28 April, 2010

Sudu Tonic Chop Gajah



Tonik Cap gajah ini adalah minuman kecergasan yang cukup popular bagi orang dulu-dulu dalam tahun 70-an. Botolnya sebesar botol kicap dibungkus dengan plastik berwarna merah/kekuningan. Ada free gift iaitu sebatang sudu dan sebiji gelas plastik. Gelas plastik ini seingat aku kalau jatuh ke lantai ianya akan melantun-lantun...

Gelas plastiknya tak dapat aku selamatkan, tetapi sudunya masih ada untuk tatapan generasi kini. Sudu ini memang tahan lasak, 100% stainless steel.



Masih boleh digunakan tanpa karat. Nipis, ringan dan simple.



Tertera dengan jelas perkataan 'TONIC CHOP GAJAH'.



Di bahagian hujung pemegang sudu ini pun terdapat Registered Trade Mark Chop Gajah beserta illustrasi seorang lelaki dengan gajah. Mungkin membawa maksud bila minum tonik ini akan kuat dan bertenaga seperti gajah... he.. he..



Pemandangan dari hadapan sudu.



Pemandangan dari bahagian belakang sudu. Untuk makluman, aku masih menggunakan sudu ini sehingga sekarang...



2 Any comments?:

iaryylr said...

walaupun gelasnya tidak dapat diselamatkan, namun kita ,Masih boleh menikmati tonik ini lagi dengan botol yang seperti tidak berubah dan beserta gelas coklatnya, betul tak Abg BR? , Adik saya kalau balik Perak rumah Mak Mertua dia, ada membeli sebotol untuk ayah, tapi disini tak jual pula.. tak nampak dah...

GEREK ITU ALIA... said...

hi...OMG! i got one! just post it to my FB ahhahahah cool gila benda nih!
do visit me :)

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'