21 January, 2011

Syampu Peket Kedai Kampung...


Kepada pembaca yang pernah melalui kehidupan di tahun-tahun 1970-80an dahulu tentunya tidak akan melupai syampu peket (handy pack) yang pernah dijual di kedai-kedai runcit berhampiran sama ada anda pernah menggunakannya atau tidak. Biasanya syampu-syampu ini akan dijual dalam bentuk peket kembar dan digantung bersusun di dalam plastik di alang kedai.


Di sini BR paparkan dua contoh syampu peket yang sempat diselamatkan buat tatapan generasi kini yang mungkin tidak pernah melihat syampu peket sebelum ini. Tidak pasti lagi sama ada syampu peket seperti ini masih berada di pasaran pada masa ini kerana kebanyakan pengguna lebih suka menggunakan syampu botol yang lebih mudah digunakan dan lebih senang disimpan.


Arahan penggunaan yang terdapat di belakang peket syampu. (Maaf gambar kabur sedikit).


Peraturan penggunaan Syampu Elok: Gunakan separuh dari bungkusan kembar bagi tiap cucian. Basah seluruh rambut dengan air suam atau sejuk. Kemudian tabur SYAMPU ELOK di atas rambut. Gonyoh atas kulit kepala sehingga berbuih. Bilas habis-habis dengan air. Ulangi, jika perlu.

Dari laras bahasa yang digunakan, sudah tentu kita dapat mengagak bahawa syampu ini tentu sudah lama usianya. Peraturan ini juga terdapat di tulisan jawi, Bahasa Inggeris dan Cina. Tidak dapat dipastikan pula Syampu Elok ini keluaran daripada syarikat mana.


Lagi satu contoh syampu peket ini ialah Syampu Pink keluaran Lion Home Products (M) Sdn. Bhd., Petaling Jaya.


Untuk pengetahuan, harga bagi sepeket syampu ini tidaklah mahal pada waktu itu dan kalau tidak silap di sekitar 30 atau 50 sen sahaja bagi sepeket syampu kembar ini dan boleh digunakan untuk beberapa kali cucian rambut. Amat sesuai digunakan di hotel-hotel atau pun di rumah-rumah tumpangan.


Berwarna pink sesuai dengan namanya SYAMPU PINK.

No more tears!

10 Any comments?:

Wan Ryna said...

Serius tak penah tengok syampu2 jenis ni..produk zaman tok nenek kita nih..hehe

Alan said...

ingat lagi syampoo dalam paket ni..dulu pantene pernah guna cara ni untuk promosi..dorang letak dalam peti surat.

KinosKoko said...

haha..dpt syampu sunsilk paket2 mcm ni smalam..ada promosi..free lagi..

Farhana Sahri said...

kalah syampu kt hotel..heheee

Miecyber said...

Antik....

RM 200 juta untuk seragam harga barang luar bandar

Freaky said...

x pernah tgk pon syampu ni. huhu

nikths said...

syampoo pink dan syampoo kao merit pernah guna dulu.

zmah said...

Ingat lagi waktu guma dulu.

nur aisya humaira said...

ni pakai time darurat...haha
ble syampu besar da abis,mintk adik g beli kt kedai...biase sye pakai pantene ngan rejoice,..:)

RedVixen said...

waahhh... rindu la zaman ni... hahaha :D

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'