17 February, 2011

Sirap Berperisa Ros Red Horse


Kordial jenama Red Horse ini memang cukup popular semenjak BR masih kanak-kanak lagi. Difahamkan bahawa jenama Red Horse telah berada di pasaran semenjak tahun 1964.


Kalau dahulu di sekitar tahun 1970-an, kordial ini diisikan di dalam botol plastik berwarna putih tebal seperti Tupperware dan sungguh tahan lasak berbanding sekarang diisi di dalam botol plastik jernih dan nipis. Lambang kuda merahnya juga akan di emboss pada botol tersebut. Biasanya ia akan di recycle semula sebagai bekas mengisi air masak di dalam peti sejuk.


Masa terus berputar dan evolusi terhadap jenama Red Horse ini terus berlaku seiring dengan masa. Untuk itu, marilah kita sama-sama melihat kordial jenama Red Horse yang telah dikeluarkan pada tahun 1990-an ini.


Gambar air merah, air sirap atau atau 'air serbat' bercampur ais batu ini amat menyelerakan apabila dilihat terutamanya di bulan puasa. Kalau orang dulu-dulu memang suka menambahkannya dengan biji selasih sebagai penyejuk badan. Semasa kanak-kanak dahulu juga BR namakan biji selasih itu sebagai 'buah rambutan kecil'... He.. he..


Lambang kuda merah sebagai trademark Red Lion ini yang telah digunakan sejak sekian lama dan masih tidak berubah. Untuk pengetahuan, Sirap berperisa ros Red Horse isi kandungan 2 liter ini masih belum dibuka dan digunakan.

Telah lama tarikh luputnya iaitu berbelas-belas tahun yang lalu. Jika ada sesiapa yang teringin untuk mencubanya, silakan... Ia juga amat sesuai untuk dijadikan air bandung dengan haruman rosnya yang sungguh menawan dan membangkitkan selera.


Dibuat oleh Red Horse Fruit Juice Manufacturers Sdn. Bhd., Taman Kepong, Kuala Lumpur. Pada penutupnya juga terdapat perkataan RH Malaysia iaitu 'Red Horse Malaysia'.


Untuk maklumat lanjut mengenai Red Horse ini, pembaca bolehlah ke: Red Horse


8 Any comments?:

thomas said...

Wah! Ini brand lama yg enak.

iaryylr said...

apa lagi kawan-kawan?, seorang ambil gelas, seorang pergi ambil jug, seorang pergi beli air batu, seorang masak air, seorang beli gula....

Kita kasi bancuh, kita minum-minum itu sirap kuda sama-sama bawah pokok kelapa! yehaaaa!

Dhia Delisha said...

banyak barang lama dah xde...kdg2 ghindu gak...

Nulia said...

yummy sedapnyer ... huhuhu...x pernha rase g , nak jugak... hehehe

Nurul Syuhada Bt Hasri said...

saya panggil biji selasih tuh telur katak!..haha..

MOH KEMBARA said...

Salam BR, pe kabor? Tak diminum ke cordial tu?

zmah said...

Pernah juga merasa sirap ini.

Farhana Sahri said...

mmg sedap lau di buat air...

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'