13 January, 2011

Botol Susu Bambino Peninggalan Adolf Hitler...


Setelah sekian lama menyepikan diri daripada 'memosting' di dalam blog Blues Riders ini, maka pada hari ini bermulalah kembali paparan yang dimulakan dengan botol susu Bambino ini. Pada awal tahun biasalah selalunya BR sibuk dan menyibuk dengan tugasan-tugasan rasmi dan tidak rasmi yang perlu dibereskan terlebih dahulu.

Kepada pengunjung dan pembaca setia blog ini, jangan bimbang kerana blog ini akan terus bersiaran seperti biasa insyaAllah...


Botol susu Bambino ini adalah 100% diperbuat daripada kaca tatkala pengeluaran botol susu plastik masih belum meluas penggunaannya. Untuk pengetahuan, botol susu Bambino ini tidak dijamin juga bebas BPA (Bisphenol A) kerana meskipun botolnya diperbuat daripada kaca namun penutupnya masih lagi diperbuat daripada plastik... He.. he..


Jenama BAMBINO emboss pada botol.


Terdapat dua jenis sukatan pada botol susu ini iaitu dalam sukatan cubic centimeters...


... dan ounces.


Sering kali kita melihat botol-botol susu adalah amat popular keluaran daripada England atau pun China tetapi botol susu ini adalah buatan Jerman pula, Kak Chik, Dik Yah. Mungkin juga sdr. Adolf Hitler pernah menggunakan botol susu ini ketika bayi dahulu siapa tahu?


Disertakan juga dengan puting susu dummy yang BR sendiripun tidak pasti apakah fungsinya. Hendak dikatakan puting susu sebenar tidak juga kerana ianya keras dan tiada lubang dan diperbuat daripada bahan seperti plastik. Bentuknya juga agak pelik kerana bengkok sedikit... He.. he..


Kondisinya masih cantik tetapi terdapat seperti kabus pada kaca botol. Tidak pasti pula kesan kabus itu adalah asal ataupun hasil daripada penggunaannya setelah sekian lama.

Satu peristiwa yang benar-benar menyentuh kalbu ialah pernah sewaktu kanak-kanak dahulu BR melihat sebuah keluarga menggunakan botol kicap sebagai botol susu mungkin kerana tidak mampu membeli botol susu...


Moral Value: Susu ibu adalah sebaik-baik susu.


11 Any comments?:

Pink Pearl Lady said...

betul ka.....
mcm tak caya jer...

Abu said...

ada lagi ker botol susi kaca macam tu skrg neh.. susah jugak nak jumpa neh... apa2 pun TQ bro info yang sangat menarik...

Fitri Osman said...

mana nak carik puting yang masuk sarung terus ke botol bro? mencari jugak ni...

alan said...

abg saya pernahlah guna botol kaca ni. zaman saya dah pakai plastik je ^_^

trialtodelete said...

dah follow..follow me back?

Hairil Rizal said...

Hehe...puting dia kaler gelap. Mcm kelakar la plak!

acidwelding said...

dulu guna botol 7 up kecik buat botol susu nak pasang puting kena kepit ngan kaki kadang kadang puting terpelanting.susah nak pasang puting.ada puting jenis lain untuk botol macam botol oren.

Iaryylr said...

wow! memang cun botol susu bambino ini, saya belum miliki lagi... , salam bersiaran kembali!

Blues Riders said...

BR to Pink Pearl Lady:
gimik saja tu.. hehe..

BR to Abu:
botol susu kaca mmg masih ada lagi tetapi jenis yg mcm ini rasanya mmg dh susah nk cari lagi..

BR to bro fitri:
puting masuk sarung terus ke botol? BR pun tgh mencarinya juga.. hehe..

BR to alan:
BR pun tak pasti dulu2 pakai botol susu jenis apa krn dah tak ingat..

BR to rizal:
no problem, BR follow rizal juga..

BR to Hairil Rizal:
setelah dicuci, rupa2nya puting dummy tu berwarna coklat bukan hitam spt didlm gambar.

BR to bro acidwelding:
botol 7up (200ml) warna hijau kecik tu mmg sesuai dijadikan botol susu krn saiznya yg comel. BR ada simpan sebiji botol tu. puting yg itulah yg dicari bro fitri..

BR to bro ia:
nanti 29hb jumpa kt puchong, kalau berkenan, BR let go jer.. hehe.. salam bersiaran juga.

MgtBobber said...

Ya bro! Jumpa di sanaaa!!

Blues Riders said...

BR to bro Megat:
ya bro! jumpa di sana!!

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'