18 August, 2011

Pantang Larang Blues...

Orang tua-tua khasnya ibu bapa di zaman dahulu telah mengadakan beberapa pantang larang yang dimasukkan ke dalam kebudayaan Melayu sebagai salah satu usaha mencegah perkara yang tidak diingini berlaku atau dilakukan oleh anak-anak mereka.

Sementara mereka pula kurang sangat memikirkan bahawa pantang larang yang diadakan itu logik atau tidak, yang mustahaknya memberi satu alasan supaya sesuatu perkara itu jangan dilakukan, malah mereka akan menekankan lagi hujah-hujah itu. Jika pantang larang tersebut dilanggar juga, tidak dapat tidak si pelakunya akan menerima tindak balas dari perbuatannya.


Berpayung di dalam rumah memanglah satu perbuatan yang tidak elok dipandang. Kalau perbuatan ini masih dilakukan, akibatnya nanti mengikut pantang larang orang tua-tua dulu akan memendekkan umur salah seorang dari ahli keluarga dalam rumah itu.

Kadangkala segala contoh yang 'mengerikan' juga disebutkan sebagai membuktikan bahawa perkara itu jangan dilakukan. Inilah yang menakutkan perasaan anak-anak. Orang tua-tua juga percaya bahawa perasaan takut melakukan apa yang dilarang adalah salah satu dari cara membendung kesopanan. Mereka ingin anak mereka lahir menjadi putera atau puteri yang berguna dan penuh disiplin.

Ibu bapa juga menyedari bahawa anak yang berdisiplin adalah meninggikan lagi sifat sopan santun yang sangat diharapkan oleh seorang penjaga. Tambahan pula anak-anak ini disiramkan lagi dengan pelajaran agama dan larangan-larangan syariat yang penuh perjuangan untung ruginya dalam hidup. Dengan lain perkataan, pantang larang dan juga contoh-contoh tadi adalah dianggap sebagai prinsip hidup di zaman itu.

Umpamanya pada waktu itu jarang benar kita bertemu dengan anak-anak muda terpekik terlalak di waktu petang, apa lagi jika di waktu Maghrib atau senja. Jika pun ada yang nampak di jalan raya ialah mereka yang menuju ke surau atau ke masjid untuk menunaikan seruan Tuhannya.

Sama-samalah kita renungkan adakah dengan kehilangan pantang larang orang Melayu lama itu merupakan suatu kemenangan bagi kita atau bagaimana? Apa yang dapat kita dengar dan lihat ramai di antaranya menganggap bahawa pantang larang tersebut merupakan suatu perkara tahyul sahaja.


Sebenarnya pantang larang ini juga dianggap sebagai pengawal peribadi, setengah-setengahnya telah dijadikan adat atau undang-undang masyarakat umpamanya dilarang anak-anak duduk di atas bantal dengan alasan nanti diserang penyakit bisul iaitu sejenis penyakit kulit di bahagian punggung.

Larangan ini akan membawakan anak tersebut berfikir jika punggungnya bisul sudah tentu susah hendak duduk, sedangkan duduk adalah sebahagian besar perbuatan yang mesti dilakukan setiap hari. Ini menjadikan anak tersebut meninggalkan perbuatan itu. Inilah antara lain yang dapat disimpulkan.

Di hati ibu bapa adalah semata-mata untuk mencegah anak-anak dari menduduki bantal supaya bantal tidak lekas koyak dan memang kurang manis dipandang jika bantal yang digunakan untuk kepala dijadikan tempat mengalas punggung!

Apa yang jelas dapat kita lihat, melalui pantang larang ini terselit sopan santun dan nilai peribadi yang tinggi. Usaha ini memang patut disanjung dan orang tua tidak patut disalahkan kerana manusia ketika itu memang mempunyai sifat tidak sanggup menjatuhkan maruah atau air muka secara terus terang.

Dari sifat tidak suka berterus terang inilah yang mewujudkan ahli bijak pandai Melayu yang telah melahirkan beribu-ribu Simpulan Bahasa, Perumpamaan, Kiasan, Bidalan, Pepatah, Lidah Pendita dan sebagainya.

Disebabkan generasi kini lebih bersifat suka berterus-terang (?) dan menganggap pantang larang tersebut sudah tidak relevan dan tidak perlu dipakai lagi di zaman moden ini. Hasil dari pemansuhan inilah menyebabkan penghasilan generasi itu sendiri yang telah menjadi kucar-kacir seperti mana yang dapat kita lihat sekarang.

Anak-anak gadis makan semasa berjalan dan ketawa terbahak-bahak di jalan raya tidak kira masa. Di mana-mana kelihatan gadis-gadis comel sedang bersikat dan bersolek. Kelihatan juga anak-anak gadis duduk di kerusi terkangkang hinggakan ke rumah orang meninggal dunia pun ada yang memakai pakaian yang tidak bersesuaian. Anak-anak muda lelaki pula bersidaian di kepala-kepala simpang dengan motosikal masing-masing pada waktu maghrib dan senja (sekadar memberikan beberapa contoh).

Kehilangan pantang larang tersebut boleh mengakibatkan kepincangan generasi sekarang, ada di antaranya langsung tidak menghormati ibu bapa mereka lagi.

Dalam usaha mengembalikan semula ingatan generasi muda kepada pantang larang yang telah diadakan oleh orang Melayu lama, terdapat beberapa pantang larang yang sempat dipaparkan untuk renungan kita bersama. Ketepikan soal logiknya kerana ianya terpulanglah kepada pendapat masing-masing kerana yang pentingnya terdapat unsur-unsur rasional dan kebaikan pada setiap pantang larang yang diadakan bertujuan untuk mendidik sebenarnya.

Dilarang membunuh labah-labah atau rama-rama. Barangsiapa melanggarnya dia akan terbalik apabila menaiki sebarang kenderaan. Rasionalnya ialah untuk mendidik anak-anak supaya jangan membunuh binatang yang tidak berdosa lebih-lebih lagi binatang ini tidak mempunyai senjata.

Meniup api tidak dibenarkan berdua serentak. Ditakuti mereka itu akan bisu. Jika perkara ini berlaku juga hendaklah kedua-duanya meludah ke langit iaitu salah satu cara menjauhkan dari berlakunya perkara yang tidak diingini.


Dilarang menunjuk pelangi kerana perbuatan ini boleh mengakibatkan jari kudung. Kekudungan ini tidak berlaku dengan serta-merta tetapi mungkin disebabkan perkara-perkara lain yang membawakan jari itu kudung.


Ditegah menyusup di bawah ampaian jemuran kain dan di bawah rumah terutamanya kepada mereka yang berpenyakit pitam. Perbuatan ini boleh mengakibatkan pening kepala atau sakit kepala. Sebenarnya tujuan larangan ini adalah untuk mengelakkan anak-anak dari bermain di bawah ampaian yang mungkin akan mengotorkan kain yang baru dibasuh begitu juga rumah-rumah dahulu diperbuat daripada batang pinang atau nibung yang jarang-jarang yang boleh menampakkan orang di atas rumah.

Jika dalam perjalanan bertemu dengan sebarang bangkai yang telah busuk, dilarang meludah di situ juga, perbuatan ini boleh mempercepatkan kerosakan gigi atau gigi menjadi reput.


Gigi juga dilarang digunakan untuk mengerat tali, benang atau digigitkan kepada kayu. Jika dilakukan boleh menyebabkan gigi tersebut dimakan ulat dan boleh mendapat sakit gigi.

Seperti yang telah dikatakan, terdapat beribu-ribu pantang larang Melayu mengikut kategori masing-masing yang jika dikumpulkan boleh dijadikan sebuah buku rujukan seperti sebuah ensaiklopedia. Di zaman kanak-kanak dahulu memang BR sering di'takut'kan dengan berbagai pantang larang ini begitu juga dengan pembaca (sekiranya ada). Tetapi dengan berbagai pantang larang itulah juga yang telah menjadikan kehidupan kita lebih bermakna dan menjadi 'orang' seperti sekarang... hehe...

Janganlah dirisaukan sangat mengenai APA, tetapi sama-samalah kita memikirkan MENGAPA pantang larang ini diwujudkan...

Rujukan ringkas mengenai pantang larang boleh juga pembaca ikuti di Wikipedia/Pantang Larang Melayu.


*************************************************

Resepi hari ini:

AGAR-AGAR PUTIH TELUR BERLIMAU

Bahan-bahannya:

1/4 auns agar-agar
3/4 pain air
3 auns gula
1 biji putih telur
1 helai daun pandan
1/2 biji air limau nipis
Bahan pewarna hujai atau kuning

Cara membuatnya:

Basuh serta rendam agar-agar. Tos dengan betul dan rebus dengan air dan daun pandan yang dicarik dan disimpul.
Apabila agar-agar telah hancur, masukkan gula dan rebus lagi sehingga gula hancur.
Sementara itu, pukul putih telur hingga putih dan gebu.
Tapis agar-agar dengan kain maslin (?) dan biar sejuk sedikit. Pukul dan masukkan putih telur ke dalam agar-agar sehingga menjadi sama rata.
Bubuh air limau nipis dan sedikit sahaja pewarna.
Tuangkan ke dalam acuan yang telah dibilas dan dirikan dalam air sejuk.
Dinginkan baik-baik sebelum menghidang.
Hidangkan dalam mangkuk gelas berkaki.


SELAMAT MENCUBA!


Moral Value: Teringat satu pantang larang dulu-dulu, jangan makan beralih tempat, kadangkala sengaja juga BR engkari, tetapi sampai sekarang tak jadi apa-apa pun.. hehe..

34 Any comments?:

LindaLittle said...

hehe...masa belajar silat dulu..tok guru ade cakap...jangan lalu bawah penyidai....

:)....mmm...selalu gak la terlalu....

alhamdulillah....selamat lagi...huhu

Faz.M said...

mmg byk pun pantang larang org dolu2 nih..buat org2 terpengaruh pun ada..tak tau la nk pecaye ke tak..lagi2 bila ada baby..mangai, mcm2 pantang. Itu tak boleh, ini tak boleh. Nak jaga hati, ikutkan aje la. Tapi, kdg2 rasa lucu jgk sbb tak logik dek akal pun ada pantang2 ni semua..pe2 kena la hormat sbb benda ni wujud dr dulu lagi. Kalau tak nk ikut pun takpe. Asalkan kt hormat pada apa yg dorang dah pesan tu... :)

FARHA (^_^) said...

huhu...dkrg duk dgn tok yg umur 83thun...mcm2 pntg dia bgtau...ad0oiiii

Sharifah Aniza Ali said...

org dulu2 ada pantang larang bersebab..sbb org dulu2 pnoh ngn adat dan sopan santun yg tgi,..bkn cm skank laki pompuan dh sma ja...ke mana hilangnya martabat melayu kita..so kita sbgai generasi muda ni knalah take action agar melayu xlapuk dek zaman...huhu...apa betul aku ckp ni??

den.dyen said...

dulu2 punya orang suka berpantang dan berlarang.. kadang ada bagusnya ikut.. tp zaman la ni payah la orang nak ikut..

cik asam jeruk said...

tu la slalu terpikir..tapi takot gak. nak2 kalau tunjuk pelangi,memang bengkok jari ke dlm..takot kudung katekan..kui3

Ainsha said...

kadang2 pantang larang ni gak bleh mmbawa kpd khurafat..^^

yayath said...

hehe...tapi ada jugak yang akan tercakap pantang larang nih kat anak buah...hehe:)

rozeeta rashid said...

haha.. macam2.. jangan bgambar 3 org.. semua ada jangan..

Spallan said...

bro BR, bila last main sorok-sorok waktu senja.....hehehe

biela bell said...

semuanya ada hikmah :)
org dulu2 pandai buat pantang larang camnie sampai sekarng pun.

Blues Riders said...

BR to simanis yang manis:
mak aai! banyaknya pantang. pantang yang no 1 tu yg BR selalu langgar, tapi tak jadi apa2 pun.. hehe..

BR to linda a.k.a ibusumaiyah:
wah, pesilat lah ni! kata orang kalau lalu di bawah penyidai ilmu tak menjadi.. hehe..

BR to Fazreen Misbae:
betul tu, tak semestinya kena ikut. tetapi kerana nak jaga hati dan hormatkan mereka, ikut sajalah..

BR to faRHa@miSS Vio:
sabar jer lah.. bila dah takda tok tu nanti baru nak ingat yg pantang larangnya tu ada benarnya..

BR to cpahniza:
BR setuju 100%. sebenarnya bukan pantang larang yang utama, tetapi impak mengapa pantang larang itu diadakan perlu difikirkan..

BR to Den:
zaman moden sekarang kadang2 pantang larang itu ada yg tak logik langsung. generasi sekarang berfakta, sebab itu susah sikit nak ikut.

BR to cik asam jeruk:
kalau nak tunjuk pelangi tu, jari kene bengkokkan.. apa rasionalnya? susah nak jawab..

BR to AinsHa=(:
betul tu. gunakan akal dan hukum untuk pertimbangan yang sewajarnya.

BR to yayath:
kena cakap jugak.. yang mana difikirkan sesuai untuk membentuk peribadi mereka.

BR to rozeeta rashid:
contoh yang baik, kononnya kalau bergambar 3 orang, yang tengah tu akan mati dulu.. jangan terlupa bahawa ajal dan maut di tangan Tuhan.

BR to bro Spallan:
main sorok2 waktu senja nanti kena sorok hantu. ada betulnya kerana syaitan selalu berkeliaran di waktu senja. wallahualam.

BR to Cik Bell:
memang semuanya ada hikmah dan pengajaran. sampai sekarangpun masih ada yang mengamalkannya. antara adat dan kepercayaan selagi tidak bertentangan dengan hukum.

Bawang Goreng said...

Ala... kiutnya yang berpayung dalam rumah tu... Posing habis, sure lepas tu kena tegur 'takleh buka payung dalam rumah...' heh he..

Mak saya hampir tak pernah sebut fasal pantang nih... arwah opah aje yang rajin pok pek pok pek fasal pantang.

Pernah sekali jer mak tegur sbb tak pakai stokin masa BG dalam pantang... yang itu bukan sebarang pantangan, sbb memang ada history, moyang meninggal dalam pantang sebab tersadung ibu jari kaki lalu tumpah darah...

Sorry BR, banyak benar sebut perkataan 'pantang'... harap tidak kepantangan... heh heh...

Bawang Goreng said...

Ada lagi...

Pantang jumpe, nanti kena terpe!

Opsss....

Blues Riders said...

BR to simanis yang manis:
kalau rajin menulis apa salahnya. kita kongsi2 kisah JANGAN.. hehe..

BR to BG:
gambar tu memang cukup klasik dengan baju 'beyback'nya. dalam tahun 1970-an hiasan dalaman pada waktu itu sungguh retro.

tiada sebarang 'pantang' dalam blog ini. tulislah apapun.. hehe..

Hana said...

da la sebab pantang larang tu kan..pantang larang nie tegur secara halus.. cntoh cam xleh duduk atas bantal nnt bisul. padahal xelok duk atas bantal sebab xsopan..

kalaulah... said...

masa kecik-kecik, selalu dengar orang tua-tua pesan, "jangan makan tengkuk ayam...nanti atas pelamin tengkuk terpeleot"...huhuhuhu... takutnyer masa tuuu...memang tak makan tengkuk ayam sampai skarang...phobia.

Blues Riders said...

BR to Onitsuka_hana:
betul tu, anak2 sekarang perlu ditegur secara halus kerana mereka akan lebih byk bertanya bagaimana dan mengapa. bukan macam kita dahulu, 'gempaq' sikit dah kecut..

BR to kalaulah:
takut juga yea..? tengkuk ayamlah part paling sedap dalam ayam. rasanya sekarang dah tak terpeleot dah kot.. hehe..

LydSunshine said...

Menarik. Saya pun pernah buat entry yg lebih kurang sama lama dulu. Kalo sudi dtg la tengok...

http://lydsunshine.blogspot.com/2011/04/petua-melayu-turun-temurun-yang-comel.html

HAFIZAL said...

banyak betul pantang larang orang dulu2...he tapi betul ker..???


http://malaysiascore.blogspot.com

Koding said...

Rasanya orang lelaki suka langgar pantang..jangan makan beralih tempat ... sbb nak berbini ramai

Anak dara pula suka langgar pantang jgn menyanyi di dapur ... sbb nk kawin dengan Datok kya raya..

M.E Z.A.F.I.R.A.H said...

ade kebaikannye pantang larang ni..

pantang larang boleh diguna sebagai pedoman dan sebagai nasihat semata2.. xleh nak percaya bulat2 nnti lain lak jdi nye... hehe...

Blues Riders said...

BR to LydSunshine:
sudah tengok. mmg menarik dan di mana2 pun pantang larang ini hampir sama tetapi dgn satu tujuan, mendidik.

BR to HAFIZAL:
memang banyak dan terbahagi kepada beberapa kategori lagi jika hendak dihuraikan secara panjang lebar.. betul atau tidak, wallahualam.

BR to Koding:
mungkin org dulu2 tidak pernah terfikir utk berbini ramai dan berkahwin dengan org tua. pada zaman ini perkara itu telah menjadi perkara biasa..

M.E Z.A.F.I.R.A.H:
betul tu, yang sesuai bolehlah diambil, yg bertentangan eloklah dijadikan sempadan..

SITI ARFAH said...

Hm pantang lrg wjud maybe juz nk nsihtkn kte kot, tp kkdg tu cm tah ape2 pn ade pntg lrg ni, hehe

Anif Abdullah| AA said...

banyak kan pantang larang orang dulu2.. ada yang boleh kita ikut dan ada yang tak logik. yeke bro BR?hehe..

Blues Riders said...

BR to Siti Arfah:
memang ada sesetengahnya yang tak logik, tapi kadangkala berlaku juga. itu yang hairan tu..

BR to Anif Abdullah| AA:
memang banyak. yang mana elok tu kita ikutlah.. ambil hati orang dulu2 hehe..

Unknown said...

memang banyak pantang larang org dulu2..ada yang boleh pakai , ada yang dah tak terpakai...

paksab said...

jangan meniarap sambil menyabung kaki nnt mak cepat mati...????.orang dulu dulu suka pakai kain sarung jadi tak elok lah meniarap sambil menyabung kaki nanti orang yang lalu belakang boleh nampak apa kat dalam kain tu kalau tak pakai spender camno?..bukan ke buruk..bayangkan pulak kalau perempuan buat camtu

Blues Riders said...

BR to Khairil:
memang betul. ada yang langsung dah tak terpakai seiring dengan perubahan zaman..

BR to paksab:
haha.. rasional bagi sesuatu pantang larang itu tetap ada. cuma cara penyampaiannya sahaja yang tidak secara berterus terang. banyak berlapiknya..

Unknown said...

budak2 zaman sekarang nie percaya ke ngan pantang larang cmtu?hurmm...

Blues Riders said...

BR to simanis yang manis:
berterus terang, itulah yang terbaik..

BR to ABC:
budak2 sekarang susah sikit nak percaya. banyak yang ditanya untuk lebih faham. kita nak jawab pun susah..

SITI ARFAH said...

Maybe kbetulan je kot yg brlku tu, hehe

Blues Riders said...

BR to Siti Arfah:
mungkin juga..

Danial Razak said...

banyaknya pantang larang..ada sesetengah yang tahu dan ada sesetengah yang tak pernah dengar pun..hehe..=)

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'