Paparan kali ini ialah mengenai rantai yang mungkin ada di antara kita yang tidak pernah terfikir bahawa ianya telah dihasilkan daripada barangan terbuang. Rantai ini mempunyai panjang kira-kira 2 meter dan mengambil masa yang lama untuk dihasilkan dengan dibantu oleh kesabaran dan ketekunan di peringkat paling maksimum.
Dihasilkan daripada ring atau cincin pembuka minuman tin yang pelbagai bentuk lalu di'karang' sedemikian rupa untuk menjadikan ia rantai. Untuk rantai sepanjang 2 meter ini, beratus-ratus ring diperlukan kerana bagi setiap mata rantai mempunyai 3 atau 2 ring yang bertujuan untuk menguatkan rantai.
Rantai ini pernah popular suatu ketika dahulu dan telah menjadi kegilaan ramai untuk menghasilkannya. Kehebatannya diukur daripada rantai siapakah yang paling panjang.
Apakah tujuannya? Amat sesuai untuk dijadikan tirai atau birai hiasan pintu rumah atau di tingkap rumah bagi mereka yang sukakan kelainan umpama rangkaian siput, kulit kerang, manik, kayu, gulungan kertas surat khabar dan sebagainya yang amat popular di tahun 1960-an dahulu.
Kelebihannya ialah tidak berkarat kerana rantai ini dihasilkan oleh ring aluminium yang tahan karat serta ringan. Tetapi hanya untuk hiasan sahaja dan bukannya untuk digunakan seperti rantai biasa kerana kekuatannya amat lemah jika dibandingkan dengan rantai besi sebenar.
Memerlukan ketekunan yang tinggi untuk mencantumkan satu persatu ring ini dan panjang atau pendeknya sesuatu rantai itu bergantung pula kepada banyaknya stok hasil dari pencarian tin-tin minuman terbuang.
18 Any comments?:
dah lama x tengok rantai ni..benda ni dikira seni yang sudahpun pupus hehehe
huhu...dulu adik beria kumpul ni wat rantai pas 2 sangkut kat suar jeans
wow...
cik siti pernah buat pakai paper clip...yang kaler2...
adik cik siti plak pakai ubat stapler....haha...pelik2
haha..macam rantai beskal je jat tengok..suke kumpul benda nih,nnt leh jual kat hospital.hihi
BR: iris pown bnyk bende ni kat umah tp x de la smpai buat rantai. Org kate jual benda ni harga mahal tp jmpe lagi mane tmpat yg amik mahal so iris simpan je la kumpul jer tggu smpai dpt info yg betul. Nk g tanyer cik zati embong la dia jual kat sepital mne...
waaaaa!!
hebat!
Kumpul banyak-banyak kita buat ikat kaki mat rempit ,boleh tak?
APE KOJE LA DIBUATNYEE...JUAI LG BAGUIH...HEHE
budak sekolah saya ade lagi pakai rantai ni.nak tunjuk samseng. nak beli ratai biasa tu takdok duit. haha
rajinnye...perhhh..mau mkn hari kalo mina buat...hehehe
wah.. hebatnya benda ni. aktiviti yang sesuai dibuat selepas perayaan (hari raya atau CNY) tinnya di hantar ke pusat kitar semula.. penutupnya dibuat rantai~ go green!
memang betul kata iris tuh.. ada info mengatakan kalau jual bende memang lumayan la hasilnyer.. tapi jgn jual kat besi buruk.. jual kat hospital yang ambik bende nih..
pANGLIMA bERANTAI ada kawan diakan, Panglima Tangan Berapi?
nice collection la....
Pergh.
Kalo jual ni mmg mantopsss..
superb!ingat lagi masa kecik2 rajin jugak buat ni.skrg ni dah jarang jumpa..
Ader ker hospital kat kl/selangor nk beli klip ni ek?? Akuz nk gadai koleksi klip nih..dah 2kg akuz kumpul..hee
Buat koleksi seni bagus.
Post a Comment