26 March, 2010

Tahap-tahap Di Dalam Maxis Push-to-Talk


Bila dah lama berkecimpung di dalam Maxis Push-to-Talk ni maka dapatlah aku rumuskan tahap-tahap yang terdapat di dalam PTT yang pernah aku lalui:


Nokia 6020



TAHAP 1: (Tekan dan Cakap)
Ini adalah tahap pertama orang yang baru main PTT. Tekan button cakap dan tunggu 'queing' baru masuk bercakap.. Tak pandai nak me'reject'. Biasanya handphone model Nokia 6020, 6021, 6070 menjadi pilihan. Handphone pula standard, apapun tak bikin.. Bila bercakap pun kat hujungnya mesti bunyi "terima ka tak terima.. Roger.." Tempatnya pula di channel-channel kecil.


TAHAP 2: (Tekan Reject dan Cakap)
Tahap ini pemain PTT dah pandai tekan button 'reject'. Mulalah buat button 'reject' dan button 'cakap' di sekeliling handphone masing-masing. Biasanya Handphone model Nokia 6020, 6021 menjadi pilihan. Channelnya pula tentu sekali Orange Gurl atau Sejati Idaman.

Pada tahap ini juga bunyi 'kokok' menjadi begitu popular.. Begitu juga dengan pelbagai bunyi 'irama'..


TAHAP 3: (Pam software)
Tahap ini dah pandai pam software. Kononnya software rendah lebih power.


TAHAP 4: (Tarik GP)
Tahap ini mulalah modified dan letak macam-macam pada handphone. Letak arial (biasanya arial walkie-talkie), lampu kelip-kelip, plate tembaga, yang belah sim card pun ada dan bermacam-macam lagilah kononnya nak 'tarik GP'. Lampu kelip-kelip tu kalau letak kat handphone tak ada GPRS pun dia berkelip...

Juga termasuk di dalam tahap ini ialah 'gila' setting. Bermacam-macam setting yang dilakukan kononnya untuk mendapat liputan GPRS yang baik. Contohnya menggunakan setting yang berlainan untuk berlainan handphone bagi Maxis Push-to-Talk dan Maxis WEB. Tidak kurang juga yang menggunakan setting personal bagi Access Point, Streaming, Synchronisation dan sebagainya..


Nokia 5140i



TAHAP 5: (Guna Pelbagai Simbol)
Tahap ini dah pandai letakkan simbol. Contohnya % dan <. Gunanya untuk tidak dapat dikesan dalam active members, nama letak di atas, menyelam dan sebagainya. Tetapi bagi yang menggunakan version rendah, semua ini dapat dikesan. Mulalah mencari model Nokia 5140i untuk mengatasi masalah ini.
Nokia 6233



Nokia 6151



Beberapa contoh handfree yang telah diubahsuai dengan meletakkan button.



TAHAP 6: (Pam Channel)

Tahap ini boleh dikatakan relaxlah sikit sebab semua button dah dibuat di handfree. Pam pulak kat channel. Biasanya handphone model Nokia 6233, 6151, menjadi pilihan.



Nokia 7270



Nokia 6170


TAHAP 7: (Menyelam atau Pam Bisu)
Tahap ini lagi mudah. Tekan saja sampai biru terus cakap. Biasanya handphone 7270 dan 6170 menjadi pilihan. Model Nokia 6020 pun boleh..


TAHAP 8: (Pecah Password dan Personal Settings)
Tahap ini dah kira advance lah sikit sebab bila dah boleh pecah password maka bolehlah buat setting sendiri. PTT, WEB dan sebagainya. Nomborpun orang tak boleh 'cangkuk'.


TAHAP 9: (Bermacam-macam bunyi)
Tahap ini mulalah keluar berbagai bunyi. Bunyi hon, bunyi hon kapal, bunyi mainan kanak-kanak, bunyi kuda berlari, bunyi F1 dan sebagainya..


Nokia 6070


TAHAP 10: (Main 'Q')
Inilah tahap yang paling advance dan paling mudah. Ada orang sanggup bayar RM500 untuk mengetahui rahsianya. Main 'Q' dan biarkan handphone di atas meja. Tak perlu susah-susah tekan apa-apa button. Tetapi kena ada 'radio' sebiji untuk mengetahui 'masuk' atau 'tak masuk'.

Nak tahu seseorang itu main 'Q' atau tidak, biasanya pemain 'Q' ini lambat sikit nak bercakap atau tidak bercakap langsung mungkin tidak menyedari yang dianya dah 'masuk'.

Handphone yang paling popular untuk tujuan ini ialah model Nokia 6070. Selain daripada itu model Nokia 6111, 6101, 5140, 7360, 6080 pun boleh...

Maka secara tiba-tiba sahaja melonjaklah permintaan dan harga handphone bagi model-model yang disebutkan di atas tidak kira baru atau second hand di pasaran.


Demikianlah beberapa tahap yang dapat aku rumuskan.. Kecanggihan Push-to-Talk beredar mengikut masa. Untuk masa hadapan tak tahulah apa pula 'fesyen' yang akan keluar..


Ingin sekali aku bertanya kepada semua rakan PTT, berapakah wang yang telah anda laburkan hanya untuk bermain PTT selama ini?


Juga sebagai orang tua aku berpesan, jagalah tutur kata apabila berPTT, elakkan maki hamun dan sumpah seranah. Semoga hidup kita lebih diberkati...


30 Any comments?:

Anonymous said...

Nak boom version rendah mcm mana?

Anonymous said...

aslkum bro.aku ni budak baru main ptt.tapi aku nak dpt setting biru2 mcm mane yer.aku pakai 6020 jer.tapi nak masuk ladang jer melingkop.kot2 bro ko ada setting baik anta lah kat aku.aku nak gak melantak kat ladang to.boleh ker x pe.dari cikot

Blues Riders said...

salam cikot,
skrg ni org dh kurang main pam. bleh dikatakan 70% dalam ladang main Q. seorang pacak sampai 7,8 mesin, mcmana org main pam nk lawan?
klau main pam, chanel biasa2 bleh la. dalam ladang pun boleh, tapi kebarangkalian nak masuk susah sikit ditambah pula keadaan gp yg tidak menentu sekarang ni.
cikot cari mesin 6070, buat main Q sebagai jalan penyelesaiannya. bab setting no problem, serba sedikit pengalaman lalu boleh saya ajarkan nanti.

Blues Riders said...

assalamualaikum,

setahu saya ver rendah jarang kena bom. yang selalu kena bom ver tinggi sahaja. macam sekarang ini ramai orang main 6070 main Q
memang senang2 kita nak bom sebab kebayakan pakai ver tinggi. tapi tak payah buatlah.. kesian kat orang..

Anonymous said...

asslammualaikum
bro bluesrider boleh tak bagi email kat aku cam mana nak setting yang best nyer aku pakai 6021 ashik kena potong jer bila cakap lagi satu tau tak macam mana kita nak tau kekuatan gprs kita kat kawasan kita
kalau boleh tolong email kan kat aku cara2 nyer kat ozhak1@gmail.com
terima kasih

Anonymous said...

salam,

kalu nk setting kat n86 mcm mana?

Anonymous said...

n86 tkn *100# pilih tetapan.. ramai yg guna auto Q.. 1 channel parking smpi 5/6 mesin.. mcm ne yg main pam nk masuk.. lau dpt msuk pun 1/2 kali lapor suara.. ati pun senang. pastu parking.. he22

midus said...

mr blues rider.....respek la sanggup berkongsi maklumat n ilmu...bkn sng org nk kongsi ilmu PTT ni..aku dh pencen main PTT ni...tp seronok tgk budak2 skrg main PTT...sume dh makin advance.....papepon keep it up bro...kalo spai seru nk main PTT blk aku roger blk...

Anonymous said...

telepon aku versi tinggi sikit 6020 v4.10...
asyik kena bom je..camne nak mengelak kan tu?

Anonymous said...

salam semua...
utk check kekuatan GP,kna ada netmonitor dlm phone,baru ble tgok.benda tu mmg ada,tp nokia hide kan dlm phone.utk tgok,kena patch dlm MCU dan reflash phone.

untuk mengelak di bom lak,kna downgrade phone tu ke versi yg paling rendah...

Anonymous said...

assalamualaikum...sy br nk blajar main ptt..leh tunjuk ajar kita tak macam mana nk buat seting personal

Blues Riders said...

BR to anonymous,
sila gunakan email BR. shabramli@gmail.com

Anonymous said...

Askom bro.. kwn bru main ptt ni.. kwn ada mesin 6151.org kate mesin ni power. leh taw setting yg power x? kwn yer version 4.01

Anonymous said...

wsalam... ojer trima mesin 6151 setting guna standad je. mtk kt maxis guna setting 3G.,NK ELAK KENA BOOM guna pam 6020 software rendah 3.25 lau blh kdg2 tk blh. hp tl leh on. lagi2 yg guna software tampal. lg susah nl software blk.

Anonymous said...

utk personal setting, lau blh dptkn sim yg dah pecah password lg best. melantak2 katanya he2. tp tgk setting gak.

Anonymous said...

blues rider....
orang mana....?
kita ingatkan nak belajar lebih lanjut....
telima ke x telima...
telima rojer....
blh kasi no fon x.......?

nik said...

Group PTT ni aktif lagi ke?
just nak test connection PTT apa yg best kalu ok leh join group korang skali hehe salaam....

Blues Riders said...

BR to nik,
masih aktif lagi.. sila hantar no nik ke nombor pak long 013-4001350 utk minta chanel.

baby lala said...

huyoo......

sape owner blog ni??
semua tahap da lepas kcuali...
TAHAP 9 & 10...

sebab tahap tuh....xdpt nk merase nikmat bermain PTT...

sekian~

weng weng weng weng...
sbelom terlupa...abg yg buat chnel...

tahap 9 tuh xtermasuk VP kn...??

Anonymous said...

ojerber diterima..... kbs bigbro

Anonymous said...

salam
tumpang lalu ye rkan2 . .
sbena nyer sye da lama cri otai PTT utk blaja ilmu PTT . .
sye ingt nak mnta jasa baik blues rider utk ajar sye tntang PTT . .
ajar skit pown jdilah . .

Anonymous said...

ojer telima2 tooo...
salam bro...
kite nak mtk tnjuk ajar dr rakan PTT..
nak merasa tahap2 tuh...
8,9 ngn 10 jer yg blom....
blh ke xpe tuh??
kite pon nak tumpang2 beroger sekali kat chnnel rakan2...
kalo blh hntr channel kat num nie yer...
0122539379

Anonymous said...

aslkum
rakan oren.kite rakan baru.baru nak belaja main ptt.minta setting melantak boleh x.hehehehe dari saya cikot dari cennel royal club.

Anonymous said...

asalamualaikum bro

teman nak mintak tolong dari bro untuk dapatkan setting TERBAIK untuk mesin 6151 @ 6233.kalo ade setting personal ke,nak ambk setting modal ape dan lain2 ler bro.
teman tak masuk rumah perang tp teman gune untuk info aje kat utara rider @ road runner tp skg ni bole dengor jer le.payah beno nak bg info ke deme.
tolong ya bro
TQ...
jaibon2020@yahoo.com

Unknown said...

kalau nak guna 6210 macam mana nak satting ye

Anonymous said...

salm wahai sahabat
ni.aku nak tanyer.software terbalik kalau pakai kat 6020 ok ker.hari to aku da buat software terbalik.ok lah masuk ladang.tapi bila buat software stended.da jadi lemau kenape yer.ni aku nak tanyer lagi boleh ker.software t-mobile aku terpadam kat 6070.so mcm mane yer nak dapat setting yang boleh melantak sikit.sikit pun kira ok lah.dari cikot

plsitkota (35) said...

Bro Mintak Setting Biru 6020 muleh kep ??????? LUJOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOONNNNNNNNNNNNNNNNNNNNGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG

Anonymous said...

salam tuan tanah..nk tye skit nokia 6080 tu kuat x klu nk bt melantak dlm ladang oren tu?

AWANG BIRD said...

salam..nak mintak setting dinding ada tak?awang bird

Unknown said...

salam bro. 6210 navigator leh wt ptt x? setting dh mnt, tp x leh guna, TOLONGGGGGGGGGGGG

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'