23 January, 2011

Pendidikan Seks...


Segmen Pertama:

Murid Tahun Satu Sesi 2011 Diajar Pendidikan Seks.

Kira-kira 500,000 murid Tahun Satu sesi persekolahan 2011 bakal menjadi kumpulan pertama diajar pendidikan seks yang diperkenalkan menerusi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), mulai Januari depan (2011).

Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran, Datu Dr Julaihi Bujang, berkata pendedahan pendidikan seks itu akan diajar menerusi subjek Pendidikan Kesihatan, di bawah Modul Teras Asas bagi Tahap Satu membabitkan murid Tahun Satu hingga Tiga.

“Pengetahuan mengenai pendidikan seks itu mewakili 75 peratus daripada keseluruhan pengisian kurikulum baru subjek berkenaan,” katanya.

Julaihi berkata, enam tunjang menjadi teras pengisian pendidikan seks yang akan dilaksanakan secara berperingkat bermula Tahun Satu hingga Enam mencakupi perkembangan manusia, perhubungan, perkahwinan dan kekeluargaan, kemahiran kendiri, kesihatan dan tingkah laku seksual serta masyarakat dan budaya.

“Perkembangan manusia mendedahkan murid mengenai pengetahuan sistem reproduktif manusia, manakala perhubungan pula menjurus mengenai kasih sayang dan persahabatan.

Murid turut didedahkan mengenai perkahwinan dan kekeluargaan yang merangkumi tanggungjawab sepanjang hayat sebagai ibu bapa, manakala kebolehan dalam membuat keputusan menjadi pengisian kepada tunjang kemahiran kendiri.

“Turut diberi penekanan adalah kesihatan dan tingkah laku seksual yang membicarakan amalan seks sepanjang kehidupan, kaedah mengelakkan hubungan seksual, fantasi, kehamilan, penyakit seksual berjangkit, HIV dan Aids, manakala masyarakat dan budaya pula menyentuh mengenai isu seks dan masyarakat dan perundangan,” katanya kepada Berita Harian di pejabatnya di sini.

Julaihi berkata, keputusan menjadikan pendidikan seks sebagai pengisian utama subjek Pendidikan Kesihatan diambil selepas mengambil kira maklum balas dan pandangan pelbagai pihak termasuk Persatuan Aids Malaysia menerusi perbincangan meja bulat yang diadakan bagi memastikan kurikulum yang dibentuk memenuhi keperluan semasa pendidikan negara.

Beliau berkata, guru yang terbabit dengan pengajaran subjek berkenaan sudah diberi kursus, manakala bahan pengajaran turut disediakan bagi memudahkan murid mengikutinya, tahun depan.

“Kita amat berharap ibu bapa tidak bimbang dengan perkembangan terbaru ini, malah kita sendiri akui apa saja perkara baru membabitkan dasar atau kurikulum pasti ada yang sukar menerima dan memahaminya.

“Apapun, kita yakin jika pelaksanaannya (pendidikan seks) dapat dijalankan dengan baik dan lancar, masyarakat khususnya ibu bapa pasti memberi sokongan dan kerjasama terhadap pembaharuan ini,” katanya.

Sumber: Berita Harian Online
Selasa, 30 November 2010


Segmen Kedua:

Guru Tuisyen Buat Kelas Seks.


Sumber: Harian Metro 14.12.2010
(Sila klik untuk besarkan imej)


JOHOR BAHRU: Seorang guru tuisyen yang mengajar mata pelajaran Matematik ditahan polis kerana dikatakan turut menyediakan kelas seks serta menayangkan video lucah kepada seorang pelajarnya.

Perbuatan itu dipercayai dilakukan sejak bertahun lalu dan ia terbongkar apabila pelajar lelaki terbabit yang berusia 17 tahun dari Skudai di sini, menceritakan perkara berkenaan kepada keluarganya, kelmarin.

Dalam laporan berkenaan, bapa mangsa mendakwa guru terbabit dikatakan melakukan gangguan seksual dengan menayangkan video lucah serta meliwat mangsa sebanyak dua kali iaitu pada November 2008 dan Mei 2009.

Dia juga didakwa pernah melakukan seks oral dan mengajar teknik beronani kepada remaja terbabit yang kini sudah menamatkan pengajian tingkatan lima.


Segmen Ketiga:

Kes Remaja Hamil Kronik.


Sumber: Berita Minggu 25.07.2010
(Sila klik untuk besarkan imej)


KUALA LUMPUR: Seramai 768 remaja seawal usia 13 tahun, melahirkan anak yang sebahagian besarnya luar nikah sejak 2008 hingga bulan lalu, akibat pergaulan bebas.

Berdasarkan rekod Jabatan kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini saja, JKM mencatat 111 kes remaja bawah umur hamil berbanding 113 kes sepanjang 2009 dan 107 kes pada 2008.

Jumlah itu dipercayai lebih tinggi kerana ia berdasarkan kes dirujuk kepada JKM untuk mendapatkan perlindungan di Taman Seri Puteri, selain statistik tiga hospital kerajaan - Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang dan Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

Ada 135 hospital kerajaan di seluruh negara, tetapi usaha Berita Minggu mendapatkan perangkaan di kebanyakan hospital tidak berjaya, kerana antara lain alasan ialah isu sensitif dan bimbang dikenakan tindakan Kementerian Kesihatan.

Sebahagian remaja berkenaan membuat pengakuan sudah berkahwin kepada pihak hospital, ada mendakwa tidak tahu hubungan seks dengan rakan boleh menyebabkan kehamilan, malah ada kes mengaku dirogol.

Pengarah Bahagian Kanak-Kanak JKM, Noramni Mohd Yusoff, berkata pihaknya tidak hairan jika angka sebenar remaja bawah umur yang hamil lebih tinggi.

"JKM hanya rekodkan kes dilapor atau memohon perlindungan. Statistik sebenar hanya boleh diperoleh dari hospital seluruh negara," katanya kepada Berita Minggu.


Moral Value: Angguk-angguk.. Geleng-geleng...


6 Any comments?:

Unknown said...

sepatutnya pihak kementerian mengadakan lebih banyak dialog bersama ibu bapa dan badan2 NGO lain sebelum membuat keputusan ini. Tidak dinafikan niat kerajaan untuk membendung masalah sosial ni tapi kena buat banyak kajian terlebih dahulu.

zalizalu said...

bagi saya, lebih baik andainya pendidikan agama diutamakan...

cikguHidayah said...

salah fakta..pihak media memutar belitkan ulasan yang diberikan oleh pihak kementerian pendidikan..
Pembetulan..bukan pendidikan seks..tapi pendidikan kesihatan dan reproduksi sosial..ini istilah yang betul..pihak media menggunakan perkataan seks agar meningkatkan jualan akhbar walaupun telah ditegaskan oleh pihak kementerian ketika temu bual..tidak ada sedikitpun perkataan pendidikan seks yang keluar dari mulut pihak kementerian semasa temubual..

heeeee..peace ^^

Blues Riders said...

BR to bro PJB dan zalizalu:
berdasarkan fakta yg telah diberikan oleh nurul hidayah, ternyata selama ini kita semua telah ditipu oleh pihak media...

BR to nurul hidayah:
t kasih kpd nurul hidayah (bakal guru Matematik yg masih menuntut di IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan) yg telah memperbetulkan fakta di atas.

The Sharkox said...

Aku dok rasa pendidikan seks ni akan lebih elok kalau dibuat dalam kelas agama.. basuh abis2 dalam

tapi kalau cikgu sendiri buat seks ngn student macam dalam paper tu, mampuih la...

Hairun Azmi said...

Janganlah ada kesan sampingan dekat budak budak nanti...

Terbuka Malaysia 2011: Datuk Lee Chong Wei Juara Kali Ke 7

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'