30 January, 2011

Kenangan di BOTOLOGI HI-TEA...


Hampir kesemua blog-blog collectors hari ini, esok dan selamanya akan terus menceritakan mengenai kehebatan dan kemeriahan Botologi Hi-tea yang telah diadakan semalam (29.01.2011) di Ipoh Station Antik Cafe, Bandar Puchong Jaya yang dianjurkan oleh En. Mat and 'The Gang' dengan kerjasama En. Lan, pemilik Ipoh Station Antik Cafe. Memang meriah.


Walaupun telah tersesat ke Puchong Perdana, BR pun tidak ketinggalan untuk turut hadir bagi memeriahkan lagi suasana serta berkenal-kenalan dengan para collectors dan bloggers yang datang daripada berbagai ceruk rantau Malaya termasuklah daripada Johor (JAWS) dan Perak (PAIP).

Tidak ketinggalan juga Bro Acidwelding yang telah bertolak jam 10.00 pagi hari yang sama dengan bas ekspressnya daripada Batu Pahat.


Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada wakil penganjur serta ucapan perkenalan daripada wakil collector yang hadir diikuti dengan hi-tea (mee goreng, kuih limas, kuih 'teruna malang' (kuih ketayap), karipap, air sirap dan teh panas.


Botol Coke nombor 1.., nombor 2.., emboss.., registered trade mark.., red cap.., silver cap.., 285ml, 290ml.., gold can.. bla.. bla.. bla.. takut BR dengar...


Tayangan video dan slide ekspedisi Bro Megat dan rakan-rakan memburu botol-botol yang rare 'tak pernah tengok' pun turut diadakan. Dokumentari ringkas itu memang sungguh menarik mengalahkan kutipan filem 'Hantu Mak Limah Balik Rumah'... Memang teruja apabila melihat berkarung-karung botol di bawa pulang. Mungkin 100 tahun lagi botol-botol tersebut akan menjadi artifak bersejarah negara.


Acara yang dinanti-nantikan ialah car boot sale di mana para hadirin berpeluang meninjau, trade dan membeli barang-barang yang bekenan di hati. BR pun join sekaki dengan membuka Unser boot sale... harga 'adik-beradik'...


Sebenarnya bukanlah wang ringgit dan keuntungan yang di cari, tetapi hanya sekadar ingin berkongsi barangan dengan collectors lain seperti mana kata Tenas Effendy yang telah menjadi kata-kata profile di blog Blues Riders ini iaitu "Hidup sekampung tolong menolong, Hidup senegeri beri memberi, Hidup sebangsa rasa merasa..."


Kelihatan Abang Mat sedang menyeluk poket mencari duit. "Ate, ade ke lagi duit mike tu..?"


Rupa-rupanya masih banyak lagi barangan yang tidak sempat BR keluarkan daripada bonet kereta untuk dikongsi dengan para collectors. Kebetulan pula hujan telah mulai turun dan car boot sale terpaksa dihentikan. (Terima kasih kepada rakan-rakan yang telah membantu mengangkat kembali barang ke dalam kereta).


Pembeli sedang memilih dan membelek barang...


Permainan 'Snap' pun ada...


Poster rokok pun ada...


Star Wars pun ada...



Acara kuiz pun ada tetapi BR tidak sempat mengambil bahagian kerana sibuk dengan car boot sale.


Rokok dan ash tray lama pun ada...


Pelbagai T-shirt air soda pun ada..


Sebelum berangkat pulang kira-kira pukul 7.30 p.m, (mengambil masa kira-kira 2 jam setengah lagi untuk sampai di rumah kalau tak termasuk sesat) Bro Megat sempat menghulurkan sebotol Coca-Cola Arab 250ml sebagai cenderamata dan kenangan.


Juga sehelai T-shirt Botologi Malaya edisi terhad (27 helai sahaja berada di Malaysia) He.. he..

Kepada pihak penganjur, individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan event ini, para hadirin, bloggers, collectors, dan mereka yang telah membeli barang daripada BR, terlebih terkurang minta dihalalkan serta terima kasih sekali lagi diucapkan.

Sekiranya ada jarum yang patah, jangan disimpan di dalam peti (jarum patah buat apa simpan?), sekiranya ada silap dan salah, jangan disimpan di dalam hati... Berjumpa lagi kita di next event insyaAllah...

29 January, 2011

Poskad Jerusalem, The Kidron Valley


The Kidron Valley is one of the major geographical features around Jerusalem. At one time the spring of Gihon followed through the Kidron, creating the valley, but the spring was diverted by Hezekiah’s tunnel and the waters are now brought up to the Pool of Siloam within the city.


The Kidron Valley runs along the eastern wall of Jerusalem, separating the Temple Mount from the Mount of Olives. Running south, it links up with the valleys of Hinnom and Tyropoeon (valley of the cheese-makers). All around the Kidron are numerous Jewish tombs and graves, including some of the most famous of Jerusalem tombs: the Pillar of Absalom, the Tome of Bene Hezir, and the Tomb of Zachariah.


The Kidron Valley is the location for numerous important religious and archaeological sites just outside the walls of Jerusalem. According to the Old Testament, David fled through here during the rebellion of Absalom. Idols and pagan shrines were destroyed here by Israelite kings. According to the New Testament, Jesus would have passed through here between the Temple within the city and places like the Mount of Olives and the Garden of Gethsemane outside.

For more information about The Kidron Valley, please visit: All About Archaeology



BR sedang bersiap-siap untuk ke sana...


28 January, 2011

Roti Mayat Jacob's Cream Crakers 1kg


Oleh kerana keobsesan di peringkat gaban terhadap roti mayat atau biskut Jacob Krim Kraker ini, marilah sama-sama kita lihat pula Jacob Krim Kraker di dalam tin isian 1kg yang telahpun tiada di dalam pasaran sekarang. Biskut ini adalah lebih kurang seusia dengan Jacob Krim Kraker yang pernah BR tunjukkan dahulu iaitu kira-kira 20 tahun yang lalu kerana dikeluarkan di sekitar tahun 1990-an.


Di saat ini mulalah terbayangkan kopi 'O' panas...


Biskut isian 1 kg. ini lebih terjamin kualitinya dan tidak mudah lemau (masuk angin) kerana berada di dalam tin yang kedap udara berbanding dengan tin isian 600g yang hanya disealkan dengan salotape.


Diperbuat oleh Nabisco Brands (Malaysia) Sdn. Bhd. Tampoi, Johor Bahru.


"Biskut Jacob Krim Kraker ini diproses menurut cara-cara istimewa. Mutunya tidak dapat ditandingi sejak lebih dari 100 tahun. Ia menggunakan bahan-bahan makanan tanpa gula, pengawet dan pewarna untuk menjadikan ia sebagai hidangan yang menyihatkan dan digemari oleh seisi keluarga"... antara ayat-ayat yang tertulis pada tin ini dan tertera di dalam huruf jawi perkataan "Halal".


Apa yang istimewanya ialah tin biskut ini masih belum dibuka dan dijamin masih mempunyai isi biskut di dalamnya. Ini jelas terbukti dengan seal kertasnya yang belum terusik sejak 20 tahun yang lalu.


Pada kertas sealnya juga terdapat perkataan "Diterakan untuk keselamatan". Ini mungkin kerana setelah dibuka, biskut-biskut di dalamnya telah tidak selamat lagi akibat dimakan... He.. he..

Untuk Jacob Krim Kraker yang lebih berusia pembaca bolehlah imbas kembali di ROTI MAYAT BLUES


27 January, 2011

Rantai Peninggalan Panglima Berantai...


Paparan kali ini ialah mengenai rantai yang mungkin ada di antara kita yang tidak pernah terfikir bahawa ianya telah dihasilkan daripada barangan terbuang. Rantai ini mempunyai panjang kira-kira 2 meter dan mengambil masa yang lama untuk dihasilkan dengan dibantu oleh kesabaran dan ketekunan di peringkat paling maksimum.


Dihasilkan daripada ring atau cincin pembuka minuman tin yang pelbagai bentuk lalu di'karang' sedemikian rupa untuk menjadikan ia rantai. Untuk rantai sepanjang 2 meter ini, beratus-ratus ring diperlukan kerana bagi setiap mata rantai mempunyai 3 atau 2 ring yang bertujuan untuk menguatkan rantai.


Rantai ini pernah popular suatu ketika dahulu dan telah menjadi kegilaan ramai untuk menghasilkannya. Kehebatannya diukur daripada rantai siapakah yang paling panjang.


Apakah tujuannya? Amat sesuai untuk dijadikan tirai atau birai hiasan pintu rumah atau di tingkap rumah bagi mereka yang sukakan kelainan umpama rangkaian siput, kulit kerang, manik, kayu, gulungan kertas surat khabar dan sebagainya yang amat popular di tahun 1960-an dahulu.


Kelebihannya ialah tidak berkarat kerana rantai ini dihasilkan oleh ring aluminium yang tahan karat serta ringan. Tetapi hanya untuk hiasan sahaja dan bukannya untuk digunakan seperti rantai biasa kerana kekuatannya amat lemah jika dibandingkan dengan rantai besi sebenar.


Memerlukan ketekunan yang tinggi untuk mencantumkan satu persatu ring ini dan panjang atau pendeknya sesuatu rantai itu bergantung pula kepada banyaknya stok hasil dari pencarian tin-tin minuman terbuang.


Kalau dijual di kedai besi burukpun masih laku dan berharga kerana bahan aluminium memang ada harga di pasaran. Anda bagaimana? Cubalah menghasilkannya sekurang-kurangnya 1 meter sebagai percubaan he.. he..


26 January, 2011

Botol Susu Pisang Marigold


Kepada generasi kini tidak hairanlah sekiranya masih ada yang tidak mengetahui apakah sebenarnya botol kaca ini sekiranya tidak diberitahu bahawa ia sebenarnya adalah sebuah botol susu.

Di kalangan generasi pembaca yang dilahirkan sekitar tahun 1960-an pula tentunya masih ingat ataupun pernah menikmati susu di dalam botol seperti ini semasa bayi dahulu. Sengaja BR simpan sebagai kenang-kenangan kerana botol seperti ini sudah lama tidak pernah digunakan lagi.


Lebih dikenali sebagai 'botol susu pisang' kerana bentuknya seperti sebiji pisang. Pun begitu masih ada nama dan istilah lain bagi botol susu ini mengikut negeri masing-masing. Bentuk fizikalnya juga sungguh sesuai untuk dipegang oleh bayi yang sedang menyusu.

Mempunyai dua lubang di kiri dan kanan botol untuk meletakkan puting susu. Pada mulanya BR fikirkan bahawa botol susu ini telah dicipta khas untuk mereka yang memiliki anak kembar memandangkan terdapat dua lubang untuk meletakkan puting susu...


Untuk pengetahuan Mak Long Che'a dan Pak Su Wie, botol susu Marigold Feeding Bottle ini adalah buatan England seperti mana yang tertulis (emboss) pada botolnya. Namun begitu BR tidak dapat mengambil gambar close-up nya kerana tulisannya itu agak kabur.


Fuyoo!.. Betul-betul macam pisang... He.. he..

Botol susu ini juga adalah 100% diperbuat daripada kaca dan dijamin bebas BPA (Bisphenol A) berbanding dengan BOTOL SUSU KACA yang pernah BR paparkan sebelum ini kerana masih mempunyai penutup plastik. Sebenarnya kaedah penggunannya ialah dengan meletakkan puting susu pada salah satu lubang sahaja manakala lubang yang lagi satu akan di tutup dengan gabus.


Botol susu ini juga terdapat dalam berbagai saiz dan jenama membuktikan penggunaannya memang cukup popular suatu ketika dahulu. Agak menghairankan juga kerana meskipun ianya diperbuat daripada kaca, namun tidaklah seberat mana dan masih relevan untuk dipegang oleh seorang bayi.

Mengapakah botol susu seperti ini sudah tidak digunakan lagi sekarang? Tentu ada pro dan kontranya...


25 January, 2011

Mangkuk F&N


Mangkuk F&N Full Cream Milk Powder ini memang telah lama berada di dalam simpanan BR dan hanya dijadikan hiasan sahaja memandangkan ciri-cirinya yang boleh diklasifikasikan sebagai mangkuk lama.


Amat sesuai untuk dijadikan mangkuk nasi tambah memandangkan saiznya yang agak besar (berdiameter 9 inci) dan berat.




Sesuai juga untuk dijadikan hiasan kerana corak bunga yang terdapat pada mangkuk ini sungguh menawan.


Terdapat cetakan F&N Full Cream Milk Powder di bahagian bawah mangkuk sebagai trademark kerana ianya diperolehi sebagai hadiah kerana membeli susu tepung keluaran F&N suatu ketika dahulu.


Berapakah usianya tidak dapat pula dipastikan tetapi kelihatan juga 'retak-retak' (bukan retak sebenar) yang kebanyakannya hanya terdapat pada pinggan mangkuk lama.


Eer.. kakak-kakak tak berkenan ka? He.. he..


24 January, 2011

BOTOLOGI HI-TEA ...5 Hari Lagi!


Jadikan ia sebagai medan pertemuan dan perkenalan sesama insan dan bersama-samalah kita meriahkan event yang pertama kali diadakan pada tahun 2011 ini sambil bersantai menikmati minum petang. BR pun dijangka hadir sekiranya tiada aral melintang insyaAllah.


Tarikh : 29 Jan 2011 (Sabtu)
Masa : 3.00 ptg - 7.00 ptg
Bayaran : RM10 seorang

Berbagai acara telah dirancangkan seperti slide show, gerai jualan, free gift, t-shirt dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut pembaca bolehlah ke: Hobi En. Mat


Pelan Lokasi :

Seperti mana kata penganjur (En. Mat, Bro Lop dan rakan-rakan) : "gerai takde, tetapi kolektor akan membuka bonet bagi menjual barangan jualan yang berlebihan, yang tidak muat utk dimasukkan ke dalam almari masing-masing, kira ala-ala car boot sale botol , antik dll."

Kepada rakan-rakan dan pembaca yang pernah bertanya melalui email dan juga catatan komen mengenai barang-barang yang telah BR paparkan di blog ini, dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa pada hari tersebut (sebagai memeriahkan lagi acara) BR akan membuat Stock Clearence di mana sekiranya ada di antara pembaca dan rakan-rakan bloggers yang meminati atau ingin memiliki apa juga barang-barang yang pernah dan akan BR paparkan di blog ini, bolehlah kita deal di bonet kereta nanti sambil berkenal-kenalan mesra...

Dengar khabar petak car boot sale telah habis ditempah, tapi tak mengapa, di mana-mana pun boleh open boot... He.. he..

Anda bolehlah memberitahu BR di ruangan komen atau e-mailkan hajat (barang yang dihajati) supaya lebih memudahkan BR membawanya nanti.


Jumpa di sa.. na..! ...I follow...


23 January, 2011

Pendidikan Seks...


Segmen Pertama:

Murid Tahun Satu Sesi 2011 Diajar Pendidikan Seks.

Kira-kira 500,000 murid Tahun Satu sesi persekolahan 2011 bakal menjadi kumpulan pertama diajar pendidikan seks yang diperkenalkan menerusi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), mulai Januari depan (2011).

Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran, Datu Dr Julaihi Bujang, berkata pendedahan pendidikan seks itu akan diajar menerusi subjek Pendidikan Kesihatan, di bawah Modul Teras Asas bagi Tahap Satu membabitkan murid Tahun Satu hingga Tiga.

“Pengetahuan mengenai pendidikan seks itu mewakili 75 peratus daripada keseluruhan pengisian kurikulum baru subjek berkenaan,” katanya.

Julaihi berkata, enam tunjang menjadi teras pengisian pendidikan seks yang akan dilaksanakan secara berperingkat bermula Tahun Satu hingga Enam mencakupi perkembangan manusia, perhubungan, perkahwinan dan kekeluargaan, kemahiran kendiri, kesihatan dan tingkah laku seksual serta masyarakat dan budaya.

“Perkembangan manusia mendedahkan murid mengenai pengetahuan sistem reproduktif manusia, manakala perhubungan pula menjurus mengenai kasih sayang dan persahabatan.

Murid turut didedahkan mengenai perkahwinan dan kekeluargaan yang merangkumi tanggungjawab sepanjang hayat sebagai ibu bapa, manakala kebolehan dalam membuat keputusan menjadi pengisian kepada tunjang kemahiran kendiri.

“Turut diberi penekanan adalah kesihatan dan tingkah laku seksual yang membicarakan amalan seks sepanjang kehidupan, kaedah mengelakkan hubungan seksual, fantasi, kehamilan, penyakit seksual berjangkit, HIV dan Aids, manakala masyarakat dan budaya pula menyentuh mengenai isu seks dan masyarakat dan perundangan,” katanya kepada Berita Harian di pejabatnya di sini.

Julaihi berkata, keputusan menjadikan pendidikan seks sebagai pengisian utama subjek Pendidikan Kesihatan diambil selepas mengambil kira maklum balas dan pandangan pelbagai pihak termasuk Persatuan Aids Malaysia menerusi perbincangan meja bulat yang diadakan bagi memastikan kurikulum yang dibentuk memenuhi keperluan semasa pendidikan negara.

Beliau berkata, guru yang terbabit dengan pengajaran subjek berkenaan sudah diberi kursus, manakala bahan pengajaran turut disediakan bagi memudahkan murid mengikutinya, tahun depan.

“Kita amat berharap ibu bapa tidak bimbang dengan perkembangan terbaru ini, malah kita sendiri akui apa saja perkara baru membabitkan dasar atau kurikulum pasti ada yang sukar menerima dan memahaminya.

“Apapun, kita yakin jika pelaksanaannya (pendidikan seks) dapat dijalankan dengan baik dan lancar, masyarakat khususnya ibu bapa pasti memberi sokongan dan kerjasama terhadap pembaharuan ini,” katanya.

Sumber: Berita Harian Online
Selasa, 30 November 2010


Segmen Kedua:

Guru Tuisyen Buat Kelas Seks.


Sumber: Harian Metro 14.12.2010
(Sila klik untuk besarkan imej)


JOHOR BAHRU: Seorang guru tuisyen yang mengajar mata pelajaran Matematik ditahan polis kerana dikatakan turut menyediakan kelas seks serta menayangkan video lucah kepada seorang pelajarnya.

Perbuatan itu dipercayai dilakukan sejak bertahun lalu dan ia terbongkar apabila pelajar lelaki terbabit yang berusia 17 tahun dari Skudai di sini, menceritakan perkara berkenaan kepada keluarganya, kelmarin.

Dalam laporan berkenaan, bapa mangsa mendakwa guru terbabit dikatakan melakukan gangguan seksual dengan menayangkan video lucah serta meliwat mangsa sebanyak dua kali iaitu pada November 2008 dan Mei 2009.

Dia juga didakwa pernah melakukan seks oral dan mengajar teknik beronani kepada remaja terbabit yang kini sudah menamatkan pengajian tingkatan lima.


Segmen Ketiga:

Kes Remaja Hamil Kronik.


Sumber: Berita Minggu 25.07.2010
(Sila klik untuk besarkan imej)


KUALA LUMPUR: Seramai 768 remaja seawal usia 13 tahun, melahirkan anak yang sebahagian besarnya luar nikah sejak 2008 hingga bulan lalu, akibat pergaulan bebas.

Berdasarkan rekod Jabatan kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini saja, JKM mencatat 111 kes remaja bawah umur hamil berbanding 113 kes sepanjang 2009 dan 107 kes pada 2008.

Jumlah itu dipercayai lebih tinggi kerana ia berdasarkan kes dirujuk kepada JKM untuk mendapatkan perlindungan di Taman Seri Puteri, selain statistik tiga hospital kerajaan - Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang dan Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

Ada 135 hospital kerajaan di seluruh negara, tetapi usaha Berita Minggu mendapatkan perangkaan di kebanyakan hospital tidak berjaya, kerana antara lain alasan ialah isu sensitif dan bimbang dikenakan tindakan Kementerian Kesihatan.

Sebahagian remaja berkenaan membuat pengakuan sudah berkahwin kepada pihak hospital, ada mendakwa tidak tahu hubungan seks dengan rakan boleh menyebabkan kehamilan, malah ada kes mengaku dirogol.

Pengarah Bahagian Kanak-Kanak JKM, Noramni Mohd Yusoff, berkata pihaknya tidak hairan jika angka sebenar remaja bawah umur yang hamil lebih tinggi.

"JKM hanya rekodkan kes dilapor atau memohon perlindungan. Statistik sebenar hanya boleh diperoleh dari hospital seluruh negara," katanya kepada Berita Minggu.


Moral Value: Angguk-angguk.. Geleng-geleng...


22 January, 2011

Poskad Nijubashi Bridge, Japan


Keindahan poskad di tahun 1980-an ini menggambarkan Nijubashi (Jambatan Kembar) di Jepun.

Nijubashi (which means the "Double Bridge") is one of the most well-known bridges in Japan. If you are looking at the bridge from the front, the two separate bridges appear as a single two storied bridge. The correct name for bridge in the foreground is "Stone Bridge of the Main Gate" and the bridge in the background is called "Steel Bridge of the Main Gate".

The well-known "Nijubashi" usally indicates this "Steel Bridge of the Main Gate". The name "Nijubashi" derives from the fact that in the olden days, this Steel Bridge was made of wood and was further reinforced with wooden beams, thus creating a so-called double bridge. This is why people began to call the bridge the "Double Bridge"(Nijubashi). The present bridge was re-constructed in 1964.


Nijubashi bridge is only opened on special occasions such as for official state guests and for holding formal ceremonies at the Imperial Palace. Also twice a year, people are allowed to enter from the Nijubashi Bridge to the East Plaza(Totei) of the Imperial Palace. The first occasions is on the 2nd of January, which is called "People's visit to the Palace for New Year Greetings" and the other occasion is on the 23rd of December, which is the Emperor's Official Birthday.


The symbolic entrance to the Emperor's castle, and an indispensable visiting point for every Japanese.

Untuk maklumat lanjut pembaca bolehlah ke: Old Photos Of Japan


21 January, 2011

Syampu Peket Kedai Kampung...


Kepada pembaca yang pernah melalui kehidupan di tahun-tahun 1970-80an dahulu tentunya tidak akan melupai syampu peket (handy pack) yang pernah dijual di kedai-kedai runcit berhampiran sama ada anda pernah menggunakannya atau tidak. Biasanya syampu-syampu ini akan dijual dalam bentuk peket kembar dan digantung bersusun di dalam plastik di alang kedai.


Di sini BR paparkan dua contoh syampu peket yang sempat diselamatkan buat tatapan generasi kini yang mungkin tidak pernah melihat syampu peket sebelum ini. Tidak pasti lagi sama ada syampu peket seperti ini masih berada di pasaran pada masa ini kerana kebanyakan pengguna lebih suka menggunakan syampu botol yang lebih mudah digunakan dan lebih senang disimpan.


Arahan penggunaan yang terdapat di belakang peket syampu. (Maaf gambar kabur sedikit).


Peraturan penggunaan Syampu Elok: Gunakan separuh dari bungkusan kembar bagi tiap cucian. Basah seluruh rambut dengan air suam atau sejuk. Kemudian tabur SYAMPU ELOK di atas rambut. Gonyoh atas kulit kepala sehingga berbuih. Bilas habis-habis dengan air. Ulangi, jika perlu.

Dari laras bahasa yang digunakan, sudah tentu kita dapat mengagak bahawa syampu ini tentu sudah lama usianya. Peraturan ini juga terdapat di tulisan jawi, Bahasa Inggeris dan Cina. Tidak dapat dipastikan pula Syampu Elok ini keluaran daripada syarikat mana.


Lagi satu contoh syampu peket ini ialah Syampu Pink keluaran Lion Home Products (M) Sdn. Bhd., Petaling Jaya.


Untuk pengetahuan, harga bagi sepeket syampu ini tidaklah mahal pada waktu itu dan kalau tidak silap di sekitar 30 atau 50 sen sahaja bagi sepeket syampu kembar ini dan boleh digunakan untuk beberapa kali cucian rambut. Amat sesuai digunakan di hotel-hotel atau pun di rumah-rumah tumpangan.


Berwarna pink sesuai dengan namanya SYAMPU PINK.

No more tears!

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'