Showing posts with label Coca-Cola. Show all posts
Showing posts with label Coca-Cola. Show all posts

16 November, 2010

Telefon Coca-Cola


Satu penciptaan yang kreatif apabila sebuah telefon telah dibuat berbentuk sebuah tin minuman. Sekali pandang sememangnya kita tidak menyangka bahawa ianya adalah sebuah telefon. Berketinggian kira-kira 16 cm iaitu melebihi 4 cm daripada tin minuman Coca-Cola biasa.


Diperolehi daripada jualan di kaki lima sebuah pekan kecil di utara Semenanjung. Sewaktu dibeli dahulu memang tidak boleh dicuba untuk mengetahui keadaannya baik atau rosak, kerana itu jugalah penjual tersebut telah memberikan harga yang amat-amat berpatutan atau 'asal jalan'. Nasib telah menyebelahi BR kerana telefon Coca-Cola ini masih boleh berfungsi dengan baik apabila dicuba di rumah.


Bertindak sebagai gagang telefon di mana ia turut mempunyai ear piece dan juga microphone.


Ear piece.

Microphone.


Pandangan dari atas menunjukkan tempat membukanya juga dibuat menyerupai tin sebenar.


Butang dail (tekan) yang asas seperti telefon biasa terletak di bawah telefon. Kelihatan butang hitam di tengah-tengahnya itu ialah untuk telefon berada dalam keadaan sedia apabila diletakkan berdiri. Untuk pengetahuan, telefon ini mesti diletakkan berdiri supaya butang hitam tersebut sentiasa tertekan.


Single-line telephone jack (RJ11C) untuk disambungkan ke kabel telefon.


Kepada pembaca, peminat dan pengumpul barangan Coca-Cola tentunya lebih arif mengenai telefon ini. Sebarang maklumat yang berkaitan amatlah dialu-alukan. Apa kata Cik Mat?

15 September, 2010

Coke Zero Thailand


Lagi satu hadiah daripada seorang rakan iaitu Coke Zero daripada Thailand. Apa yang 'zero' itu entahlah, mungkin gula kot.. He.. he..








Kepada pembaca yang memahami bahasa Thailand bolehlah tolong 'translate' kan...


14 September, 2010

Coca-Cola Thailand


Ini pula botol Coca-Cola yang telah dihadiahkan oleh seorang rakan yang telah berkunjung ke Thailand baru-baru ini. Cukup berharga bagi BR yang baru hendak berjinak-jinak dengan koleksi botol ini...








Cantik juga dibuat koleksi jika disusun di dalam almari.


Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'