14 February, 2011

From London With Love...


Bekas abu rokok ini memang cukup lama yang telah disimpan semenjak daripada tahun 1970-an lagi iaitu cenderamata daripada seorang jiran yang anaknya telah belajar di London suatu masa dahulu.


Berwarna hitam dan lebih sesuai sebagai perhiasan sahaja memandangkan mangkuknya yang nipis tidak begitu sesuai untuk dijadikan bekas abu rokok. Mangkuk yang nipis akan membuatkan abu rokok akan berterbangan ditiup angin.


Terdapat gambar menara jam Big Ben iaitu menara jam yang merupakan landmark yang terkenal di kota London beserta dengan bas dua tingkat sebagai ikon kota London.


Berdiameter kira-kira 4 inci dan boleh dijadikan bukti seseorang itu telah ke London kerana bekas abu rokok ini tidak terdapat di pasaran tempatan... He.. he..


Untuk maklumat lanjut mengenai Big Ben ini, bolehlah ke: Big Ben


9 Any comments?:

Ammar said...

Nak satu boleh?hehehe

Alan said...

dulu2 sape yang belajau London memang popular satu kampung. time tu ramailah yang dok nak buat menantu hehehe.

NUNU EERA said...

t'ingin la nk g london.. :(

Blues Riders said...

BR to AMMAR YASIR:
ada satu ni sj..

BR to Alan:
klau dlu2 jgn kata belajar kt luar negeri, nk masuk u tempatan pn buat kenduri riuh satu kg. skrg dh xkesah, ipts/ipta dh byk, glamnya dh pudar.. hehe..

BR to NUNU EERA:
Nk g london jumpa mr. bean..

Firdaus Life said...

stylo gak kaler itam..

Kak Mahh said...

Best kan kalau ada kawan yang rajin ke luar negara n bagi hadiah pada kita bila dia pulang.

Iaryylr said...

semalam ada nampak komik lama, belakang ada gambar bas double dacker ini, lagi satu teringat makan snek double dacker....

chiLleD...!! said...

cntikk..he

Inoue Michiyo said...

sedara saya ader ni la! ;D

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'