24 February, 2011

Lesen TV


Lesen Alat Terima Siaran Televisyen atau lebih dikenali sebagai Lesen TV ini memang merupakan satu dokumen yang perlu ada di dalam setiap rumah yang memiliki set radio dan TV suatu ketika dahulu. Adalah menjadi satu kesalahan dan akan didenda sekiranya pemilik set radio dan TV pada waktu itu tidak memiliki Lesen TV ini. Bayarannya ialah RM24 bagi tempoh setahun dan boleh dibayar di mana-mana Pejabat Pos di seluruh Malaysia pada waktu itu.


Pada kebiasaannya Lesen TV ini akan dipamerkan di dalam rumah supaya mudah dilihat oleh pegawai penguat kuasa yang datang membuat pemeriksaan. Terpulanglah kepada tuan rumah sama ada untuk membingkaikannya ataupun hanya melekatkannya di dinding dengan menggunakan paku tekan.

Lesen TV yang bertarikh 15.07.1999 dan tamat pada 15.07.2000 ini masih baru dan merupakan siri yang terakhir sebelum penggunaannya dimansuhkan pada tahun 1999. Bagi Lesen TV yang terawal, butiran yang terdapat pada Lesen TV ini adalah bertulis tangan dan bukannya cetakan komputer. Walaupun telah pudar, tetapi masih boleh dibaca.


Sebenarnya memang terdapat beberapa laman dan blog yang telahpun memaparkan kisah Lesen TV ini, salah satunya ialah Lan Antique. Tetapi apa yang lebih menyeronokkan di sini ialah mengenai beberapa kisah lucu yang boleh kita kongsikan bersama iaitu semasa pegawai penguat kuasa Lesen TV datang membuat pemeriksaan dari rumah ke rumah pada waktu itu. Kepada pembaca yang pernah mengalami sendiri kisah menyorokkan TV dengan membungkusnya dengan selimut ataupun tilam bolehlah kita kongsikan bersama. Ada juga yang terlebih sorok sehingga terlupa di mana radio itu disorok... He.. he..

Maka kelam-kabutlah (kepada mereka yang tidak memiliki Lesen TV ini) memberikan berbagai alasan untuk mengelakkan daripada didenda oleh penguat kuasa. Alasan yang paling popular ialah TV rosak, ada yang menumpangkannya di rumah jiran yang memiliki lesen dan yang paling kelakar ialah mengaku tidak pernah memiliki TV tetapi antenna TV kelihatan di bumbung rumah...

Jika difikirkan apalah sangat dengan RM2.00 sebulan itu jika dibandingkan dengan siaran sebuah stesen TV berbayar kini yang paling minima RM40.00 sebulan itu tetapi asyik menyiarkan siaran yang berulang-ulang...


Kepada pembaca terutamanya generasi baharu yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai lesen TV ini bolehlah ke: Wikipedia/Lesen Televisyen


9 Any comments?:

Alan said...

kalakau lak bila ingat balik pasal lesen tv ni..yelah benda benda ni pun nak pakai lesen dulu hehehe...

iza said...

As salam....
pernah jgk pegi bayar lesen tv beberapa kali...pastu tv rosak, dah tak byr lg dah sampai skrg....bila fikir2 balik, mcm tak logik je tv pun nak kena ada lesen...kalau bagitau kat generasi skrg, mesti susah nk percaya...

Pendekar Berkuda said...

tak pernah pun nampak lagi kisah lesen TV ni... adush...


Jom Lepak Sini.. (^_^)

lavender harum wangi said...

kat rumah aku pun ada~ hari tu igt nk jgk bt entri psl benda ni, sekali kau dah buat~ HAHAHAHA, kelakar bila pikir2 balik.. nak tgk tv pun kena ada lesen~ :D

Rynie Nas a.k.a Myung Hee said...

nape kat umah abah tak simpan pon menda ne??...hahaha...sedar -sedar je dah boleh tgk tv tanpa lesen camgitu...

NE leh kira tinggalan sejarah tak??...hehe

frightrice said...

Kalau nak sorok camna, ariel TV nampak atas bumbung :)

Fiqas said...

kat rumah saya dulu pun ada lesen tv ni..macam lucu lak kalau fikir balik, tv pun nk kena ada lesen...

nikths said...

betul bro...pernah pegawai penyiaran datang check lesen,kelam kabut usung TV bawa lari masuk belukar belakang rumah,dahlah berat(TV kotak kayu yg ada sliding tu.Bukan apa,kes lupa nak perbaharui lesen.Terlupa pulak pasal aerial,nasib baik pegawai tu sekadar jenguk je ke dalam..takut ada,kelakau pun ada.Takut kena saman,kalau tak silap la denda RM1K.Mana orang kampung nak cari duit banyak tu masa tu.

chocolicious said...

t'ingt zaman budak2, umah kita takde lesen tv. bila orang dtg check, mak ttp tv tu ngan kain. masa tu kita tak phm pape...tp mmg kesian kat mak. sebab takut tv kena tarik. hehhee

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'