16 April, 2010

Tepak Sirih Tembaga



Ini pula tepak sirih yang memang biasa kita lihat. Pernah digunakan suatu masa dahulu oleh keluarga tetapi sekarang sudah tidak digunakan lagi dan hanya disimpan sebagai perhiasan.



Beserta dengan gobek dan kacip.


Kegunaan gobek: Untuk menghancurkan sirih dan pinang sebelum dimakan.
Orang dulu-dulu akan menggunakan gobek ini untuk menghancurkan sirih dan pinang kerana rasanya lebih sedap apabila dimakan atau juga kerana tiada gigi untuk mengunyah. Ada juga gobek yang diperbuat daripada buluh.


Kegunaan kacip: Untuk memotong buah pinang.


Masa kecil-kecil dahulu selalu juga aku makan sirih. Orang tua-tua kata kanak-kanak tidak elok makan sirih kerana lidah akan menjadi 'keras'. Contohnya tidak boleh menyebut perkataan 'R' dengan betul... Mungkin ada sesuatu rasional yang tidak kita ketahui disebalik larangan itu.




Pemandangan dari atas. Beberapa helai daun sirih biasanya diselitkan ditengah-tengah. Mengandungi lima bekas yang biasanya diisi dengan kapur, pinang yang telah dipotong, gambir dan lain-lain.

Pada zaman ini berbagai produk kecantikan dan kesihatan telah dikeluarkan berasaskan daun sirih. Maknanya banyaklah khasiat daun sirih ini. Sebab itulah orang dulu-dulu suka makan sirih. Kalau hendak cantik, si pemakan sirih ini hendaklah bergigi emas.. he.. he..


3 Any comments?:

Tokan said...

pabila tngok bkas sireh ni tringat masa dulu2 ngan arwah nenek dan tringat jgak masa nk p mmnang..la ni org guna lagi ka bkas ni

wan chip angah said...

bekas sirih kayu pon ader,,,,untuk adat istiadat,,,,,

Nurul Hilmi said...

asalammualaikum.. ingin menjual whatapp 0125739241

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'