Pepatah lama "kerana nila setitik rosak susu sebelanga"  sememangnya sudah tidak asing lagi kepada kita semua. Secara tidak  langsung ianya juga menunjukkan penggunaan nila ini telah sekian lama  wujud di dalam kehidupan kita seharian sebagai medium untuk mengekalkan  keputihan pakaian yang berwarna putih.
Untuk  pengetahuan, selain daripada untuk memutihkan pakaian, nila juga  digunakan untuk mengelakkan pakaian putih dari menjadi kekuningan. Suatu  ketika dahulu penggunaan nila ini memang cukup popular terutama  dikalangan murid-murid sekolah. BR sendiripun tidak terkecuali... He  he..
Bukan setakat baju sekolah di'nila'kan,  kasut sekolah pun turut diberi sentuhan nila. Pemandangan di mana  murid-murid ke sekolah dengan pakaian dan kasut yang kebiruan adalah  fenomena biasa yang boleh kita lihat pada waktu itu.Kepada  pembaca yang mempunyai pengalaman ke sekolah berbaju biru (bukan   pengawas sekolah) akibat penggunaan nila ini bolehlah berkongsi bersama   BR di sini. Bila dikenangkan kembali memang terasa lucu dan amat  kelakar  kenangan kita dahulu...
Nila  yang dipaparkan di sini adalah berbentuk serbuk tetapi seingat BR, nila  yang emak gunakan dahulu berbentuk kiub, diikat dan dibungkus di dalam  kain kecil lalu dicelupkan ke dalam besen yang mengandungi pakaian yang  hendak dinilakan. Air yang kebiruan akan terhasil bercampur dengan  pakaian. Pakaian tersebut dibasuh dan dibilas bersih sebelum dijemur.Tetapi awas! jika terlebih sukatan itulah yang akan membuatkan pakaian putih tadi akan menjadi kebiruan...
Generasi  kini mungkin tidak mengetahui apa itu nila lagi kerana penggunaan nila  ini boleh dikategorikan sebagai telah pupus memandangkan setiap rumah  telah menggunakan kaedah membasuh pakaian menggunakan mesin basuh.Bahan  pencuci pakaian yang didatangkan dengan berbagai formula kebersihan dan  keharuman telah menggantikan fungsi nila ini selain daripada penggunaan  air paip bersih telah mengelakkan pakaian daripada menjadi kekuningan  berbeza dengan zaman dahulu di mana penggunaan air sungai ataupun air  perigi adalah menjadi sumber utama untuk membasuh pakaian secara manual.
Tips:
Nila  juga boleh digunakan secara tradisional untuk mengubati penyakit beguk  (leher membengkak akibat kekurangan iodine). Caranya ialah dengan  menggunakan nila dan cuka makan iaitu dengan mencampurkan kedua-dua  bahan tersebut dan kemudian di sapukan pada bahagian yang bengkak.  Lakukan selalu sehingga hilang bengkaknya.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Cadangan untuk juadah berbuka hari ini:
Resepi Agar-agar Putih Telur Berlimau
Bahan-bahannya:
1/4 oz. agar-agar
3/4 pain air
3 oz. gula
1 biji putih telur
1 helai daun pandan
1/2 biji air limau nipis
Bahan pewarna hijau atau kuning
3/4 pain air
3 oz. gula
1 biji putih telur
1 helai daun pandan
1/2 biji air limau nipis
Bahan pewarna hijau atau kuning
Cara Membuatnya:
Basuh serta rendam agar-agar. Tos dengan betul dan rebus dengan air dan daun pandan yang dicarik dan disimpul.
Apabila agar-agar hancur, masukkan gula dan rebus lagi hingga gula hancur.
Sementara itu, pukul putih telur hingga putih dan gebu.
Tapis  agar-agar dengan kain maslin dan biar sejuk sedikit. Pukul dan masukkan  putih telur ke dalam agar-agara hingga menjadi sama rata. Bubuh air  limau nipis dan sedikit sahaja pewarna.
Tuangkan ke dalam acuan yang telah dibilas dan dirikan dalam air sejuk.
Dinginkan baik-baik sebelum menghidang. Hidangkan dalam mangkuk gelas berkaki.
Selamat mencuba!


13 Any comments?:
zaman kecik-kecik dulu selalu pakai, skang tak tau ramai yang amalkan lagi ke tak, maklumlah dengan pelbagai jenis detergent dan produk.
Samalah kita..masa sek dulu2, mesti guna nila..kalau terlebih sukatan..mesti baju jadi biru..
Kalau bengkak kat leher tu, kat tempat iera panggil 'bengkak beruk'..hehe..
mmg salu pki nila ble nk bsuh bju sek..wktu kecik dlu mak mmg pki y kiub tp skg pki y liquid pnyer dh..
omg..lama gler x nmpak nila ni..skrg sume pkai ujala..hu3
owhh bole buat ubat jgk nila ni yer
baru tau..tq2
Dulu2 pakai kiub,slalu mak buat,penah sekali try nila sendiri tapi tak menjadi,baju jadi btompok2 :) dulu2
Salam,
ada juga nila berbentuk cecair yg dijual dlm botolkan..sampai sekarang emak saya dikampung masih gunakan nila kiub untuk birukan telekung dia..dulu masa adik kecik,emak nilakan kain lampin putih baby..punyalah rajin..sekarang kita pakai pampers jer senang..
hahaha nila ni kalu salah celip baju jadi bertompok2..
kat trt bengkak leher tu kita panggil 'bengkak keng' ;)
waah kagumnye..simpan sos selama 21 thn?
I'm following you now on google friend connect. Salam
sakit kalau kene begok tuuuu huhuhuhuh~
salam BR..
nostalgia gitu..saya kecik2 mak guna yg bungkus kain tu..dah sekolah menengah baru guna yg jenis liquid..hehe
Salam BR,
Sampai sekarang Sweetie masih menggunakan nila kat umah. Tapi yang jenis cecair. Sweetie suka melihat baju sekolah anak kebiru-biruan sedikit..
Dimana hendak cari nila ini zaman ni
Post a Comment