31 March, 2010

Kisah Sadis Pak Omar...


Kisah sadis seorang lelaki bernama Omar Atan, 59, yang ditahan di penjara Laos sejak Mei 2009 selepas didakwa terbabit dengan jenayah perdagangan manusia di negara itu.






Apa yang menarik minat aku ialah pada perenggan terakhir berita iaitu petikan dari kata-kata Pengerusi Biro aduan Komuniti Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Mohd Khairun Aseh:

"Kita percaya Pak Omar mangsa keadaan dan kami akan menyediakan pihak pembelaan terbaik, apatah lagi penahanan beliau dilihat bertentangan dengan hak asasi manusia kerana sehingga kini tidak disertai sebarang pendakwaan," katanya yang mengakui perlu menghantar Pak Omar pulang semula ke Laos selewat-lewatnya 30 Mac ini.

-Sumber: Berita Harian: 22.03.2010

30 March, 2010

Homesick Blues... Permatang Ara, Ptg Pauh


Inilah pemandangan di belakang kampung aku...
Walaupun parit ini kecil sahaja tetapi ia tetap diberi nama.





Pemandangan sawah padi berlatar belakangkan Bukit Mertajam.



Tali air tempat orang mengail dan menjala. Hendak menggewang Haruan pun boleh.



Sawah padi yang menguning menunggu masa untuk dituai.



Satu formasi yang menarik terhasil secara semulajadi di tengah-tengah sawah.



Sawah padi selepas padi dituai.



Sawah yang telah dibajak menanti padi untuk ditanam semula.


Sekali-sekala balik kampung dengar pula lagu daripada Kumpulan Wheels ini, memang blues habis...



Wheels - Dalam Kenangan

Bila terkenang masa lalu rasa terharu
Segalanya masih kekal dalam kenangan
Tiba di persimpangan jalan berpisah jauh
Sekian lama di rantau bersendirian

Tiada lagi seruling senja mendayu
Tiada lagi ketawa riang bersama
Bila sepi mengusik hati
Semuanya kini dalam kenangan

Aku kirimkan restu pada ayah dan bonda
Budi dan jasamu tetap dalam kenangan
Teman seiring jalan kini jauh dariku
Kemesraan kita tetap dalam kenangan

Tiada lagi suara ombak di pantai
Tiada lagi bayu teberau membelai
Di saat sepi begini
Semuanya kini dalam kenangan

Bila masanya tiba nanti aku kembali
Pasti ada yang berubah dan tiada lagi
Dan bila kutinggalkan lagi kampung halaman
Segalanya abadi dalam kenangan


Download song:

Wheels_Dalam Kenangan


29 March, 2010

Puyu Oh Puyu... (Climbing Perch)


Semasa balik kampung baru-baru ini sempat juga membawa anak-anak ke belakang rumah melayan memancing puyu.



Inilah aksi anak-anak apabila memancing ikan puyu.



Sabar menanti joran diragut oleh ikan.



Umpan cengkerik dan udang. Ikan Puyu ni tak kisah, apa-apapun dia bedal..



Sempat berposing sementara menanti joran disentap dengan hebat..
Control handsome...



Setelah sekian lama menanti, inilah hasilnya.. Apa? Seekor sahaja?
Seekorpun seekorlah, tetapi ikan Puyu bendang ini lain sikit rasanya. Lebih sedap, goreng garing.



Ya, seekor sahaja... Tapi dilepaskan kembali. Dari kecil perlu disemaikan sikap "Kiss and Release" bila memancing.. he.. he..


26 March, 2010

Tahap-tahap Di Dalam Maxis Push-to-Talk


Bila dah lama berkecimpung di dalam Maxis Push-to-Talk ni maka dapatlah aku rumuskan tahap-tahap yang terdapat di dalam PTT yang pernah aku lalui:


Nokia 6020



TAHAP 1: (Tekan dan Cakap)
Ini adalah tahap pertama orang yang baru main PTT. Tekan button cakap dan tunggu 'queing' baru masuk bercakap.. Tak pandai nak me'reject'. Biasanya handphone model Nokia 6020, 6021, 6070 menjadi pilihan. Handphone pula standard, apapun tak bikin.. Bila bercakap pun kat hujungnya mesti bunyi "terima ka tak terima.. Roger.." Tempatnya pula di channel-channel kecil.


TAHAP 2: (Tekan Reject dan Cakap)
Tahap ini pemain PTT dah pandai tekan button 'reject'. Mulalah buat button 'reject' dan button 'cakap' di sekeliling handphone masing-masing. Biasanya Handphone model Nokia 6020, 6021 menjadi pilihan. Channelnya pula tentu sekali Orange Gurl atau Sejati Idaman.

Pada tahap ini juga bunyi 'kokok' menjadi begitu popular.. Begitu juga dengan pelbagai bunyi 'irama'..


TAHAP 3: (Pam software)
Tahap ini dah pandai pam software. Kononnya software rendah lebih power.


TAHAP 4: (Tarik GP)
Tahap ini mulalah modified dan letak macam-macam pada handphone. Letak arial (biasanya arial walkie-talkie), lampu kelip-kelip, plate tembaga, yang belah sim card pun ada dan bermacam-macam lagilah kononnya nak 'tarik GP'. Lampu kelip-kelip tu kalau letak kat handphone tak ada GPRS pun dia berkelip...

Juga termasuk di dalam tahap ini ialah 'gila' setting. Bermacam-macam setting yang dilakukan kononnya untuk mendapat liputan GPRS yang baik. Contohnya menggunakan setting yang berlainan untuk berlainan handphone bagi Maxis Push-to-Talk dan Maxis WEB. Tidak kurang juga yang menggunakan setting personal bagi Access Point, Streaming, Synchronisation dan sebagainya..


Nokia 5140i



TAHAP 5: (Guna Pelbagai Simbol)
Tahap ini dah pandai letakkan simbol. Contohnya % dan <. Gunanya untuk tidak dapat dikesan dalam active members, nama letak di atas, menyelam dan sebagainya. Tetapi bagi yang menggunakan version rendah, semua ini dapat dikesan. Mulalah mencari model Nokia 5140i untuk mengatasi masalah ini.
Nokia 6233



Nokia 6151



Beberapa contoh handfree yang telah diubahsuai dengan meletakkan button.



TAHAP 6: (Pam Channel)

Tahap ini boleh dikatakan relaxlah sikit sebab semua button dah dibuat di handfree. Pam pulak kat channel. Biasanya handphone model Nokia 6233, 6151, menjadi pilihan.



Nokia 7270



Nokia 6170


TAHAP 7: (Menyelam atau Pam Bisu)
Tahap ini lagi mudah. Tekan saja sampai biru terus cakap. Biasanya handphone 7270 dan 6170 menjadi pilihan. Model Nokia 6020 pun boleh..


TAHAP 8: (Pecah Password dan Personal Settings)
Tahap ini dah kira advance lah sikit sebab bila dah boleh pecah password maka bolehlah buat setting sendiri. PTT, WEB dan sebagainya. Nomborpun orang tak boleh 'cangkuk'.


TAHAP 9: (Bermacam-macam bunyi)
Tahap ini mulalah keluar berbagai bunyi. Bunyi hon, bunyi hon kapal, bunyi mainan kanak-kanak, bunyi kuda berlari, bunyi F1 dan sebagainya..


Nokia 6070


TAHAP 10: (Main 'Q')
Inilah tahap yang paling advance dan paling mudah. Ada orang sanggup bayar RM500 untuk mengetahui rahsianya. Main 'Q' dan biarkan handphone di atas meja. Tak perlu susah-susah tekan apa-apa button. Tetapi kena ada 'radio' sebiji untuk mengetahui 'masuk' atau 'tak masuk'.

Nak tahu seseorang itu main 'Q' atau tidak, biasanya pemain 'Q' ini lambat sikit nak bercakap atau tidak bercakap langsung mungkin tidak menyedari yang dianya dah 'masuk'.

Handphone yang paling popular untuk tujuan ini ialah model Nokia 6070. Selain daripada itu model Nokia 6111, 6101, 5140, 7360, 6080 pun boleh...

Maka secara tiba-tiba sahaja melonjaklah permintaan dan harga handphone bagi model-model yang disebutkan di atas tidak kira baru atau second hand di pasaran.


Demikianlah beberapa tahap yang dapat aku rumuskan.. Kecanggihan Push-to-Talk beredar mengikut masa. Untuk masa hadapan tak tahulah apa pula 'fesyen' yang akan keluar..


Ingin sekali aku bertanya kepada semua rakan PTT, berapakah wang yang telah anda laburkan hanya untuk bermain PTT selama ini?


Juga sebagai orang tua aku berpesan, jagalah tutur kata apabila berPTT, elakkan maki hamun dan sumpah seranah. Semoga hidup kita lebih diberkati...


24 March, 2010

Sepetang Di Kolam Ikan Paksu Trubo


Paksu Trubo bergambar di kolam ikan abang iparnya yang terletak di sebuah kampung di Baling, Kedah Darulaman.



Berlatarbelakangkan pemandangan yang menarik.


Lengkap dengan tempat berehat.



Pemandangan yang sungguh cantik.



Nak pergi memancing boleh??



Kolam ikan yang dipenuhi dengan ikan keli, talapia, rohu, jelawat, kap rumput dan lain-lain.


22 March, 2010

Selamat Pengantin Baharu [GB] Kaki Pau


Pada hari Ahad 14.03.2010 yang lalu rakan PTT iaitu [GB] Kaki Pau telahpun selamat melangsungkan perkahwinannya dengan gadis idamannya yang berasal dari Trolak Selatan, Perak Darul Ridzuan.

Gambar ini telah dikirimkan oleh [GB] D'Virus yang sempat menghadiri majlis perkahwinan tersebut. Abang Alleycats hang tak boleh pergi sebab balik kampung..

[GB] Kaki Pau Segak bergaya sebagai raja sehari. Pengantin perempuannya mana?


[GB] D'Virus (kiri) sempat bergambar dengan [GB] Pak Ngah (kanan). Untuk makluman [GB] Pak Ngah ini adalah abang kepada [GB] Kaki Pau.


21 March, 2010

Yang Dinamakan Agama



YANG DINAMAKAN AGAMA

Adapun yang dinamakan agama itu ibarat daripada terhimpun padanya empat perkara iaitu:
1. Iman
2. Islam
3. Tauhid
4. Makrifat

Erti Iman itu ialah percaya dan membenarkan barang (sesuatu) yang didatangkan oleh Rasulullah SAW, iaitu tiap-tiap perkara yang disampaikan dan diajarkan oleh Nabi itu sebenarnya datang dari Allah SWT. Bukanlah buatan dan rekaan daripada Nabi.

Firman Allah yang bermaksud:
“Tiada ia (Nabi) bertutur daripada pihak kemahuan dirinya melainkan ia (Nabi) bertutur itu wahyu yang diwahyukan kepadanya”.

Juga ada tersebut dalam sebuah hadis Qudsi yang menunjukkan akan kebenaran Rasulullah SAW dengan firman Allah yang bermaksud:
“Telah benarlah hambaku (Muhammad SAW) pada tiap-tiap barang yang menyampai ia daripadaKu (Allah)”.

Dan adalah kesimpulan Iman itu dinamakan Rukun Imam. Ianya mencakupi enam perkara iaitu:
1. Percayakan Allah
2. Percayakan Malaikat
3. Percayakan Kitab Allah
4. Percayakan Segala Rasul Utusan Allah
5. Percayakan Hari Kiamat
6. Percayakan Untung Baik dan Untung Jahat itu daripada Allah

Adapun makna percaya akan Allah itu ialah 'Itiqad dengan jazam (tetap dan teguh) yang putus bahawasanya Allah Taala itu adalah Tuhan Yang Esa (Tunggal) yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan yang menjadi sekalian makhluk dan mentadbirkannya dengan bijaksana dan wajib dikenal akan Allah dengan sebenar-benar pengenalan dan patut disembahkanNya.

Dan makna percayakan malaikat itu ialah percayakan bahawa Malaikat itu hamba Allah Taala yang bukan mereka itu laki-laki atau perempuan dan tiada mereka itu beribu dan berbapa dan tiada mereka itu makan dan minum dan tiada mereka itu tidur. Adalah pekerjaan mereka itu mengikut apa yang dititahkan oleh Allah Taala dan bilangan mereka itu terlalu banyak tiada boleh mengetahuinya melainkan Allah Taala jua. Sekelian mereka itu terpelihara daripada mengerjakan maksiat lagi suci mereka itu daripada segala sifat manusia.

Bahawasanya penghulu-penghulu mereka itu empat iaitu:
1. Jibrail menyampaikan wahyu
2. Mikail menurunkan hujan dan menjaga rezeki
3. Israfil meniup sangkakala
4. 'Izrail mencabut nyawa

Dan wajib diketahui akan mereka itu atas jalan tafsil sepuluh malaikat mengikut tugas/pekerjaan iaitu:

• Munkar dan Nakir yang menanya keduanya kepada segala orang yang telah mati.
• Malik Ridzuan menjaga syurga.
• Malik Zabaniah menjaga neraka.
• Rakid dan Atid satu pada kanan Mukallaf dan satu pada kiri menyurat keduanya akan sekalian kebajikan dan kejahatan yang dikerjakan oleh mukallaf itu.

Wajib pula mengetahui beberapa malaikat yang menanggung 'Arash' dan mereka itu sekarang ini empat malaikat dan ditambah akan mereka itu empat malaikat lagi pada hari Qiamat yang mana jumlah semuanya adalah lapan.

Firman Allah yang bermaksud:
"Menanggung ia [malaikat] akan 'Arasy Tuhan engkau atas mereka itu pada hari Kiamat lapan orang".

Dan makna percaya akan Kitab Allah Taala itu iaitu beramal dengan segala suruhannya dan menjauh segala tegahan serta yakin dan percaya dengan sebenar-benar kepercayaan bahawasanya sebenar daripada Allah Taala.

Bahawasanya kitab yang diturunkan dari langit itu sebanyak 104 Suhuf:
• 50 Suhuf diturunkan kepada Nabi Syis
• 30 Suhuf diturunkan kepada Nabi Idris
• 10 Suhuf diturunkan kepada Nabi Ibrahim
• 10 Suhuf diturunkan kepada Nabi Musa dahulu sebelum daripada Kitab Tuarat
• Kitab Taurat bagi Nabi Musa
• Kitab Injil bagi Nabi Isa
• Kitab Zabur bagi Nabi Daud
• Kitab Al-Qur'an bagi Nabi Muhammad SAW.

Maka sekalian yang tersebut itu wajib kita percaya dan membenarkannya. Akan tetapi apabila dibangkitkan Nabi Muhammad s.a.w dan diturunkan kepadanya Al-Quran, maka tiada harus mengikut akan yang lain daripada Al-Quran kerana Al-Quran menghimpunkan dan menasakhkan akan segala hukum yang turun kepada rasul-rasul yang dulu daripada Nabi Muhammad s.a.w.

Dan makna percaya akan sekelian Ambiya' 'Alaihissalamtu-Wassalam adalah sekelain mereka itu 124 000 orang atas Qaul yang masyhur dan yang jadi Rasul daripada mereka itu 313 orang. Wajib dipercayai apa-apa yang dikhabarkan oleh mereka itu adalah sebenarnya titah daripada Allah Taala seperti segala suruhan dan tegahnya bukan daripada hawa nafsu mereka itu(rasul-rasul) sendiri tetapi adalah datang daripada Wahyu Allah.

Dan makna percaya akan hari Kiamat ialah percayakan kedatangan hari penentuan yang lagi akan berlaku dengan tiada syak. Termasuk juga percaya akan alam kubur, hari bangkit semula,hari perhimpunan(masyar), kiraan amalan, mizan, pembahagian surat amalan, titian sirat, syafaat Kubra Nabi Kita Muhammad SAW.,syurga dan neraka dan lain-lain yang berkaitan dengan hari Kiamat.

Dan percaya kepada untuk baik dan untung jahat sekeliannya adalah dengan kuasa dan kehendak Allah yang telah ditentukan dan dikadarkan daripada azali lagi.

Bermula Iman ada kalanya bertambah dengan sebab bertambah taat manusia dengan mengerjakan segala titah perintah Allah dan menjauhkan segala larangan dan ada kalanya kurang dengan sebab kurang taat dengan sebab mengerjakan maksiat.

Firman Allah dalam yang bermaksud:
"Dan apabila dibaca atas mereka itu akan ayat-ayat Allah Taala nescaya bertambah mereka itu imannya".
(Al-Anfaal: 3)

Dan sabda Nabi SAW yang bermaksud:
“Bermula Iman itu lebih daripda tujuh puluh cawangan".
(Riwayat Bukhari)

Dan adalah martabat orang mukmin itu tiga martabat iaitu:

1. Dholim Linafsih.
Iaitu Zalim dirinya sendiri iaitu mereka sentiasa mengerjakan maksiat atau mereka yang mencampur amal-amal yang sholeh dengan kejahatan.

2. Muktasid.
Iaitu mereka yang beramal atas perkara-perkara yang wajib dan menjauhkan perkara yang haram dengan tidak menambahkan amalan-amalan yang sunat dan tiada kurang dengannya.

3. Saabiqul Bilkhoiraat.
Iaitu mereka yang berlumba kepada kebajikan iaitu mereka sentiasa Taqarub (mendekatkan diri) kepada Allah dengan mengerjakan segala yang wajib dan segala yang sunat serta meninggalkan perkara yang haram dan yang makruh.

Firman Allah dalam yang bermaksud:
"Kemudian Kami pusakakan kitab itu untuk orang-orang yang Kami pilih di antara hamba-hamba Kami. Di antara mereka ada yang aniaya kepada dirinya(tidak mengikut isi kitab/Dholim Linafsih) dan di antaranya ada yang sederhana (menurut sekadar tenaganya/Muktasid) dan di antaranya ada yang maju (Saabiqul Bilkhoiraat) memperbuat kebajikan dengan izin Allah. Itulah kurnia yang besar".
(Al-Fatir : 32)


Adapun keadaan Iman itu setengah ulama telah membahagikan kepada lima bahagian iaitu:

1. Iman Taklid.
Iaitu iman yang mengambil daripada perkataan orang dengan tiada boleh mengeluarkan dalil. Iman ini ada pada kebanyakan orang awam.

2. Iman Ilmu Yakin.
Iaitu iman yang jadi daripada makrifat pada segala 'Aqaid dengan segala dalil. Iman ini adalah bagi orang-orang yang mempunyai dalil dan burhan.

3. Iman 'Ainul Yakin.
Iaitu iman yang jadi daripada makrifat hati bagi Allah Taala dengan sekira-kira tiada ghaib daripada hatinya dengan sekejap mata jua pun. Iman ini bagi Ahli Muroqabah dinamakannya Makam Muroqabah.

4. Iman Haqqul Yakin.
Iaitu iman yang jadi daripada musyahadahkan Allah Taala dengan Ainul Basyirah(mata hati). Iman ini bagi orang Arif yang dinamakan Maqam Musyahadah.

5. Iman Kamalul Yakin. (atau iman daripada hakikat).
Iaitu iman yang jadi daripada keadaan tiada memandang ia melainkan Allah SWT. Iman ini bagi orang yang Tahqiq yang dinamakan Makam Fana.

Adapun erti Tauhid itu mengesakan Zat Allah Taala dan mengesakan SifatNya dan mengesakan AsmaNya dan mengesakan AfaalNya.

Adapun erti makrifat itu mengenalkan yakni mengenalkan ZatNya yang Wajibal Wujud dan mengenalkan setengah daripda Sifat Kamalat Tuhan yang tiada terhingga banyaknya dan mengenalkan setengah daripada AfaalNya yang mengadakan Mumkin daripada tiada kepada ada dan daripada ada kepada tiada.

Maka mengenal ini difardukan atas tiap-tiap mukallaf yang akil baligh lelaki dan perempuan kerana setengah daripada permulaan yang wajib atas tiap-tiap mukallaf mengetahui dan belajar dan mengajar akan dia.

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Permulaan agama ialah mengenal Allah".

Yakni mengenal setengah daripada SifatNya yang wajib lagi sabit bagi Zat Tuhan kita, dan yang mustahil padanya dan harus padaNya.

Seperti yang difatwakan oleh Imam Sanusi Rahimallahi Taala dengan katanya:
"Dan wajib atas tiap-tiap mukallaf pada syarak mengetahui barang yang wajib pada hak Tuhan kita dan barang yang mustahil padaNya dan barang yang harus padaNya dan demukian juga pada hak segala Rasul 'Alaihi Sholaatu Wassalam."


Maka dengan mengenal yang demikian itu barulah sah ibadatnya.

Ini diambil faham daripada sabda Rasulullah yang bermaksud;
"Tiada sah ibadat melainkan kenal tuhan yang diibadat akan Dia."

Tetapi bukanlah disuruh kenal itu Kunhi (Ain) Zat Allah Taala kerana Kunhi Zat Allah Taala tiada dapat oleh pendapat segala makhluk melainkan Nabi kita Muhammad SAW ketika ia mikraj jua.

Firman Allah yang bermaksud:
"Tiada mendapat akan Dia (Allah) oleh segala penglihatan dan Ia jua yang mendapat akan penglihatan"

Dan sabda Nabi SAW yang bermaksud:
"Bahawasanya Allah Taala terdinding Ia daripada penglihatan dan bahawasanya segala malaikat yang di atas menuntut akan Dia sebagaimana kamu tuntut akan dia itu"

Dan makna terdinding Allah Taala daripada penglihatan samada penglihatan yang zahir iaitu tiada dapat dipandang atau dilihat akan Kunhi zat Allah Taala di dalam dunia ini maka tiap-tiap perkara yang didapati dengan pancaindera di dalam dunia ini adalah sekaliannya itu makluk bukan Tuhan.

Atau dengan fikiran iaitu tiada dapat memikir akan hakikat Kunhi zat dan kerana Tuhan itu:
"Tiada seumpama Allah Taala itu suatu dan Ia jua Tuhan yang amat mendengar lagi amat melihat".

Dan Sabda Nabi SAW yang bermaksud:
"Mahasuci engkau (hai Tuhanku) tiada aku kenal akan dikau sebenar-benar pengenalan"

Dan kata Saiyyidina Abu Bakar Al-Sidiq RA:
"Lemah daripada pendapat itulah pendapat".

dan kata Sayyidina Ali RA:
"Tiap-tiap barang yang terlintas pada cita-citamu dan yang berupa pada hatimu maka Allah Taala bersalahan akan yang demikian itu".

Dan kata Sayyidina Jaafar Al-Shodiq RA:
"Barang (sesuatu) yang terlintas di hati engkau maka iaitu binasa. Bermula Allah Taala menyalahi yang demikian itu"

Dan kata segala 'Arifin:
"Demikianlah Ijmak (sepakat) Ahli Sunnah Wal Jammah...tiap-tiap barang yang tersangka dengan segala sangka kamu dan dapat akan dia dengan akal kamu maka adalah ia baru seumpama kamu".

Kerana yang demikian itulah Rasulullah S.A.W bersabda dengan maksudnya:
“Fikir oleh kamu pada segala kejadian dan jangan kamu fikir pada Yang Menjadi kerana bahawasanya tiada dapat meliputi fikiran kamu."

Iaitu hendaklah fikir kepada segala kejadian Allah seperti langit bumi dan barang antara keduannya yang menunjukkan akan keesaan Allah dan kekuasaan.

Bahawasanya Allah Taala bersifat Ia dengan segala Sifat Kamalat yang tiada terhingga baiknya melainkan Ia jua Yang Tahu. Tiada wajib atas tiap-tiap mukallaf mengetahui akan dia dengan jalan tafsil (perincian) melainkan dua puluh sifat jua.

Kata Imam Sanusi Rahimallahi Taala:
" Setengah daripada barang yang wajib mengetahui oleh tiap-tiap mukallaf bagi Tuhan kita 20 sifat”.

Oleh itu tiap-tiap seorang daripada kita WAJIB mempelajari Ilmu Sifat 20 ini yang juga disebut seperti kenyataan di atas tanpa mengira siapa kita.


Kata penyair sufi terkenal abad ke-13, Jalaluddin Al-Rumi:
"... ketika aku mendengar cerita cintaku yang pertama, aku mula mencari-cari engkau... tidak tahu betapa butanya aku... pasangan bercinta bukan bertemu di satu tempat akhirnya... mereka sebenarnya sudah bersama sejak azali lagi..."


20 March, 2010

Sepetang Di Bukit Malawati, Kuala Selangor



Bab sejarah ni memang aku minat sangat. Sejarah ni boleh buatkan kita jadi blues.. Sebab masa dulu aku belajar 'Tawarikh' masa di sekolah rendah. Sampai sejarah duniapun belajar ooo... Tu belum masuk bab belajar "Ilmu Alam" lagi.. "Tatarakyat", "Ilmu Hisab".

Bukit Melawati yang berdepan pemandangan indah Kuala Selangor dan Selat Melaka ini memiliki sejarah yang panjang dan amat rapat dengan kesultanan Melayu Melaka.

Mengikut sejarah, kota ini pernah ditakluki Belanda pada 1784 selepas kuasa penjajah itu menewaskan Portugis di Melaka.

Lokasi strategik menjadikan kota ini sering kali digempur oleh beberapa kuasa besar utama termasuk British dan Kesultanan Selangor yang mahu menguasai bukit ini.




Meriam tinggalan...



Beberapa laras meriam lama.




Pemandangan dari atas Bukit Malawati menghadap ke Selat Melaka.



Lotong..


19 March, 2010

Candid Dusting Powder..


Kepada sesiapa yang mempunyai anak atau orang dewasa yang sepanjang masa terpaksa memakai lampin pakai buang, di sini aku syorkan satu dusting powder yang amat sesuai untuk anda. Juga sesuai untuk kaki pancing yang sentiasa terdedah kepada kelembapan pakaian pada tubuh bagi mengelakkan berlakunya jangkitan fungus.




Bukan hendak mengiklan, tetapi sekadar hendak berkongsi maklumat tentang sesuatu yang baik dan berguna untuk kita semua. Tetapi jangan lupa bahawa kesesuaian penggunaan terhadap individu juga mungkin berbeza.




Isiannya tak besar, hanya 30g sahaja. Di awal pengeluarannya dulu bekasnya berwarna putih tetapi sekarang sudah bertukar ke warna merah. Dusting powder ni buatan India.



Sebut saja "Bedak Candid", Ada jual kat mana-mana farmasi.
Harganya mungkin berbeza mengikut sesetengah farmasi. Biasanya antara RM9.00 hingga RM12.00.


Selamat mencuba!

18 March, 2010

Kenali Spesis Ikan Air Tawar Dan Nama Saintifiknya


Berikut adalah antara beberapa nama spesis ikan air tawar beserta nama saintifiknya:


Nama Tempatan Nama Saintifik
1 Baung Mystus nemurus
2 Belida Notopterus notopterus
3 Belida Bunga Notopterus chitala
4 Bilis Clupeichthys sp.
5 Buntal Tetraodon sp.
6 Haruan Channa striatus
7 Jelawat Leptobarbus hoevenii
8 Kalui Osphronemus goramy
9 Kawan Labiobarbus festivus
10 Kawan Labiobarbus lineatus
11 Kelah Tor tambroides
12 Keli Clarias batrachus
13 Kelisa Scleropages formosus
14 Korek Telinga Buaya Acanthophthalmus anguillaris
15 Lalang Chela anomalura
16 Lampam Jawa Puntius gonionotus
17 Lampam Sungai Puntius schwanenfeldii
18 Pacu Colossoma / Piaractus sp.
19 Pasir Lepidocheilus octocirrhinus
20 Patin Pangasius sutchi
21 Patung / Kepar Pristolepis fasciatus
22 Rong Osteocheilus vittatus
23 Rong Batu Tylognathus caudimaculatus
24 Sebarau Hampala macrolepidota
25 Seluang Rasbora sp.
26 Sia Mystacoleucus marginatus
27 Sikang Barilius guttatus
28 Tapah Wallago attu
29 Temperas / Cemperas Cyclocheilichthys apogon
30 Tengas / Kejor Acrossocheilus hexagonolepis
31 Tengas Daun Acrossocheilus deauratus
32 Terbul Osteocheilus hasseltii
33 Tilan Mastacembelus mastacembelus
34 Tilan Mastacembelus sp.
35 Tilapia Merah Oreochromis sp.
36 Tilapia Nilo Oreochromis niloticus
37 Toman Channa micropeltes
38 Toman Bunga Channa marulius










Credit: Ahmad Akim


Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'