31 October, 2011

Facebook Di Tahun 1970-an..


Facebook telah wujud semenjak tahun 1970-an? Biar betul.. Sebenarnya pada entri kali ini BR cuma ingin berkongsi maklumat mengenai bagaimana cara orang dulu-dulu berkenalan antara satu sama lain terutamanya yang tinggal berjauhan di serata pelusuk negeri sebelum adanya Facebook, Twitter dan sebagainya.

Mungkin ada di antara Pak Long Mak Long, abang-abang dan kakak-kakak yang pernah terlibat dengan perkenalan melalui cara ini dan tidak kurang juga yang telah bertemu jodoh melalui ruangan seperti ini. Surat-menyurat merupakan medium utama pada waktu itu untuk berinteraksi sebelum wujudnya kecanggihan teknologi perhubungan seperti sekarang. Sayugia dimaklumkan bahawa perkenalan seperti ini juga adalah bebas dan tidak hanya tertakluk kepada berlainan jantina sahaja.


Maklum balas yang diterima oleh mereka yang menyertai laman-laman seperti ini amatlah menggalakkan kerana mungkin berguni-guni surat untuk berkenalan akan diterima setelah wajah mereka dengan sedikit maklumat peribadi disiarkan di dalam sesebuah majalah. Oleh itu dapat dilihat pada setiap photo yang disiarkan, para peserta akan cuba untuk menghantar gambar dengan posing terbaik yang mereka ada kerana sudah menjadi resam dunia yang cantik dan yang tampan juga yang akan menjadi pilihan utama.

Biasanya melalui surat-menyurat ia akan disusuli dengan pertemuan yang bakal menentukan keikhlasan dan kejujuran sesuatu perhubungan. Kerap kali berlaku photo yang dipaparkan tidak sama dengan apa yang dilihat secara realiti. Begitu juga jika ada di sebelah pihak yang memandang paras rupa dan harta benda. Bak kata Jamal Abdillah di dalam salah sebuah lagunya, "Harta dan rupa pilihan dipinta, yang tiada padaku..." huhu..

Ruangan berkenalan ini boleh dikatakan 'wajib ada' pada waktu itu di setiap majalah terutamanya majalah hiburan seperti URTV (Kembang Setaman), Variapop dan sebagainya. Begitu juga dengan majalah-majalah keluaran tahun 1960-an. Gambar, nama, umur, alamat, kegemaran dan kadangkala ciri-ciri pasangan pilihan juga bolehlah dinyatakan secara ringkas.

Masih teringat suatu ketika dahulu kebanyakan ayat yang sering digunakan oleh pemudi untuk mencari pemuda ialah "Pemuda yang beruniform". Bagi pemuda untuk mencari pemudinya pula ialah "Yang berlesung pipit".. hehe..

Sesuai dengan perkembangan teknologi, ruangan berkenalan seperti ini sudahpun pupus ditelan zaman. Kepada mereka yang pernah terlibat secara langsung atau tidak dalam bentuk-bentuk perkenalan seperti ini tentunya akan meninggalkan satu kenangan yang sungguh blues...

Kepada pembaca yang berminat untuk berkenalan atau mengeratkan silaturrahim dengan mereka yang dipaparkan ini, amatlah dialu-alukan tetapi harus diingat bahawa bagi setiap umur yang tertera pada setiap individu perlulah ditambah dengan 33 tahun lagi untuk mendapatkan usia sebenar mereka pada hari ini.



Moral Value: If what you see by the eye doesn't please you, then close your eyes and see from the heart. Because the heart can see beauty and love more than the eyes can ever wonder...


Nota:
Paparan SAHABAT SZ di atas telah diambil dari Majalah Sinar Zaman Jilid IV Bil. 70, 1978. Tidak bertujuan untuk menyentuh sensitiviti mana-mana pihak atau individu sama ada yang masih hidup ataupun yang telah tiada.

34 Any comments?:

izzie izzam said...

stuju dgn entry nih..huhu..my parents pun dlu berkenalan dgn kaedah nih lha..aha! so sweet..:) smpai skarang still bertahan da 21 thun..tpi skarang pun still adew mcm nih tapi tak dpt smbutan sngat coz da adew FB,BLOG.TWITTER dan sbgainye..huhu..

Alan said...

dulu sayapun pernah hantar surat pada awek yang dalam majalah.rasa kelakar bila ingat balik.

Sweet And Simple said...

melalui ruangan mcm ni la sy cari kenalan dr west dulu2. seronoknya masa tu...dpt surat balasan.

sy ingat mjalah yg top masa tu variapop, kisah cinta, urtv dan Pesta.

rindunya nak tengok majalah2 tu terutamanya majalah kisah cinta dan variapop.

Bawang Goreng said...

Menarik... boleh tukar-tukar stem sebab hantar surat. Dulu zaman sekolah, BG ada penpall dari Italy, Finland, Indonesia... tak ingat macamana kenal diaorang. Paling best, member Sicily tu pun suka kumpul stem... entah apa khabarmu di sana...?

Zaman sekarang takde trill, email aje. Sampai masa bila inbox penuh, kena delete...

sal-nurbeena said...

aha...dulu berkenalan n bersahabat cara begini. Rasa lebih menarik

fizafantagiro said...

menarik entry nih..betul tu..kalau dlm majalah dlu2 pun banyak kekdah berkenalan dgn cara ni..kenangan tu..

paksab said...

Ada kes lucu kat kampung saya ... seorang pemuda bernama hashim hari hari dapat surat nak berkenalan yang peliknya semua surat tu datang dari teman sejantina.rupa rupanya kawan kawan pekena dia..hantar gambar kat kembang setaman tanpa pengetahuan..nama beliau hashim tapi ditukar pada hashimah.gambo pulak pakai gambo dia berambut panjang..hehe kenangan tahun 70an

Syafika Jamaludin said...

wah menarik!..teringin jugak nak kenal pakai anta2 surat, baru ade thrill kan..pastu kena tunggu lama sikit, debor je rase.. ^_^

zuwaidah said...

heheheehe teringat pulak zaman ini, syoknya...pernah juga berkenalan dgn cara ini, dan terperanjat juga bila ada respon hehehehhe

yusuflaili(Goku) said...

salam;
betul tu dulu memang banyak majalah menyediakan ruangan kenalan ni...aku belum pernah mencubanya malu juga aku..takut ditertawakan oleh kawan2 sekeliling.

Blues Riders said...

BR to izzie izzam:
kirim salam kpd ayah & mak. tentu ada kenangan manis antara mereka sewaktu mula2 bekenalan dahulu. so sweet..

BR to simanis:
mungkin diwaktu awal remaja.. gediknya terlebih.. hehe..

bila tutup mata, tak nampak apa2.. gelap..

BR to bro Alan:
ada respon tak? apa sudah jadi dengan si dia sekarang? hehe..

BR to HEMA:
variapop, kisah cinta, urtv, pesta dan sebagainya adalah majalah hiburan remaja dulu2. BR memang ada simpan, tapi dah dibuang kerana tak tahu pula ia ada nilai sentimental pula skrg.. huhu..

BR to BG:
ramainya penpall.. harap2 member sicily tu sihat2 saja hendaknya.

generasi skrg mungkin sesuai dgn zaman mereka, zaman akan dtg tidak tahu lagi bagaimana bentuk komunikasi mereka..

BR to nurbeena:
memang menarik. berdebar2 menanti jawapan.. hehe..

BR to Mizfantagiro:
memang jadi kenangan terutama kpd mereka yg pernah melaluinya..

BR to paksab:
kes2 penyamaran mmg biasa berlaku macam fb juga. kesian hashim akhirnya jadi hashimah.. apa khabar dia sekarang? memang melucukan..

BR to NSJ3108:
zaman sekarang tiada lagi macam dulu. fb, twitter, sms, mms semuanya ada. bak kata BG takder trill..

BR to zuwaidah:
apa kesudahannya? tentu menarik jika dikisahkan..

Cik tikah said...

oh, dah lama ye fb wujud. awesome!

paksab said...

Hashim dah meninggal lama dah..kat kg kami panggey dia "hashim mereng"

LoLiPoP BuLat said...

setuju!!!*suare ala2 dak kecik y comel..hahaa*

Blues Riders said...

BR to yusuflaili:
kadang2 rasa malu juga apabila satu kampung tahu muka kita keluar majalah untuk berkenalan..

Cik tikah:
ini bukan fb cik tikah! jangan tersalah fakta. ruangan orang dulu2 untuk menambah kenalan. tajuknya saja bagi gempar.. hehe..

BR to paksab:
al fatihah untuk arwah hashim. paksab sempat tak minta maaf dengan arwah?

CaYe Cik iLa:
?????

thomas said...

tempat cari penpal zaman dulu

Kak Mahh said...

Cara berubah mengikut perkembangan teknologi.

d'...ERA said...

betui2...dulu2 ruangan mcm ni mmg popular....dok cari kak angkat..abg angkat gak la konon2nya..

azie esa said...

agk2 de lg ke org berkenalan dgn cara ni sekarang? huhu mmg sweet :)

Blues Riders said...

BR to bro thomas:
betul tu, inilah salah satu cara yang ada untuk mencari penpal pada waktu itu. hendak cari jodoh pun boleh.. hehe..

BR to cikgu zmah:
perkembangan teknologi telah merubah segalanya..

BR to d'...ERA:
kakak angkat, abang angkat.. hehe..
sweet..

BR to azie Cheesy:
rasanya sudah tiada. teknologi perhubungan sekarang sudah canggih dan lebih mudah..

SheNn said...

Wah..besar perubahan tu kan. :))

Blues Riders said...

BR to SheNn:
memang besar perubahannya. berubah bersama peredaran waktu..

abah aman said...

abah pernah sign in facebook ni... hehehe...

Blues Riders said...

BR to abah aman:
apa kesudahannya abah? kongsi2 kanlah..

burnkelana said...

uiks.. baru aku teringat.. memang ada lah.. my memori tetiba terrefresh plak..

Blues Riders said...

BR to burnkelana:
mengimbau masa silam yang blues.. huhu..

Arra Ahmad said...

menarik entri ni..sy pun pernah melalui zaman macam ni sebelum ada facebook.hehe

SeseDaP RaSa said...

wah..tingat time sy kecik2 dulu.. :-)

Blues Riders said...

BR to Arra Ahmad:
tentu banyak kisahnya bagi yg pernah melaluinya..

BR to SeseDaP RaSa:
itulah namanya mengimbau kenangan.. hehe

Asrul Rae said...

Dalam variasari kot ade benda macam ni, dipanggil ruangan CAK (cakap apa saja).

Variasari pun ntah ade ke tak lagi sekarang ni.

Tengok gmbr zaman tu.. semua oakai misai lebat. :D

LadyBird said...

lady pernah lalui zaman ni.. tp kat surat khabar didik..

cardiacku said...

Sudah lama sekali dan pastinya umurnya juga sudah tua itu ya sobat...

SABARINA said...

betul3...dulu saya pun merasa gak poplar sekejap ..pernah anta gambo ke ruangan kembang setaman hahahaha...kelakar giler kalau ingat2 semula...

Nauzrun said...

Ni barulah muka buku yang original. Muka dalam buku. Teringat zaman sekolah dulu, cikgu English pernah suruh hantar surat dekat orang dalam majalah (konon nak jadi pen-pal la). Dah la hantar surat dalam English. Wajib tak berbalas. T_T

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'