21 October, 2010

Minuman Oren TANG


TANG (dibunyikan "teng") ialah satu lagi jenama minuman segera yang cukup terkenal di tahun 1980-an. Rasa-rasanya inilah the one and only minuman perasa oren yang diperbuat dalam bentuk serbuk di mana biasanya kita dapati kebanyakan perasa minuman dibuat dalam bentuk kordial. Boleh dikatakan hampir kesemua mereka yang pernah melalui kehidupan di era 80-an tentunya pernah merasai kelazatan dan keenakan minuman segera TANG ini.


Minuman perisa oren semula jadi dan diperkayakan dengan vitamin C ini juga boleh dijadikan sebagai minuman diet dan ianya tidak perlu ditambah gula. Pengeluar produk ubatan dan kesihatan juga turut menggunakan kaedah yang sama iaitu dengan menggunakan perasa oren (dan berbagai perisa) sebagai perasa pada produk mereka. Namun begitu rasanya tentulah tidak sama dengan oren TANG ini.


Halal di sisi Islam berdasarkan kepada logo halal daripada Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri yang terdapat pada labelnya. Harganya pula pada waktu itu adalah disekitar RM6.00 bagi isian 750 gram ini yang boleh menghasilkan sebanyak 34 gelas minuman.

Serbuk TANG ini sungguh enak jika ditambahkan ke dalam jus oren untuk menambahkan lagi perisanya seperti yang pernah dilakukan oleh kebanyakan restoran suatu masa dahulu sebagai salah satu rahsia perniagaan.


TANG ini adalah buatan Malaysia dan dipek untuk Kraft Foods (Singapore) Pte. Ltd. dan diedarkan oleh Diethelm (M) Sdn. Bhd. Kraft Foods ini memang terkenal dengan makanan snek seperti biskut Tiger, Chipsmore, Jacob's, Oreo, makanan ringan Twisties, Cheezels dan juga beberapa produk tenusu.


Sehingga 07.12.2002 (8 tahun yang lalu) iaitu berdasarkan kepada tarikh luput yang tercatat pada balang ini, pasaran TANG ini sudah semakin berkurangan dan akhirnya sudah tidak diketahui lagi kewujudannya di Malaysia ini. Hairan juga kenapalah produk yang pernah mendapat sambutan hangat ini boleh hilang ditelan zaman...


Penutupnya berwarna oren sesuai dengan temanya dan tertulis perkataan TANG pada sebelah atas seperti juga produk Nescafe. Kadangkala terasa rindu pula untuk menikmatinya semula. Untuk pengetahuan, seperti serbuk Milo, serbuk TANG ini juga sungguh sedap jika diratah begitu sahaja. He.. he..

Seperti kebiasaan, balang atau bekas ini akan digunakan semula untuk diisikan dengan barang dapur. Balang TANG ini BR perolehi di kampung dan digunakan oleh emak untuk mengisi serbuk kopi...

18 Any comments?:

Kucing Utara said...

teringat balik masa bebudak dulu...slalu gak curi makan serbuk oren ni...maklum la sedaaaap..meow

aman_arab said...

teringat kenangan kecik2..aku dulu kalau demam dapat special treatment..boleh ratah serbuk oren ni dengan selamber tanpa kena marah..best giler..

Blues Riders said...

sedapnya dimakan begitu saja..

nikths said...

tengok oren TANG ni teringat pula masa budak2 dulu pernah makan serbuk minuman yg dalam bentuk sachet,sedut pakai straw.Perasa yang paling sedap muskmelon atau rockmelon. 1 sachet 20 sen.

Iaryylr said...

ya, tang memang lebih sedap rasanya untuk orang barat dan unik untuk orang kita, dulu ada percuma jug tang juga.. ada simpan tak bro ?.. oh ya dulu saya ada curi curi makan sapu pada lidah .. pergh sedap gitu macam meletup-letup...

farah hairuddin said...

sye suka TANG!!dah x ade ke skrg?lme x minum~

Blues Riders said...

BR to nikths,
jenis sachet tu mmg ada, bila makan lidah jd berwarna..

BR to iaryylr,
jug tang xde, balang tang emboss ada la.. nnti BR post.

BR to farah,
kisah benar ada org mengidam makan tang, cri satu malaya dh tak jumpa, kesian..

Spallan said...

bak kata bro iaryylr, sapu pada lidah hehehe, ada geng rupanya...nyamannnnn

Lydia Miza said...

Saya pun suker TANG...sedap,kat Doha pun selalu beli TANG.Popular jugak,pak arab suker minum gak kot?

Blues Riders said...

BR dah order kat lydia tang from doha sebalang.. boleh la bagi kat bro ia & bro spallan sapu kat lidah banyak2.. he.. he..

Iaryylr said...

Tapi awal tahun 2000 tu macam masih masih nampak lagi tang...

nisa said...

haah...baru perasan produk ni dah tak ada kt supermarket dh kan...sygnya...

sweetie2010.blogspot said...

Ya..masih ku ingat lagi ore Tang ni. Rasanya dah lama hilang ditelan waktu. tak banyak permintaan kot..

Anonymous said...

ada bro kat kedai pak arab jalan haji taib tadi baru jumpa tapi perisa lemon je yg ade yang kecil rm12.00 yg besar rm 45.00

Unknown said...

dulu2 beli tang yg peket kecik..sedut serbuk pakai straw pehhh..

Raniazaireen said...

Oren tang ade di jual di pasaraya Lulu kl

salwa said...

Ada ja pi cari kat pasaraya maidin .saya baru beli ja semalam

Anonymous said...

Kat shopee ada harga 500gm rm11.00....dulu2 baru rm 6.00 dah teringin sgt belasah sj laa...

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'