29 April, 2010

Batu Giling Peninggalan MGR...



Bagi anak-anak, adik-adik dan kakak-kakak yang tidak pernah melihat batu giling, inilah rupanya... Sudahpun pupus penggunaannya di kalangan suri-suri rumah sekarang berikutan adanya mesin pengisar ataupun blender yang penggunaannya lebih efisyen, cekap dan mudah.


MGR di sini bukanlah membawa maksud aktor India yang cukup popular di tahun 60-70-an dahulu, tetapi ianya membawa maksud 'Mamak Giling Rempah'.. he.. he..



Penggunaannya tidak begitu relevan di zaman sekarang ini berdasarkan beberapa faktor:

1. Mobiliti. Berat batu giling ini dianggarkan melebihi 20kg!

2. Lambat dan leceh. Bermula daripada menyediakan rempah sehinggalah kepada proses menggiling, memang mengambil masa yang lama dan memenatkan.

3. Akan tumbuh 'muscles' di lengan suri-suri rumah yang menggunakannya setiap hari...

4. Jari jadi kuning kena kunyit he.. he..


Bagi para pengguna, tiada cara atau kaedah yang khusus ditetapkan untuk menggunakannya seperti kukur kelapa terdahulu. Boleh duduk dengan gaya bebas tetapi yang biasa aku tengok ialah duduk dengan mencangkung beralaskan 'bangku sayur' dengan batu penggiling berada di hadapan manakala kedua-dua belah tangan akan memegang kemas batu penggiling di kiri dan kanan. Batu penggiling tadi akan disorong-tarik ke hadapan dan ke belakang sambil memusing-musingkan batu penggiling itu tadi beserta bunyi irama yang dihasilkan begitu mengasyikkan.


Namun begitu perlulah berhati-hati supaya batu penggiling tidak terbabas sama ada di hadapan atau di belakang. Timpa kaki sakit ooo...


Rempah yang telah siap digiling akan dikumpulkan di tengah-tengah papan muka penggiling dan akan diambil menggunakan kaedah 'jemputan dengan jari' lalu dimasukkan ke dalam bekas yang lain yang telah disediakan.



Batu penggiling yang dicipta agar mendapat genggaman kemas di kiri dan kanan. Bukan seperti memegang handle motosikal tetapi dipegang dari sebelah tepi.



Papan muka penggiling di mana segala macam rempah ratus yang akan digiling akan diletakkan di tengah-tengah permukaannya. Sebelum proses menggiling dimulakan, rempah-rempah tadi akan di hancurkan terlebih dahulu dengan menghentak batu penggiling secara perlahan-lahan di atasnya. Sedikit air perlu dicampur supaya rempah yang digiling akan menjadi basah dan sebati.


Masih kelihatan kesan-kesan rempah kekuningan yang tertinggal di papan muka penggiling. Itu membuktikan batu giling ini masih lagi digunakan. Keenakan kari yang dihasilkan daripada rempah giling memang berbeza daripada rempah ready made yang dijual dipasaran.



Walaupun ianya sudah hampir tidak digunakan lagi, tetapi di dalam keadaan tertentu terutama ketika menyambut Hari Raya, batu giling ini akan digunakan oleh suri-suri rumah sebagai pemberat untuk menindih nasi himpit.


6 Any comments?:

lovelylady said...

skrg dh tau le knpe naik muscle kt lengan ni..rupanye sbb ni le ek!! ahaksss..

missninahamzee said...

entri ni bagus, ala retro.
teringat kat umah nenek saya batu giling ni guna untuk menggiling daun inai.

siap nenek bagi petua lagi, giling lebih merah compare guna lesung batu.
~ salam ziarah

M a W a D D a H said...

kat umah ada giling ni..tapi dah berhabuk dah...

dinaso said...

jika guna batu giling ini,rwmpah yg digiling akan mengeluarkan bau harum semerbak ke sekitar rumah.

mimie said...

mane nak beli batu giling ni ek? mcm menarik jer

Anonymous said...

salam.. Saya ada 'batu lagan giling' nak jual murah2 aje rm200.. Ajai:0173436381

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'