14 January, 2011

Pisau Cukur Gillette


Jenama Gillette sememangnya sudah tidak asing lagi kepada kita semua terutamanya kepada kaum bapa yang sering menggunakannya untuk bercukur. Entri kali ini sama-samalah kita ikuti sebuah pisau cukur Gillette yang pernah digunakan di tahun 1970-an. Kepada pakcik-pakcik dan abang-abang yang pernah menggunakan pisau cukur ini tentunya akan mengembalikan semula kenangan ketika mula-mula belajar bercukur...


"The Best a Man Can Get"


Tertera dengan jelas Gillette Made In England di bahagian belakang pisau cukur... Mak Ngah Som, Pak Tam Meli...


Nampak kemas dengan 100% daripada keluli tahan karat dan berat ketika mengendalikannya. BR sendiripun pernah 'terluka' ketika pertama kali berjinak-jinak dengan bercukur...


Bahagian untuk mengisi mata pisau cukur boleh dibuka dan ditutup dengan memusing di bahagian bawah tangkai pemegangnyanya. Semasa kanak-kanak dahulu memang asyik jika bermain dengan pisau cukur ini kononnya sebagai bunga sedang berkembang.


Juga terdapat perkataan Made In England di belakang kotak atau bekas menyimpan pisau cukur.


Bekas atau kotak menyimpan pisau cukur ini yang telah kelabu berkemungkinan besar akibat terlalu lama di atas almari set board. Kekelabuan ini mungkin juga disebabkan oleh taburan bedak talkum yang berterbangan ketika proses memakai bedak dilakukan..


Kepada ibu-ibu, pisau cukur ini amat sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah hari jadi atau hari ulang tahun perkahwinan khas untuk para suami masing-masing supaya penampilan suami tampak lebih kemas dan bergaya. He.. he..


Gillette® has been at the heart of men’s grooming for over 100 years. Each day, more than 600 million men around the world trust their faces and skin to Gillette’s innovative razors and shaving products. This commitment to giving men the very best is carried into our line of personal care products, including deodorant and body wash. All designed for the unique needs of men – helping them to look, feel and be their best every day


10 Any comments?:

miss nina said...

kenangan tu.
masa kecik2 abah ada la guna pisau cukur gini.. tertarik nak belek2 tapi abah betul2 handle with care

Blues Riders said...

BR to miss nina:
mmg org dulu2 cukup cermat menjaga barangan mrk terutama bagi benda2 yg merbahaya drpd anak2.

Abu said...

barang lama nie susah nak dapat neh... suspect la kat ko bro

anamizu said...

fuuhhhh mmg retrolah bende nih..
abah ana pun ade satu ^^

ain revival said...

umah aku ad benda nie satu..
xtaw ayah aku gune ke x lagi..
dulu rajen gak skodeng ayah aku cukur janggut..
skrang da bsar nie xde mase plak..
hahaha

Fadzli Amir said...

betol2 nostalgia la bro....dulu pernah nampak menda ni....best tol....kalu buleh nak balik pada zaman dulu....tapi apakan daya....

ceritasekupang said...

trbaek...

Balqis Nazid said...

teringat arwah atuk bila tengok Pisau cukur ni.
Arwah sayang sangat dengan benda ni....

Blues Riders said...

BR to anamizu & ain revival:
mmg ayah kita dolu2 menggunakan pisau cukur spt ini krn hanyalah itulah shj pilihan yg ada..

BR to fadzli amir, ceritasekupang & balqis nazid:
moga2 amat bersesuaian dgn tema blog ini iaitu 'mengimbau masa silam yg blues' yg boleh membuatkan kita ketawa, sedih dan kesal dgn masa silam...

iaryylr said...

Bro, memang seperti yang ini saya cari, tapi belum jumpa, sekarang dah entri baru senan cari he he he!

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'