13 February, 2011

Kelompongan Undang-undang...


40 lori 'dirosak' elak saman JPJ.
Majikan arah pemandu tinggal kenderaan bawa pasir di lorong kecemasan.


Kehadiran deretan lori pasir rosak di lorong kecemasan sepanjang Lebuh raya Utara Selatan berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Ladang Bikam (arah selatan) di Bidor, Perak, awal pagi semalam, mencetuskan tanda tanya pengguna lebuh raya berkenaan.

Wakil Berita Harian yang turut dalam operasi Pasukan Trafik Bukit Aman, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Plus Expressways menemui 40 lori dipercayai sengaja dirosakkan di tepi lebuh raya untuk mengelak dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.


Sumber: Berita Harian 27.01.2011
(Sila klik untuk besarkan imej)

Difahamkan, dengan mengambil tindakan sedemikian, majikan hanya perlu mengeluarkan kos RM500 untuk membaiki kerosakan, berbanding denda sehingga RM5,000 sekiranya ditahan kerana pelbagai kesalahan.

Antara kesalahan dikesan ialah melangggar peraturan lori pasir tidak boleh memasuki lebuh raya, membawa muatan berlebihan, tiada lesen memandu, tayar botak, selain ada di kalangan pemandu masih remaja serta tidak mempunyai permit kenderaan perdagangan.

Ketua Operasi, Asisten Supritendan Khuzir Abdul Majid, berkata pihaknya sudah menjangka taktik pemandu lori pasir terbabit dan mengepung semua lori yang berhenti sebelum mengambil tindakan sita dan saman.

"Sebahagian pemandu lori bagaimanapun tidak sempat merosakkan kenderaan mereka berikutan kehadiran kami. Hasil pemeriksaan mendapati kebanyakan lori atau kenderaan ini berhenti kerana rosak."

"Bagaimanapun, siasatan mendapati kenderaan itu sengaja dirosakkan bagi tujuan mengelak dari diperiksa dan disaman pihak berkuasa. Adalah menjadi satu kesalahan lori membawa muatan pasir memasuki lebuh raya," katanya.


Moral Value: Disyorkan supaya bihak berkuasa mewujudkan pula skuad 'mekanik' yang akan membaiki kenderaan tersebut supaya boleh bergerak, barulah boleh diperiksa dan disaman.. He.. he..


4 Any comments?:

zati embong said...

my mum pernah cakap, kalau kereta/lori yg berhenti JPJ xboleh nak buat ape2,coz undang2 just utk kenderaan yg bergerak atas jalan.

tp kdg2 bagus gak bila semua lori berhenti tepi jalan,xpayah pening kepala fikir nk motong diorg.hihi

Firdaus Life said...

ahaks bijak gak mereka ni tinggal di tepi jalan raya

Iaryylr said...

bukan sahaja pura pura rosak rosak tetapi merbahayakan pengguna lain, walau bagaimana pun pusing bagaimana tetap boleh saman sebab walau lori dilorong kecemasan ianya tetap dilebuh raya, dan ianya tetap dari belakang, dari belakang tentulah dari jalan raya, lepas baiki pun tetap akan kedepan kejalan raya,ini pula sampai 40 buah, lainlah helikopter he he he, banyak juga kemalangan berlaku sebab lori nak masuk lorong kecemasan secara tiba-tiba terhimpit kenderaan atau kenderaan belakang terlanggar belakang lori, ada bila lori hendak masuk kelorong kecemsan secara tiba-tiba sebab tidak ikut lorong sepatutnya, kereta nak elak terus ke kiri atau tidak perasan , dummmm! terus terus terlanggar belakang lori.
alamak! ini komen ke cerita? apa-apa jelah, kepada geng-geng pemandu lori yang berada diport klang, meru & shah alam , lama tak jumpa bro!

Kak Mahh said...

Sanggup tu...janji tak diSAMAN.

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'