20 January, 2011

Deodoran Odorono


Siapa yang tidak mengenal deodoran Odorono? Ia adalah pewangi 'bawah lengan' (underarm) yang paling popular dan mengikut sejarah, adalah dipercayai bahawa jenama Odorono ini telahpun berada di pasaran sejak tahun 1911 lagi iaitu kira-kira 100 tahun yang lalu bermula dengan Odorono yang berbentuk krim.

Popularitinya amat terserlah apabila kumpulan rock Inggeris era 60-an iaitu 'The Who' pernah merakamkan lagu bertajuk 'Odorono' di dalam album ketiga mereka The Who Sell Out.


Deodoran Odorano Ametis yang BR paparkan ini adalah untuk pasaran Malaysia yang sungguh popular di sekitar tahun 1980-an sehingga menjadi sebutan dan ingatan kepada mereka yang pernah menggunakannya.

Pewangi 'bawah lengan' atau dengan kata yang lebih difahami iaitu pewangi ketiak ini memang cukup harum mewangi dan mampu bertahan lama walaupun badan berpeluh.


Dibuat oleh Kontrak Manufacturing Services Sdn. Bhd., Petaling Jaya, Selangor...


...di bawah izin lesen dari Chesebrough Pond's Inc., U.S.A dan cap dagang berdaftar (Trademark Registered).


Pengaruhnya cukup besar sehinggakan biar apapun jenama deodoran yang diberikan seperti Nivea, Rexona, Sanex, Romano (sekadar menyebut beberapa jenama) namun nama 'Odorono' tetap diberikan juga merujuk kepada deodoran pewangi ketiak ini terutama oleh orang-orang tua di kampung.


Lubang di bahagian bawahnya untuk menolak stick pewanginya keluar. Pada hari ini jenama Odorono ini masih lagi berada di pasaran tetapi telah berwajah baharu sesuai dengan peredaran zaman dan di dalam bentuk rolls-on.


Deodoran Odorono ini adalah berbentuk stick yang masih belum digunakan mempunyai berat bersih 40g dan harganya pada waktu itu (1980-an) ialah di sekitar RM2.++. Terdapat juga tanda huruf 'O' pada atas penutupnya melambangkan jenama Odorono.


Selamat menyambut Hari Thaipusam kepada semua penganut agama Hindu di seluruh Malaysia yang merayakannya pada hari ini dan juga selamat menyambut cuti umum bagi negeri negeri/Wilayah Persekutuan yang mengisytiharkan Hari Thaipusam ini sebagi cuti umum bagi negeri/Wilayah Persekutuan masing-masing.


15 Any comments?:

Lina said...

a'ah lar mmg ingat lar deodoran ni...dulu2 inilar yg femes

Unknown said...

salam, sekarang ni dah ade yg roll-on punya..

Kak Mahh said...

Ingat lagi bentuk ini.

Che An Dusuki said...

asSalam...ehh, dalam yang mengomen kan sini, saya sorang je xpernah dengar jenama nie...ingatkan sesuatu yang telah pupus dan dipostkan sebagai barang sejarah...ngeee~ :)

nazwellazo said...

oho..ini ler rupenye deodoran yg makcik sy sibuk cri...

hawiz said...

hurm..xtau pon..huhu

ijatnuar87 said...

owh...tp kan,camner nak masukkan balik?

abadi romeo said...

aku sempat pakai ni masa zaman kegemilangan dulu..

puteri ain said...

xpenah tau pasal jenama ni..tapi tau ada yang pattern macam ni..:D

atie said...

tak pki deodoran..huhu..saya hanya memakai bedak johson dan losyen johson..saya adalah orang yang sukar berpeluh wlpun dh berlari satu taman..kiki

acidwelding said...

cukup popular dulu hinga semua pewangi ketiak orang pangil odorono

Mrsfaizor said...

best la blog ni, rajinnya kumpul barang lama... akak dah follow

zennixia said...

salam BR..

sy xtau pulak ade brand "odorono" ni..dulu nenek sy panggil deodorant(semua jenis) as "odorono"..ingatkan nenek x reti nak sebut deodorant, dia sebut la "odorono"(i thought "odorono" ni istilah dlm bahasa jawa..)rupe2nye mmg ade brand ni...heheheh..

thanks bro BR bg info..:P

Surie said...

ble bc entry ni, teringt kt mak =)
mak penah cite psl "odorono" ni..bkn ke name nye yg sbnr "odour oh no"? disebabkan senang nk sebut tu yg jd "odorono"..btol tk?

Hono Probolinggo said...

Zaman gue SMA dulu ini yg gue sering pake hehe hehe !

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'