08 April, 2011

Mi Kolok vs Kolok Ribbon


Bahang ke Sarawak masih lagi terasa, keenakan mi kolok masih lagi belum hilang seakan-akan masih melekat di kerongkong ini... Apabila menyebut perkataan 'kolok', maka tiba-tiba teringatlah pula kepada kolok ribbon (ribbon mesin taip) yang memang cukup familiar dengan pekerja pejabat dan pengguna mesin taip suatu ketika dahulu terutamanya di tahun 1970-80-an di mana pada waktu itu penggunaan komputer tidaklah meluas seperti sekarang ini.


Ketika mesin taip masih lagi merupakan medium utama untuk menulis dokumen, para pengguna tidak dapat tidak tentunya pernah menggunakan ataupun sekurang-kurangnya melihat kolok ribbon ini.


Malangnya bagaimana rupa ribbon ini tidak dapatlah pula BR paparkan di sini kerana yang ada hanya tinnya sahaja. Penjelasan ringkas mengenai kolok ribbon ini ialah ia serupa sahaja seperti ribbon pencetak dot matrik cuma ia dimasukkan ke dalam golongan di kiri dan kanan mesin taip.


Teringat lagi BR ketika menuntut di salah sebuah institusi di tahun 1980-an di mana mesin taip merupakan teman setia sehingga jam tiga pagi semata-mata untuk menyiapkan assignment.

Maka terjadilah seperti ayam mematuk (menggunakan satu jari) ketika menaip dan kadangkala jari pernah terlekat di celah-celah button kerana terbabas ketika menekan. Berbanding dengan sekarang, komputer dan pencetak adalah satu kemestian yang memang banyak membantu dalam apa jua tugasan terutamanya yang melibatkan dokumen.


Made under licence from kolok manufacturing company limited England. Pour ouvrir inserez riece de monnaie dans rainure et tournez. Bahasa apa ini? Lebih kurang membawa maksud untuk membukanya masukkan syiling ke dalam lurah dan pusing... He.. he..


Bersama pupusnya penggunaan mesin taip, sekali gus terpupuslah juga penggunaan ribbon ini. Kepada pembaca generasi muda, sekiranya anda masih ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai mesin taip dan ribbonnya ini, buatlah lawatan ke ke mana-mana pejabat kerajaan yang memerlukan pengisian borang seperti Pejabat Tanah dan Galian, JPJ, Imigresen, Kastam dan sebagainya kerana di situ pastinya terdapat petition writer atau penulis rayuan (biasanya duduk di bawah payung) yang masih menggunakannya.

12 Any comments?:

Unknown said...

hmmmm tk pernah tengok brand ni bro...

miss nina said...

uiks... macam mana gunanya ni?
tak pernah tengok

Kak Mahh said...

Sedap kan mee kolok...masih terasa lagi keenakkannya.

Unknown said...

SALAM BRO...er..x penah tengok benda nie...huhu..oppss..link aq blum dibloglist disini lagi bro..huhu...

Adry@Daun said...

Bila bc n3 ni teringat pulak mesin taip yg penah digunakn dulu. skrg tak tau simpan kat mana. Blik kg nk kna cr ni. Barang antik tu..

Muzaffar said...

Hahaha....jari terlekat celah button? mesti kes mengantuk ni. irama mesin taip memberikan ilham untuk kita terus menaip...

Unknown said...

hehehe....terkenang kisah silam.dulu saya sempat men mesin taip n bende ni.sebab masa zaman kakak sy sekolah, dia mik kursus menaip.huhu..
osnok2...men sampai sakit jari tangan..:)

D.L.M Supplement Ent said...

salam tuan blog nak ajak tuan blog join Bloglist 1 Bulan bersama Dunialelakimaskulin.com

http://www.dunialelakimaskulin.com/2011/04/bloglist-1-bulan-bersama.html

Koding said...

760705 pada pic ketiga... barangkali adalah tarikh pembuatan ribbon tersebut....
Tetapi jika bekas tersebut terisi dgn mee kolok maka nombor tersebut adalah tarikh expired...

shamyheart said...

ooo, begitu ceritanya.. dah tak de ek sekarang ni?

fiqas said...

salam BR, mi kolok saya tau la..tapi kolok yng ni , 1st time saya tau ni...

wanacesh said...

woh x suka mkn mi kolok walaupun owg seawak tapi suka makan laksa serawak sedap!!!

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'