perbandingan dengan kadar cukai terkini setelah kira-kira 60 tahun berlalu.


*************************************************************

Pendapatan bercukai diperolehi setelah dikira segala kos dan perbelanjaan yang terlibat secara menyeluruh atau eksklusif dalam usaha untuk menghasilkan pendapatan berkenaan. Kadar cukai bergantung kepada status penduduk individu berkenaan yang ditentukan oleh jangka masa beliau tinggal di dalam negara ini (seperti yang dinyatakan dalam Akta Cukai Pendapatan 1967, di bawah Seksyen 7).

Individu bermastautin dikenakan cukai ke atas pendapatan bercukainya pada kadar bersenggat daripada 2% hingga 30% selepas ditolak pelepasan cukai.

Walau bagaimana pun, bagi individu dengan pendapatan bercukai kurang daripada RM2,500 dicukai pada kadar sifar. Pendapatan bercukai seseorang individu bermastautin diperolehi dengan memotong jumlah pendapatan beliau dengan jumlah pelepasan individu. Tanggungan cukai individu bermastautin dikurangkan dengan rebat. Hal-hal berkaitan cukai pendapatan di Malaysia adalah di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia.


Tarikh akhir e-Filing (tiada punca perniagaan) ialah pada 30 April 2011. Sebagai seorang warganegara yang bertanggung jawab, laksanakanlah tanggung jawab anda sekarang... He.. he..


JALANKANLAH TANGGUNGJAWAB ANDA SEBAGAI RAKYAT PRIHATIN BANTULAH NEGARA MEMBANTERAS PENGELAK CUKAI PENDAPATAN.


Maklumat lanjut mengenai percukaian ini boleh didapati di: LHDN


14 Any comments?:

taio said...

interesant

Unknown said...

saya sudah menjadi warga yang bertanggungjawab.

Kak Mahh said...

Tak tau nak isi

nikths said...

sekarang semua dah online.Borang BE LHDN yang terakhir pun saya tak simpan.Yang ada hanya EA dan slip gaji dari tahun 1995 hingga sekarang.Slip gaji pertama kali kerja pun dah lesap.

alan said...

fuyoo memang kaya ler cina ni.tak tahu ler anak cucu dia sekarang masih kaya atau tidak hehehe

hitammanis said...

salam, suami sy dah tunaikan tanggungjawab tu....

wah.....comel lah budak kecik tu ek? macam pernah nampak tapi di mana ye?

FazMelati said...

alaaa saya blm bertanggungjawab lagi =(

thomas said...

macam biasalah,walaupun semua dah siap di kira tapi tetap file in last minute,he!he!

faisal apardi said...

mmg old skool la..

http://faisalapardi.com/

Ummi Nur said...

Balas kunjungan..dalam usaha mengisi borang...huhu
lecehnya takde no pin

ajumohit said...

dah complete tp belum send lg..dpt refund lagi masyukk!!!! jgn lupa dh byr cukai, zakat pon penting jugak

Koding said...

Peringatan kepada semua...
30 April akan menjelang tidak lama lagi...

Norakmar binti Yusoff said...

terima kasih remind. dah isi belum send lagi

Muzaffar said...

Alhamdulillah...semua dah selesai pun. Dah dapat dah pun bayaran balik cukai terlebih...

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'