Arakian tersebutlah satu kisah di sebuah negeri antah berantah tinggallah seorang raja yang hanya boleh berkata-kata sepatah perkataan sahaja sehari adanya. Maka pada suatu hari datanglah mamak Bendahara merafak sembah membawa 3 perkhabaran kepada baginda.
Adapun perkhabaran itu seperti berikutlah adanya:
1. "Tuanku, padi di dalam negeri Tuanku sudahpun masak."
2. "Tuanku, kayu yang Tuanku pesan sudahpun sampai;" dan
3. "Tuanku, apakah masakan untuk santapan Tuanku pada hari ini?"
1. "Tuanku, padi di dalam negeri Tuanku sudahpun masak."
2. "Tuanku, kayu yang Tuanku pesan sudahpun sampai;" dan
3. "Tuanku, apakah masakan untuk santapan Tuanku pada hari ini?"
Hatta, dengan hanya satu perkataan sahaja, apakah titah yang akan baginda berikan untuk mamak Bendahara itu?
Apabila terlihatkan ketam kayu di blog Yop Ahmad Tahir baru-baru ini, teringatlah kembali mengenai ketam kayu peninggalan arwah ayah BR di kampung. Hendak dikira usia ketam kayu ini tidaklah pula dapat dihitung kerana menurut sumber, sebelum BR dilahirkan lagi ketam kayu ini telahpun wujud di dunia yang fana ini.
Sewaktu kecil dahulu BR selalu bermain dengan ketam kayu ini kononnya sebagai kereta kerana bentuknya yang sedemikian rupa seakan-akan sebuah kereta F1. Untuk tujuan tersebut, mata ketam yang tajam itu hendaklah ditanggalkan terlebih dahulu bagi mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini. Hendak dijadikan sebuah motosikalpun boleh kerana terdapat pemegang di kiri dan kanan ketam kayu ini.
Kaedah penggunannya ialah dengan menolak-nolak ketam kayu ini di atas kayu yang hendak dilicinkan berulang-ulang kali secara sehala sehinggalah pengguna berpuas hati dengan tahap kelicinan kayu yang telah diketam sepertimana yang dikehendaki.
Bahagian bawah ketam kayu yang menampakkan mata ketam. Untuk makluman, ketam kayu ini sudah lama tidak pernah digunakan lagi berdasarkan kepada kekaratan mata ketam dan ke'sawang'an pada tahap melampau yang terdapat pada ketam kayu ini seperti yang boleh dilihat oleh pembaca.
Mata ketam ini adalah buatan daripada Jerman dan disendal oleh kayu tempatan bagi mengetatkan mata ketam serta melaraskan 'banyak ataupun sedikit' tahap ketaman pada kayu yang hendak diketam. Pengguna boleh memegangnya dengan sebelah tangan atau kedua-duanya mengikut kesesuaian dan keselesaan ketika mengetam.
Pada masa ini amat jarang sekali dilihat penggunaan ketam kayu tradisional ini kerana tempatnya telah diambil alih oleh ketam elektrik yang lebih pantas dan efisien dalam menyelesaikan tugas-tugas mengetam kayu.
Ketam kayu ini mungkin juga boleh dijadikan sebuah perhiasan yang cantik sekiranya diberikan sedikit sentuhan pemuliharaan dengan kemasan cat mahupun syelek ke atasnya.
Nota: Adapun perkataan "ketam" yang akan dititahkan oleh baginda bagi menyelesaikan ketiga-tiga perkhabaran mamak Bendahara tersebut...
17 Any comments?:
haa, bc title post jer dh leh agak dh ketam pe y xleh makan..hehehehehe! sbb umah pon ada bnda ni sbb dulu ayah sorang tukang umah..of cos la ada!
so en blues, mana hadiahnya yea,hehehehehehe!
ketam nie rupenye..lama dah tak tengok ketam nie
kalau buat bot,diorg guna ketam ni lagi O.o
Wow.. this is soooo antique! Adik-beradik 'kukor' nyor/nyior yang style duduk tu...
Berjasa ketam ini sebab org dulu2 rumah biasanya buat sendiri.
xpernah nampak seumur hidup.huuu =(
pernh tgk ketam ni time kecik2..
pernh sentuh..
dah lama x tgk....rasanya time kecik2 dulu je nmpk benda ni...
lau citer kat budak2 skunk...dorang pon x dpt nk bygkan camner la rupanya..
kalau ketam mentah boleh mkn ke? incik mkn erk? hikhikhik. gurau2, jangan marah ya! :)
makan ketam lembut masak 3 rasa... pernah cuba?
umah nenek ade benda nie~
xpernah tengok lagi benda ni.
barang2 lame ni memang banyak kenangan. ^^
aku pun sama.. masa kecik-kecik selalu main dengan ketam ni.. Aii teringat kenangan masa kecik tinggal kat rumah arwah tok wan
saya ada satu....tinggalan arwah ayah yang dulu jadi tukang kayu rumah tradisional...tapi sayangnya anaknya ini tak tahu nak guna sepenuhnya.
orang yg buat umah kt kg sy, msih gune..hehee
ayah saya pakai lagi mende ni..dulu masa wat projek kemahiran hidup time sekolah, mesti ayah tolong smoothkan kayu pakai ketam ni...:)
Sapa2 yg ade ketam kayu/besi yg nk jual bole wssp sy ye 01139378289 alun..sy ingin membeli
Post a Comment