Pernah aku ke Kg. Anak Kurau, Batu Kurau, Perak semata-mata untuk berjumpa dengan Tukang Sudin untuk menempah mata parang. Tukang Sudin ni memang popular di kalangan penduduk Perak Utara kalau bercerita tentang pembuat mata pisau & parang ni.
Sewaktu bertemu, beliau telahpun uzur tetapi mengenangkan aku dan Tokan datang dari jauh, dengan bersusah payah beliau tempalah juga sebilah mata pisau untuk aku dan Tokan.
Inilah rupa mata pisau yang dibuat oleh Tukang Sudin. Hodoh-hodohpun tak apa, sekurang-kurangnya ada juga hasil tangan seorang pembuat mata golok lagenda:
Biasanya ada beberapa jenis besi yang ditempa untuk dibuat parang ni:
1. Besi spring (kalau boleh cari spring kereta Moris Minor).
2. 'Engko' motor (biasanya motor Honda Cup 50cc).
3. Paku rel keretapi.
4. Besi kikir (kikir Cap Kikir).
5. Papan chainsaw.
6. .. dan lain-lain besi asalkan besi..
Setakat ni penempa yang terbaik yang boleh 100% mengikut mata yang kita tempah ialah seorang tukang cina di pekan Behrang Station, Perak. Bawa saja contoh dia boleh tiru bulat-bulat..
Akupun ada berjinak-jinak dalam pembuatan sarung golok ni. Tapi cuma siap setakat pasang hulu saja.. Sarungnya tak sempat buat.
Ini mata pisau yang tak sempat siap..
Gambar 1:
Dari Kiri: Kayu Berah, Kayu Surian
Sedikit tentang kayu Surian (Cedrela Serrata):
Pokok Surian hanya tumbuh di kawasan tanah tinggi terletak 762 meter dari aras laut. Kurang cahaya matahari, berbatu besar, dan bersuhu sejuk didapati amat sesuai dijadikan sarung kerana sifatnya keras di samping mempunyai corak semulajadi menarik iaitu berbelang hitam dan keemasan seperti kulit harimau. (Berbelak, kata orang). Kalau mahukan maklumat lanjut bolehlah rujuk kat FRIM.
Gambar 2:
Dari Kiri: Kayu Pain, Kayu Ciku
Gambar 3:
Dari Kiri: Kayu Petai Belalang
Gambar 4:
Atas: Aitor (Made In Spain)
Bawah: Buck (Made In USA)
Ini pisau moden. Tapi kalau kena cara asah, tajamnya punyalah tajam..
1 Any comments?:
As salam bro BR,
Besi temin ygt pasang kat hulu golok atau parang tu beli kat mana?
Post a Comment