07 October, 2010

Ulang Tahun Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke-77


Akhbar Berita Harian semalam (06.10.2010) telah menyertakan sisipan Selamat Hari Ulang Tahun Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke-77. Walaupun agak terlewat tetapi rasanya belum terlambat lagi untuk BR ucapkan kepada semua anggota tentera Malaysia di ketiga-tiga perkhidmatan iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak kiralah di mana sahaja mereka bertugas menjaga keamanan negara ketika ini. Tanpa pengorbanan anda sekalian sudah tentu kita tidak akan memiliki keamanan dan kesejahteraan seperti sekarang.


Kisah kali ini ialah mengenai telatah anak BR yang bongsu ini yang amat obses dan begitu berminat dengan tentera. Baru berusia 8 tahun tetapi apabila ditanya mengenai cita-cita sudah tentu jawapannya ialah askar! Samalah seperti ayahnya dahulu ketika ditanya guru untuk diisikan ke dalam Kad Sulit 001 sekolah, jawapannya sudah tentulah askar, polis atau bomba. Apabila dewasa jawapannya telah berubah sedikit kepada guru, doktor dan peguam... He.. he..


Bersama peralatan tentera yang dimiliki. Satu sudut di dalam biliknya ini memang telah dijadikan tempat khas untuk peralatan tenteranya yang dipanggil 'kem askar'. Semua aktiviti harian akan dilakukan di dalam 'kem askar' ini termasuklah tidur.

Jika membeli sebarang permainan, sudah semestinya permainan yang berunsur ketenteraan. Untuk pengetahuan, Kebanyakan barangan yang dimilikinya adalah berwarna hijau atau celoreng bermula daripada bekas pensel hinggalah kepada basikal.


Sedang bersantai bersama havoc dan berbangga dengan pangkat 'sarjan' yang dimilikinya.


Berada dalam keadaan penuh kesiapsiagaan untuk mempertahankan tanah air daripada dicerobohi musuh... "Melentur buluh biarlah daripada rebungnya."


Mendapat tempat ke-2 di dalam Pertandingan Pakaian Beragam di sekolahnya sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-53 baru-baru ini dan masih mengekalkan gaya tenteranya. Sebenarnya hampir kesemua peralatan tenteranya dibawa untuk pertandingan itu termasuklah topeng, machine gun dan bom tangan, tetapi akhirnya malu pula untuk bergaya dengan peralatan tersebut.


Ini pula ialah lakaran peta strategi peperangan yang ditampal di dinding bilik. Sebarang 'operasi dan strategi ketenteraannya' adalah bermula dari sini. Laman web yang selalu dilawatinya ialah: http://army.mod.gov.my/


Oleh kerana minatnya yang agak luar biasa mengenai tentera ini, terpaksalah membawanya melawat Muzium Tentera Darat, Port Dickson untuk memberikannya pengetahuan dan pendedahan mengenai sejarah dan kerjaya ketenteraan ini. Bergambar dengan abangnya di dalam sebuah kereta perisai di situ, punyalah seronok tak berlagu...

Kadang-kadang rasa kelakar juga apabila melayan karenah anak yang seorang ini, tetapi memandangkan tempoh mencapai dewasa mereka yang akan berlaku dengan pantas, terpaksa dilayanlah juga sekadar termampu supaya apabila dewasa nanti mereka dapat meneruskan kesinambungan blog ini dengan mengimbau masa silam pada zaman mereka pula...


"Komitmen Kami Keyakinan Anda"

12 Any comments?:

lan_ax said...

wah.. dh bole g perang ni..
http://www.duitlama2u.blogspot.com/

Faztee Danisha said...

bior le dia ngan mintnye tu..kot2 trus jd menteri pertahanan ne tau..tp kne jujur dan amanh tau nt...

me3rma said...

budak encem saya nieh..hak3..army yang encem..

Hazwani said...

haha.. comelnye letak hammock kat katil mcm tu.

noor afzan said...

eh..sweetnya..
cutenya...

kirip kanan kirip kanan..

Safinaz Hanum Ahmad Anuar said...

sama ngan anak kedua saya...
suka tengok pasukan beruniform, baru 3 tahun..
Rancangan tv kesukaan, Roda2 Kuala Lumpur. Sampai muzik intro drama tu pun dia boleh tahu..

Tapi.....
kalau tanya dia nak jadi apa?

Dia cakap nak jadi


SPIDERMAN..

zizo said...

comel la anak abg....duit raya bebaru ni beli baju tentera ke?..hiks~

EiF@ said...

wah..bgs la anak abg BR ni.. memg brsemangat nak mmpertahankan negara ea.. Sy pun tentera gak, tapi wataniah jela..hehe... Pegawai simpanan je.
Gud luck ye utk adk kecik (^_^)

azhar said...

respect betui lar...

Anonymous said...

alhamdulilah... semangat macam nie kita perlu tanam kat jiwa rakyat malaysia

Wana Mikhail said...

sukanyaaaa~

Blues Riders said...

BR to Wana Mikhail:
BR pun suka juga.. hehe..

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'