11 February, 2011

Syampu Countess


Setelah kita mengikuti kisah SYAMPU PEKET, Kisah kali ini ialah mengenai syampu di dalam botol jenama Countess yang memang popular di sekitar tahun 1980-an.


Syampu Countess lemon untuk rambut berminyak.


Syampu paling baru yang memberi anda kelembutan baru. kelembutan semulajadi yang mudah digayakan dan menarik perhatian. Countess baru dengan ramuan semulajadi bermutu dan pendandan yang lebih kaya memberi rambut anda kelembutan yang belum pernah dirasai. Kelembutan semulajadi.


Pandangan dari sisi menampakkan bentuk botol syampu yang slim...


Penutupnya dalam bentuk 'twist on' yang boleh dikatakan termaju pada zamannya.


Isian bersih 250ml.


Dibuat oleh Beecham Products (F.E.) Sdn. Bhd., Petaling Jaya, Selangor di bawah lesen daripada Beecham Products, Brentford, England.


Iklan syampu Countess di tahun 1980-an ini BR perolehi daripada sebuah majalah untuk tatapan dan rujukan kita. Perkataan utama di dalam pengiklanan syampu Countess ini ialah 'kelembutan' yang membawa maksud rambut yang lembut.

Perkataan 'Kelembutan' juga boleh membuatkan BR teringatkan kembali kepada sebuah lagu nyanyian Gigi Villa yang popular di tahun 1983...


"Kelembutan" - Gigi Villa

Mengapa ku bermuram di senja yang remang ini
Senja yang terbenam di pinggiran warna pelangi
Kuabaikan keyakinan tentang hari hadapan
Yang pasti bersinar terang

Mengapa kuharus bermasam muka denganmu
Menilai kelembutan yang lenyap dari pandangan
Kulontarkan kekerasan bersunyi dan berfikir
Hatiku tersusuk duri

Oh tuhan berikan daku ketenangan
Untukku kenali dirimu
Laluku dakap alam yang indah terbentang
Dihiasi bintang-bintang berkerlipan

Tidak kukesali masa silam yang berlalu
Kerana waktu ini kukenali erti sendu
Kan kutimba ilmu-ilmu
Ku jamah buku dan cerita
Kan ku kenali warna dunia


8 Any comments?:

atie said...

brape lama dah syampu ni???

Blues Riders said...

BR to atie:
berapa lam tu tak pasti la pula, mungkin di awal 1990-an kot..

Kak Mahh said...

Boleh guna lagi tak?

bibabdulhamid said...

tak pernah tgk syampoo nie.. tp mesti wangi gilerrr!!

AimiiiLove said...

tak pernah dengar pun nama shampoo nih?hehehe

Blues Riders said...

BR to cikgu zmah:
klau berasa nk guna, no prob, silakan.. hehe..

BR to Bib Abdul Hamid & Miss A:
tentunya anda berdua generasi baharu. wbagaimanapun enjoy!!

Unknown said...

hahahha..ntah ape lah jadi kalau guna shampoo tu skang ne...scarry~~

trex kiut said...

wahhh xpernah tengok shampoo ni sbb sy lahir thn 90an hehe..
tp btolla nmpak menarik gak botol ni wpon thn 80an.. ala2 shampoo herbal essences tu.. hehe

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'