07 February, 2011

J & G Meakin ...Ada Lagi! (Part 1)


Rasanya sudah lama BR tidak me'mosting' kisah pinggan J & G Meakin yang berada di dalam simpanan. Khas untuk 'mak-mak bonda bunga kangkung' dan kepada pembaca yang meminati pinggan-pinggan lama khasnya dari jenama J & G Meakin ini, marilah kita ikuti kisah pinggan J & G Meakin ini secara lebih terperinci.


Pandangan dari hadapan pinggan nasi J & G Meakin Celeste. Berdiameter kira-kira 10 inci.


Pandangan sisi menampakkan dengan lebih jelas kedalaman pinggan.


Seperti biasa terdapat cetakan jenama J & G Meakin di bawah pinggan untuk membuktikan kualitinya. Pinggan ini buat makan nasi sedap ni, bubuh kuah kari banyak-banyak sikit... He he..


Pinggan ini juga masih dalam siri J & G Meakin Celeste dan mempunyai diameter yang sama dengan pinggan pertama iaitu kira-kira 10 inci.


Pandangan sisi menampakkan perbezaan iaitu pinggan ini lebih 'nipis' dengan kedalaman pinggan yang tidak begitu dalam.


Juga terdapat cetakan jenama J & G Meakin di bawah pinggan beserta dengan trademark 'retakan' bagi pinggan-pinggan lama keluaran di tahun 1950-an ini.


Bentuk pinggan ini adalah sama dengan bentuk pinggan di atas cuma pinggan ini adalah dalam siri J & G Meakin Glamour Jade. Bersaiz kecil sedikit iaitu berdiameter 9 inci dan berwarna kehijauan.


Pandangan sisi pinggan J & G Meakin Glamour Jade ini. Sesuai untuk diletakkan ikan termenung goreng panas-panas... Makan nasi pula di dalam 'dangau' di tengah bendang.


Terdapat cetakan jenama J & G Meakin Glamour Jade di bawah pinggan. Pinggan-pinggan lama ini sebenarnya memang cantik untuk dijadikan hiasan sebab hendak diguna terasa sayang pula kerana jikalau pecah, agak sukar untuk dicari ganti.


Sekian, terima kasih. Kita jumpa lagi dalam J & G Meakin ...Ada Lagi! (Part 2) esok. He.. he..


10 Any comments?:

:: N.O N.I.C.K.N.A.M.E :: said...

agak2x kalo nak beli kasi adiah besday mak sy brapa erk??
Hobiku :Team Gerek Tua

perpatih_kenyalang said...

ni barang antik ke??

Blues Riders said...

BR to :: N.O N.I.C.K.N.A.M.E ::
mmg sesuai utk dijadikan hadiah besday emak, tp kalau boleh carilah yg lengkap setnya. boleh rujuk blog2 yg mnjual pinggan mangkuk utk harga & maklumat lanjut.

BR to perpatih_kenyalang:
rasanya belum sesuai utk dikategorikan sbg brg antik, 'barang lama' mungkin boleh kot.. hehe..

iaryylr said...

Pinggan lama nie Bro!

MOH KEMBARA said...

Salam BR, lama akak tak dtng sini. Err akak banyak pinggan dr England dan dr bahan yg sama, ada nama company tapi ada tahun. Yg BR punya ni takder tahun pulak.

good_boy said...

cantik betul la =)

Farhana Sahri said...

adakah yg 9inci itu tiruan..o set dia??

Buat Duit Dengan Nuffnang said...

salam,,,huh penatnya berjoging,,,http://easywinpoker.blogspot.com http://tengokdvd.blogspot.com

ammboi.blogspot said...

manyak cantek wooo...

cerita panas : Lawak Laki Bini : Isteri Yang Dingin (Nikah SX)

Blues Riders said...

BR to bro ia:
lama tu tak pasti pula, tetapi J&G Meakin ni cukup popular di sekitar 1950-an.

BR to MOH KEMBARA:
pinggan ini mmg tak ada tahun, kalau ada tercatat tahun senanglah nak tahu usianya.

BR to good_boy & ammboi.blogspot:
mmg cantik.. buat perhiasan pun boleh..

BR to Farhana Sahri:
yang 9 inci tu kira macam adik beradik dia lah jugak..

BR to Buat Duit Dengan Nuffnang:
boleh lepaskan penat anda di sini..

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'