Masa dulu-dulu orang panggil 'sport'. Tetapi sekarang dah ubah dengan 'Temasya Sukan'. Walau apapun panggilan dan sebutan yang diberikan, aku rasa anda semua tentu pernah mengalami sport day ni masa kat sekolah dulu. Tak kiralah ambil bahagian ke tidak..
Perasmi.. Kalau zaman aku dulu perasmi ni biasanya D.O. (Pegawai Daerah). "Dengan ini saya memberi peruntukan sebanyak.. bla..bla..bla".
Murid yang tidak mengambil bahagian disediakan khemah mengikut rumah masing-masing. Cikgu bagi kopun setiap seorang, boleh tukar dengan roti planta dan air kotak.. Punyalah seronok..
Masa sekolah dulu akupun jadi 'helpers' juga. Tukang bawa air untuk pegawai sukan dan tukang perata pasir sewaktu acara lompat jauh tak pun tukang letak palang bagi acara lompat tinggi. 'Anak Serigala' lah katakan.. Sekarang ni dah tak ada dah panggilan 'Anak Serigala' sebab dah ditukar nama ke 'Pengakap'.
Inilah gambar aku semasa menjadi 'Anak Serigala' dahulu...
Inilah gambar aku semasa menjadi 'Anak Serigala' dahulu...
Zaman aku dulu pegawai pelepas pakai pistol. Ramai juga rakan aku yang tak boleh lari sebab terkejut dan jadi lembut lutut bila dengar bunyi pistol.. Yang pergi kerumun pegawai pelepas pun ramai, sebab nak tengok dengan lebih dekat lagi bagaimana rupa pistol.
0 Any comments?:
Post a Comment