11 March, 2010

Bahaya Lintah..


JELI: Seorang murid perempuan Tahun Empat meninggal dunia pagi semalam akibat mengalami pendarahan dalaman selepas duburnya dipercayai dimasuki lintah ketika mandi di sungai berdekatan rumahnya dekat Gemang di sini.

Siti Nazirah Abd Kadir, 10, dikatakan ke sungai itu bersama sepupunya, Hayati Idris, 11, selepas menjalani latihan sukan di Sekolah Kebangsaan (SK) Gemang, kira-kira jam 4 petang kelmarin.

Bapanya, Abd Kadir Safei, 44, berkata Siti Nazirah mengadu kesakitan di dubur sebaik pulang ke rumah, kira-kira jam 5 petang. Berikuta itu, ibu mangsa, Mariam Yakob, 34, membawa anaknya ke tandas dan terkejut apabila menemui seekor lintah diselaputi darah dalam seluar Siti Nazirah.

Abd Kadir berkata, beliau yang ketika itu bertukang di rumah saudara berdekatan, bergegas pulang selepas isterinya memaklumkan Siti Nazirah mengalami pendarahan berterusan.

Katanya, Siti Nazirah dibawa ke Hospital Jeli, tetapi dirujuk ke Hospital Tanah Merah sebelum dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu.

Beliau berkata, anaknya disahkan meninggal dunia, kira-kira jam 9 pagi semalam akibat pendarahan dalaman.

Jenazah anak kedua daripada tiga beradik itu, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gemang selepas solat Zuhur.




-Sumber: Berita Harian 11.03.2010.

Kepada semua rakan, terutamanya rakan pemancing, awas dan berwaspadalah selalu..
al-fatihah dan ucapan takziah untuk keluarga allahyarhamah.


0 Any comments?:

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'