13 April, 2010

Gelas Tembaga Cleopatra...



Gelas tembaga ini adalah salah satu daripada koleksi barangan tembaga yang aku miliki. Pusaka daripada nenek di sebelah isteri.



Menurut Kamus Dewan, perkataan gelas membawa maksud: bekas untuk minum (sirap, air dll) yang dibuat daripada kaca. Jadi jika gelas yang diperbuat daripada tembaga hendak dipanggil apa?



Terdapat ukiran yang bercat tetapi telah pudar dimamah usia.



Pemandangan dari atas.



Bersaiz gelas biasa tetapi beratnya pun boleh tahan juga.. Buat minum air anggur sedap ni, berbaring pula di kerusi panjang ada orang kipas pula di kiri dan kanan. Macam Cleopatra gitu...



Aku selitkan juga tempat meletak lilin daripada tembaga. Ada sepasang, cantik juga sebagai hiasan. Buat bawa 'menurun' pun boleh juga ni... he.. he..



Barang tembaga ini perlu rajin menjaganya. Perlu dibersihkan dan digilap selalu, barulah ianya nampak cantik dan berseri.


Diantara beberapa petua orang dulu-dulu untuk mengilat/mencantikkan barangan tembaga:


1. Gosokkan barang tembaga tersebut dengan kulit nanas.

2. Gosokkan dengan kain yang telah dicelupkan ke dalam air asam jawa.

3. Pakai car polish.. he.. he..


2 Any comments?:

Afzainizam said...

Salam dari kami sebuah ikatan persahabatan
Salam dari kami…
http://firestartingautomobil.blogspot.com
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

Salam kunjungan salam ziarah…. Thanks kerana berkongsi story pada kami. … kami sedang berusaha membaca older post entry kamu… Wow entry yang menarik

Salam sebuah persahabatan salam perkenalan dari kami salam dihulur tanda sebuah perkenalan ….

Semoga kami menerima respon yang baik dari kamu…. Thanks againt…

" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara
Sebuah persahabatan....
Terima kasih
kembara ziarah maya”

Ezad said...

lepas pkir panjang.. betul lah gelas.. diperbuat dari kaca... sbb ayt gelas ni diambil dari bahasa 0mputih "GLASS".. mlayu cakap = pecah kaca, omputih cakap = break a glass, so benda tembaga warisan turun temurun tu bukan gelas r... jawapan nye = CAWAN. :p

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'