06 April, 2011

Sayang Sarawak... Episod Akhir


Lawatan diteruskan lagi dengan melawat Muzium Sarawak, Kuching. Terdapat Muzium Etnologi dan Muzium Islam di sini di bawah pentadbiran Jabatan Muzium Sarawak. Untuk mengetahui berbagai kisah dan kesan sejarah blues negeri Sarawak bolehlah melawat ke muzium ini, kafetaria dan kedai cenderamata pun turut disediakan.


Pemandangan daripada atas jejantas yang menghubungkan Dewan Tun Abdul Razak (ruang pameran) dan Muzium Islam dengan Muzium Etnologi.


Anak-anak sempat bergambar di samping sebuah perahu panjang yang terdapat di situ.


Perjalanan diteruskan lagi dengan mengunjungi kedai Kek Lapis Dayang Salhah. Negeri Sarawak memang sinonim dengan kek lapisnya yang beraneka corak dan beraneka lapis. Memang banyak kek lapis yang dijual dan disediakan untuk dirasai untuk para pengunjung. Tempat ini merupakan tempat yang wajib dikunjungi terutamanya oleh kaum ibu.


Terdapat juga jualan ikan Terubok Masin di tempat berhampiran. Berbagai harga ditawarkan kepada pengunjung dengan kaedah pembungkusan yang sungguh kemas untuk 'flight-proof'.


Pada sebelah malamnya bersiar-siar di Pasar Satok kerana secara kebetulan hotel penginapan terletak berhampiran dengan Pasar Satok. BR sekeluarga menikmati makan malam di Pasar Satok ini dan mengambil kesempatan untuk merasai keenakan mi kolok dan ayam penyek. Singgah juga di Grand Supermarket berhampiran untuk membeli kasut si Muqri dan si Aidiel yang telah 'hancur' kerana terlalu banyak berjalan...

Untuk pengetahuan, Pasar Satok ini memang ramai pengunjungnya pada hari Ahad. Berbagai jualan boleh didapati di sini daripada pokok bunga, haiwan peliharaan, makanan, pakaian, kristal dan sebagainya. Terperanjat juga apabila melihat harga bagi 1kg anggur di sini berharga RM18.00.


Antara barang-barang yang dibawa pulang, topi koboi celoreng itu tentulah milik si Aidiel, ikan terubok masin dan kek lapis Dayang Salhah.

Selebihnya ada juga membeli cenderamata seperti kain pua kumbu, lada, rantai kunci dan sebagainya untuk kenang-kenangan. Tidak lupa juga untuk membeli t-shirt dan sebagainya untuk Luqman yang sentiasa di hati. Teringin juga untuk membeli sumpit, panah dan golok Sarawak tetapi atas faktor-faktor keselamatan, hasrat tersebut terpaksa dibatalkan.


Salah satu cenderamata tembikar berbentuk paip yang sempat dibeli di Pasar Satok. Tertarik dengan keunikan bentuknya dan ukiran rumah panjang serta burung kenyalang sebagai kenangan ke Sarawak walaupun hanya sekejap.


Tatkala kaum ibu wajib membeli kek lapis dan ikan terubok masin serta kain batik "Doa Ibu" apabila ke Sarawak, kaum bapapun apa kurangnya dengan membeli Gambir Sarawak untuk dibawa pulang ke Semenanjung. Kata orang Gambir Sarawak ini ada yang asli dan ada yang tiruan.

Jadi BR pun menempahlah barang sedikit daripada pengawal keselamatan merangkap pemandu pelancong yang membawa kami untuk lawatan ini kononnya beliau boleh mendapatkan yang asli dengan harga RM5.00 sekeping dan RM10.00 sebotol bagi yang berbentuk air.

Kelakar pun ada apabila cara penyerahan Gambir Sarawak inipun dilakukan dengan penuh hati-hati dan penuh kerahsiaan seolah-olah membeli dadah pula lagaknya sehinggakan BR bertanya kepada beliau adakah menjadi satu kesalahan jika memiliki Gambir Sarawak ini?

Amat malang sekali apabila rupa-rupanya Gambir Sarawak yang kononnya asli itu telah dijual dengan harga empat keping RM10.00 di Kuching Water Front (memang 100% serupa dari segi packaging dan nombor telefon yang tertera) Memang kompom kena tipu.. kah, kah, kah... (memang gelak besar kerana jika sebelum ini BR hanya berbunyi he.. he.. sahaja).

Untuk pengetahuan, kegunaan Gambir Sarawak ini ialah untuk sakit gigi, sengatan dan 'sebagainya' kerana sifatnya yang akan memberikan rasa kebas pada bahagian yang disapu. Kaedah penggunaannya ialah dengan mencampurkan sedikit air dengan sedikit Gambir Sarawak ini lalu disapukan di tempat yang berkenaan.


Perjalanan pulang ke Semenanjung agak kurang selesa kerana BR telah diserang demam dan panas badan secara tiba-tiba. Penerbangan daripada Kuching ke KL sudah tidak terasa kerana masa hanya dihabiskan dengan rehat dan tidur akibat penangan paracetamol. Namun begitu dalam sayup-sayup kedengaran laporan penerbangan daripada kapten kapal (Kapten Ridzuan) yang sering menyebut InsyaAllah dan Alhamdulillah dalam penerbangan membuatkan hati ini terasa sungguh terusik bercampur bangga...


Selamat tinggal Sarawak... Berjumpa lagi kita di lain waktu jika diizinkan, sesungguhnya sungaimu tidaklah sempit dan kalaulah perahuku sempit, ku pujuk-pujuk ku bawa jua... He.. he..


"Kamek nang suka dengan kitak..."


22 Any comments?:

monalea said...

suami kalau balik kuching, benda mesti dibeli parang n keris.ada je kawan2xnya yang mengirimpernah sekali dulu dia beli sumpit.dia siap gantung kt umah..lea pulak semestinya kek lapis dan terubuk masin untuk kawan2x dekat sini

s.y.a.r.q said...

kek lapis sarawak yang masam2 manis tu sedap =p~

Thomas Lee/Lee Lip Pang said...

Hah!hah! Gambir Sarawak memang selau dicari org.

Blues Riders said...

BR to monalea:
parang, panah & busar, sumpit sarawak memang cantik kerana ada unsur2 etnik. menyesal pula tak beli..

BR to s.y.a.r.q & bro thomas:
kek lapis & gambir, memang itu yg dicaripun.. trademark berkunjung ke sarawak.. hehe..

tomatokering said...

wahhh~mana ole2 saya ? hehe

syairahmohdanuar said...

kamek nang suka dengan kitak tu ape?? ;D

Unknown said...

salam...noe ceomment..x pndai ckp loghat sarawakan..huhu..opss,,,BLUERIDERS..blog aq belum d bloglistkan di sini..pls bloglist yer..tq..blog u BLUESRIDERS sudah dibloglistkan d blog hamba..huhu..-bloglist 1 cara upkan traffik,dgn krjsama sesama-..:)..download any program secara premium free punyalah

Unknown said...

tak boleh beli byk kerana naik airplane.

dyana nana said...

Wah..!! dye naik belon pegi sarawak...
jeles nie jeles.. huhu :D

faisal said...

wah penah skali je g kuching..saje jln 2 g umah sepupu...pastu g shopping kat sempadan...murah gile...hahaha..tak tau bila lagi nak g..insyaAllah rezeki lebih leh g cne...

http://faisalapardi.com/

Kak Mahh said...

Kita pun last episod juga

Anonymous said...

hah ! saya study kat uitm Sarawak skrg.. :D

* wow ! pandai dah klakar sarawak, nice try.. :)

Koding said...

suatu hari nanti.. InsyaAllah aku juga akan sampai ke sarawak...

Anonymous said...

apapun mmg best kat sarawak (kuching)....tringat cite ngan kwan nak bli gambir.....hahahaha....

Abu Bagi said...

aku nak pegi sarawak..

Iaryylr said...

Selamat Pulang Bro!

frightrice said...

Saya check pegi Kuching, Sarawak dlm bulan ni below RM300 return naik Airasia. Skg kat sana ada bz skit la election.

Mira3dora said...

rinduuunyeee dgn sarawak. kte pon ade wat entry pasal sarawak dlu. :)

Anonymous said...

thanks thanks thanks :) visit you back :)

enjoy your days ok :)

uLan said...

wahhhh... dats my city.... :-) bestnye... so cantekkk

lady dayana. said...

kamek pun nak pegik sarawak jugakk. tak penah pegy T_T. best nya tgk. uhuhu

Unknown said...

waa..g sarawak eaa..
bagus la mun pia...
hehe
XD

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'