04 March, 2010

Honda CB100 Blues





Orang kampung aku kata, kalau corner macam ni depa panggil 'kona menyerit'..






1971 Honda CB100 K1 Super Sport 100. Serial number CB100-200001 and following. Three colors were available: Crystal Blue Metallic with White; Candy Ruby Red with White; Candy Gold with White. The lower half of the fuel tank is white. The side cover emblem "CB100" is molded plastic. The seat has chrome trim. Front fork covers, headlight shell, and shock covers are the unit color. The fenders are chrome. The engine is a 99cc OHC single cylinder; transmission is a 5-speed with a manual clutch.

Sebut pasal motosikal Honda CB100 ni memang aku fobia sungguh. Minat aku terhadap motosikal ni dah sampai peringkat gaban..

Dulu2 posmen memang pakai motor ni. Takpun driving school selalu guna sewaktu nak ambil lesen B2. Sekarang ni pun ada lagi orang pakai motor ni, buat jual cendol (roda tiga). Tapi jangan salah faham antara Honda CB dan Honda CG.

Lagipun bentuk motor ni pada aku memang sebenarnya berbentuk seperti 'motor' yang sebenar.
90% besi.. Shape dia memang cantik.

Teknologinya pun berbeza kerana inilah motor yang menggunakan kuasa bateri untuk 'hidup'.

Kalau naik motor ni mesti pakai rantai leher 'kuku rimau'.. Macam Hail Amir gitu. Menyanyi pulak lagu 'Wajah Kesayangan Hamba..'


Ini motor Honda CB100 pertama aku beli kat Slim River. Komponen2nya dah aku lerai. Aku hantar motor ni kat kedai pomen untuk bikin cantik2 siap dengan chrome sekali..

Bila semuanya dah siap, mekanik pun telefon aku suruh pergi tengok sebelum kerja2 pemasangan dibuat. Memang cantik bila besi buruk ni dichrome dan dicat semula. Sempatlah aku pegang2 dan belek2 komponen2nya..

Malang tak berbau, keesokan harinya kedai motosikal tu musnah terbakar dijilat api.. Sekali dengan motor impian aku ni turut terbakar.. Sadis ooo.. Ini kisah benar, bukan tipu2.

Inilah gambar kedai motor yang musnah dijilat api. Sekali dengan CB100 aku pun turut musnah.. Kejadian berlaku dalam tahun 2000.

Setahun telah berlalu...

Pada tahun 2001 ada maklumat sebuah lagi Honda CB100 ada orang nak jual kat Bukit Mertajam.

Dengan kadar segera aku terus berjumpa dengan tuan punya motosikal tersebut, Mr. Chou.

Susah payah Mr. Chou keluarkan dari stor di belakang rumahnya. Akupun belek2, 80% original lagi cuma condition agak lusuh kerana sudah lama tidak digunakan.

Ayat yang paling aku tak boleh lupa dari Mr. Chou:
"You ambik saja la motor ni, tak payah bayar apa2.. Kasi jaga sama dia elok2. Cuma satu I pesan, you jangan kasi sama orang lain sebab motor ni ada kenangan I dengan my wife I sekarang. Nombor dia pun cantik, Orang Cina cakap, Laq Si Si Si"

Mungkin pasal dia tengok aku teruja sangat kot bila nampak motor tu... Takpun dia kesian kat aku. Tapi aku tak cerita pun kat dia motor aku dulu dah terbakar.

Sungguhpun demikian sewaktu nak balik, aku hulur la juga barang sedikit sebagai tanda terima kasih kat Mr. Chou.

Petang tu jugak aku hantar ke pomen yang direkemenkan oleh Mr. Chou untuk dibaikpulih. Siap dengan pekej bawa Puspakom dan ubah nama. Leceh juga urusannya..

Maka. Tarrraaaa!! Inilah motornya..
Ni pic original baru keluar dari stor Mr. Chou. Tak bikin apa2 lagi.




Pada pendapat peribadi aku la, kalau nak main dengan motor klasik ni biarlah buat restoration yang balik asal 100% ke original look and original items. Macam tu lebih menampakkan gaya yang lebih blues..
Kalau diletakkan accessories yang berlebihan, dia punya 'keoriginalan' dah lari. Silap haribulan tuan punya sendiripun malu nak ride..

Ini pula pic motor yang sama tapi sudah bikin sikit2..




Siap beli buku manual lagi.. Kirim kat kawan dari Australia. Hairan aku mengapa kat sini tersangatlah kurang buku2 teknikal macam ni..




Thanks Mr Chou..

4 Any comments?:

anif® said...

Kesiannya.. Pasal kedai terbakar terkubur satu projek! Nasib baik juga dah dapat pengganti. Nice bike :D Teringat zaman dulu-dulu!

Qaseh said...

abis moto ni leh jalan lagi ke x?...lawa u...sangat romantik kalau naik berdua dua an woha!

azman said...

wui,best oo kalu dpt sbiji

khairul said...

fuh klasik ni..boleh sesangat masuk show ni :)

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'