18 April, 2010

Pentingnya Sistem Maklumat Murid (SMM)



Satu keratan akhbar mengenai kejadian seorang pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Damai, Bukit Mertajam, meninggal dunia dipercayai akibat komplikasi jantung ketika mengikuti latihan sukan di sekolahnya.



Sumber: Berita Harian 01.04.2010


Menurut Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri, Ibrahim Mohamad, bapa pelajar itu memberitahu anaknya pernah mengalami komplikasi jantung ketika kanak-kanak.


"Bagaimanapun, pihak sekolah yang melakukan pemeriksaan pada rekod Sistem maklumat Murid (SMM) mendapati, bahagian penyakit kronik atau adanya sebarang komplikasi ditanda 'tiada'," katanya.


Demikianlah satu mesej yang cuba aku sampaikan disini bahawa betapa pentingnya Sistem Maklumat Murid (SMM) di sekolah. Jangan sesekali kita memandang ringan kepada SMM kerana jika berlaku sesuatu terhadap murid, segala maklumat daripada SMM itulah yang akan dijadikan tempat rujukan utama oleh berbagai pihak.


Biasalah kalau di Malaysia.. "Tak jadi tak apa!"


Takziah untuk keluarga mendiang Ang Eng Giap.



1 Any comments?:

aitotyati said...

salam,

saya guru penyelaras SMM. betul ini mmg sangat berguna. tapi biasalah, ada ibubapa yg anggap borang ini remeh. sebelum daftar masuk ke sekolah telah dipesan utk dilengkapkan tapi tetap akan ada ruangan2 kosong itu.

mencegah lebih baik drpd merawt. tapi rakyat malaysia ini mmg lebih suka merawat. hmmmm

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'