10 March, 2010

Hasil Dari Kepulauan Ulu Basir


Aku baru saja terima gambar-gambar ni dari rakan lama iaitu [GB] Raja Gurun @ Jai. Patutlah lama menyepi diri rupa-rupanya sibuk dengan aktiviti memancing. Tak ajak kawe sama ka bang..



Pemandangan Sungai Ulu Basir sewaktu banjir.



Hasil tangkapan pertama.. Sebarau.



Barisan ikan yang telah berjaya di'bot'kan..
Dia antaranya ikan Selat dan sebarau.



Bapak haruan pun ada. Kalau dah rezeki.. Hati-hati bang, jangan sampai tertelan batang pancing pulak..



Salah satu dari hasil me'rawai'. Malangnya terlebih dahulu menjadi santapan biawak..



Hasil yang lumayan.. ikan Baung.



Ikan Pacu seberat 1.2kg juga terdapat di Kepulauan Ulu Basir ini. Tidak pasti dari mana datangnya ikan Pacu ini, tetapi yang pasti ianya telah tersangkut di jaring saudara Jai. Itulah yang dinamakan rezeki...

Tahniah diucapkan kepada Jai.




0 Any comments?:

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'