25 January, 2011

Mangkuk F&N


Mangkuk F&N Full Cream Milk Powder ini memang telah lama berada di dalam simpanan BR dan hanya dijadikan hiasan sahaja memandangkan ciri-cirinya yang boleh diklasifikasikan sebagai mangkuk lama.


Amat sesuai untuk dijadikan mangkuk nasi tambah memandangkan saiznya yang agak besar (berdiameter 9 inci) dan berat.




Sesuai juga untuk dijadikan hiasan kerana corak bunga yang terdapat pada mangkuk ini sungguh menawan.


Terdapat cetakan F&N Full Cream Milk Powder di bahagian bawah mangkuk sebagai trademark kerana ianya diperolehi sebagai hadiah kerana membeli susu tepung keluaran F&N suatu ketika dahulu.


Berapakah usianya tidak dapat pula dipastikan tetapi kelihatan juga 'retak-retak' (bukan retak sebenar) yang kebanyakannya hanya terdapat pada pinggan mangkuk lama.


Eer.. kakak-kakak tak berkenan ka? He.. he..


7 Any comments?:

Kniedaz said...

cantik mangkuk ni..tapi hanya pengumpul je la yang ada..hehe

Azizah Zainudin said...

comey..kalo nampak kat hsbd sy..mau dia nak ne..
dah kira cam antik kan??

miss nina said...

ni ha..adik2 berkenan
sekarang tentu mahal harganya kan?

Akak Kembang said...

wah...sekarang ada lagi dpt pinggan camtu?

kekwa said...

kalau mak tgk ni, mesti mak berkenan. hehe~ ;)

CouLeur de Chiqu3 said...

la.a.amak saye ader lg pinggan nih... :)

Iaryylr said...

Bro, saya ada yang pinggan, yang mangkuk belum lagi tak silap.

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'