Kompas antik adalah milik seorang rakan iaitu Ustaz Ahmad Dusuki b. Zulkifli. Menurut beliau, kompas ini adalah milik asal Allahyarham Tok Ki nya yang suatu ketika dahulu pernah bekerja sebagai pegawai perhutanan di negeri Pahang Darul Makmur.
Kompas yang berusia hampir 76 tahun ini keseluruhannya diperbuat daripada tembaga. Masih berfungsi dengan baik tanpa sebarang masalah.
Juga jelas tertulis nama pemiliknya iaitu 'AWANG NGAH BIN MAMAT' (Allahyarham Tok Ki kepada Ustaz Ahmad Dusuki) dan juga tahun 1934 - 1935 iaitu mungkin tempoh setahun pengajian pemilik kompas ini di 'MALAYAN FOREST SCHOOL'.
Di bahagian belakang kompas pula tertera negara pembuatnya iaitu Geneve Suisse berserta dengan nombor siri produknya. Umum mengetahui bahawa negara Swiss adalah pembuat jam tangan yang sungguh terkenal dengan kualiti dan ketepatannya.
Kompas yang telah banyak berjasa kepada pemiliknya dalam menentukan batu sempadan dan arah perjalanan.
7 Any comments?:
wah cantik sungguh jam ni...mesti mahal nilainya skrg ni
Perlu dijaga kelestariaanya...salam sukses
Salam ziarah..wow memang sangat menarik perhatian HL.....memang tepat dengan minat saya....kompas nie mesti dijaga dengan baik.....nampaknya keanggunan kompas nie mengatasi kompas magnatik...orientering mesti syok nie....
mahal x nilai dia skrg>?
Antik ni...hmmm...memang atok tu banyak simpan barangn lama ke?
Assalamualaikum... Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry.. fuhhh... canggih kompas nih...
Sedikit tips dan info buat teman2 bloggers.. perkara remeh yg kita kurang perasan dan tutor 4 the latest read more.. tengok jgn x tengok.. sila klik disini
Semoga bermanfaat insyaAllah.."Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain"(Hadis riwayat Al-Qudhi).
"SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT"
P/S: Sedikit perkongsian dan renungan buat sahabat dan diri sendiri dari hamba yang hina jua serba kekurangan ini... sila klik
DISINI
"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.
"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran". - Surah Al-Asr:1-3.
blog anda bagus dan bermanfaat...!!! Teruskan menulis.. Semoga sejahtera dan semoga sentiasa diberi keberkatan.. wassalam.
bro, tertarik btl aku barang ni...aku mmg peminat kompas,jumpe plak antik2 ni hehehe
Post a Comment