Showing posts with label Gelas. Show all posts
Showing posts with label Gelas. Show all posts

17 January, 2011

Senyumlah Kuala Lumpur...


Kuala Lumpur

Senyumanmu di pagi ini

Sungguh bererti kerana cinta bersemi lagi

Setelah kemarau panjang...

Antara bait lagu "Senyumlah Kuala Lumpur" dendangan Kumpulan Alleycats yang masih diminati sehingga kini telah mengingatkan BR kepada dua biji gelas yang masih disimpan sebagai kenang-kenangan ketika BR mengikuti rombongan sekolah ke Kuala Lumpur di sekitar tahun 1979 dahulu.


Ketika itu memang banyak cenderamata-cenderamata yang dijual seperti kereta lembu, plate, rantai kunci, t-shirt dan sebagainya, tetapi entah kenapa BR boleh tertarik untuk membeli gelas pula...


Gelas ini memaparkan tempat-tempat menarik di sekitar Kuala Lumpur pada waktu itu seperti Tugu Negara, Masjid Negara, Bangunan Parlimen dan yang paling syahdu sekali ialah gambaran kereta kabel Bukit Nanas. Untuk pengetahuan, itulah di antara beberapa tempat yang wajib dikunjungi oleh mana-mana rombongan sekolah pada waktu itu. He.. he..


Pada mulanya hairan juga apakah simbol bagi gambaran ini. Bentuk seperti dacing pun ada, bentuk macam bulan pun ada... tetapi setelah difikir-fikirkan, rupa-rupanya inilah gambaran kereta kabel Bukit Nanas yang pernah popular di Kuala Lumpur suatu ketika dahulu. Khabarnya ia hanya beroperasi selama beberapa tahun sahaja dan terpaksa ditutup di sekitar awal 1980-an tanpa diketahui sebab dan musababnya.

Inilah juga bukti yang menunjukkan bahawa gelas ini telah dikeluarkan semasa kereta kabel Bukit Nanas masih beroperasi iaitu kira-kira 30 tahun yang lalu.


Memang gayat ketika menaiki kereta kabel ini (seperti kereta kabel di Bukit Merah Lake Town Resort) kerana ia hanyalah berbentuk buaian sahaja, tetapi amat menyeronokkan kerana dapat melihat sebahagian pemandangan Bandaraya Kuala Lumpur dari atas. Sebulan balik cerita kat orang kampung tak habis ooo...


Gelas berwarna coklat gelap ini amat sesuai untuk dijadikan hiasan di samping dapat mengimbau kembali kenangan ketika mengikuti rombongan sekolah ketika masih kanak-kanak dahulu...


Bagi generasi kini yang tidak mengetahui mengenai sejarah Bukit Nanas ini (sekarang adalah tapak Menara Kuala Lumpur) bolehlah ke: Bukit Nanas


28 December, 2010

Gelas Sunkist Juice


Gelas Sunkist Juice ini memang cantik (pandangan peribadi) kerana memiliki kaca kelabu yang tebal dan berkualiti. Umum mengetahui bahawa Sunkist adalah cukup sinonim dengan buah oren tetapi di mana buah orennya?


Lebih menarik apabila buah orennya rupa-rupanya terletak di bahagian bontot gelas di mana akan jelas kelihatan sewaktu menunggang gelas untuk meminum airnya terutamanya pada titisan-titisan terakhir.


Untuk itu, gelas ini rasanya hanyalah sesuai digunakan untuk menikmati air oren sahaja kerana jika dibuat minum Milo, kopi atau teh, tentu sekali tidak besesuaian dengan temanya. He.. he..


Pandangan lebih dekat gambar buah orennya yang manis lagi bersari menambahkan lagi keinginan untuk menikmatinya airnya.


09 November, 2010

Mug Anlene


Anlene merupakan satu-satunya susu tepung berkalsium tinggi yang telah diuji secara klinikal. Hasil penyelidikan menunjukkan kadar kehilangan jisim tulang di kalangan wanita yang meminum susu Anlene adalah lebih rendah berbanding wanita yang tidak meminum susu Anlene.

Hasil kajian itu telah dicetak oleh The Journal of Bone and Mineral Research pada 2001, menyokong status Diuji Secara Klinikal Anlene di kalangan kumpulan kesihatan yang berpengaruh.


Mug ini sebenarnya telah lama disimpan sebagai hadiah daripada Anlene kerana membeli produk mereka, mungkin juga sewaktu jenama ini mula-mula diperkenalkan di Malaysia.

Anlene Non Fat Milk A Product Of New Zealand kepada sesiapa terutamanya wanita yang berminat untuk menjadi sihat dan cergas macam Dato' Michelle Yeoh bolehlah mencuba susu ini.


U.S.A. FOOD AND NUTRITION BOARD's Recommended Dietary Allowance of Calcium for normal healthy adults above 25 years old is 800 mg/day. 2 cups of Anlene Non-Fat Milk a day provide 800 mg of Milk Calcium.


Terdapat sukatan pada mug iaitu 200 ml pada takat yang ditunjukkan bagi memudahkan bancuhan. Untuk pengetahuan, susu tepung Anlene ini perlu dibancuh menggunakan air sejuk atau air suam kerana kandungan Nano kalsiumnya 100 kali lebih kecil daripada kalsium biasa.


Menurut Pengurus besar Fonterra Brands (Malaysia) Sdn. Bhd., John McKay, minum susu biasa mungkin tidak mencukupi.

"Ini kerana hasil penyelidikan menunjukkan bahawa kebanyakan wanita Malaysia hanya mendapat 50 peratus daripada keperluan kalsium harian mereka. Sebahagian rakyat Malaysia tidak menggemari rasa susu biasa. Oleh itu kami melancarkan Anlene™ Concentrate Coklat," ujarnya.

Jisim tulang memuncak pada umur 30 tahun dan mula merosot. Oleh itu, pengambilan kalsium yang mencukupi daripada makanan harian adalah amat penting. Kekurangan kalsium boleh menyebabkan kehilangan jisim tulang dan jika berterusan boleh menyebabkan osteoporosis terutama di kalangan wanita yang usianya telah meningkat.

Minumlah susu yang sesuai dengan kandungan kalsium yang mencukupi. Perubahan yang kecil dalam amalan pemakanan harian anda boleh membawa perubahan yang besar kepada kesihatan tulang anda di masa hadapan," ujarnya.


Untuk maklumat lanjut boleh didapati di: Anlene


08 November, 2010

Gelas Contour Pizza Hut - Pepsi 2000 Millennium


Gelas Contour Pizza Hut - Pepsi 2000 Millennium ini BR perolehi hadiah daripada seorang bapa saudara apabila menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan beliau baru-baru ini. Oleh kerana minat yang melampaui batasan terhadap gelas-gelas sebegini, maka terpaksalah buat muka selamba sahaja meminta dengan penuh belas kasihan walaupun di tengah-tengah kesibukan kenduri... He.. he..


Sungguhpun demikian, adalah dilihat ada berpuluh-puluh biji lagi gelas seperti ini di dalam almari hiasan beliau, bak kata pepatah Pepsi "Ask For More"...


Sudah pasti gelas ini dikeluarkan oleh Pizza Hut pada tahun 2000 berdasarkan apa yang tercetak pada gelas ini dan bersempena juga dengan tahun 2000 Millennium.

Berketinggian kira-kira 18 cm (7 inci) dan cukup besar bagi seseorang untuk menghabiskan minuman di dalamnya. Terdapat dua cetakan pada gelas ini iaitu cetakan "Pizza Hut" dan juga "Ask For More 2000 Millennium".


"Pizza Hut"


"Ask For More 2000 Millennium"


Bentuk contour berpinggang ramping yang diidam oleh ramai wanita...


Untuk mengetahui serba sedikit mengenai sejarah Pizza Hut di Malaysia bolehlah ke: Pizza Hut


Credit: Pak Uda & Mak Uda, Kg. Pantai Besar, Batu Kurau, Perak Darul Ridzuan.


06 November, 2010

Gelas Sunquick Bontot Emboss


Setelah kita dihidangkan dengan Gelas Sunquick Emboss, kini tibalah masanya pula untuk kita melihat Gelas Sunquick Bontot Emboss (meminjam kata-kata Bro nikhts) He.. he..


Gelas Sunquick ini agak simple dan berketinggian kira-kira 9 cm sahaja. Berkaca jernih dan berkualiti tetapi tidak dipastikan pula bilakah tahun ianya dikeluarkan.


Sekali pandang memang kita tidak terperasan bahawa ini adalah gelas Sunquick kerana tiada sebarang logo atau cetakan nama Sunquick pada badan gelas seperti kebiasaannya pada gelas-gelas Sunquick.


Mempunyai corak timbul seperti kulit cempedak mungkin rasionalnya supaya tidak licin apabila dipegang terutamanya bagi kanak-kanak.


Logo Sunquick sebenarnya berada di bawah gelas atau bontot gelas dan memang menarik... He.. he..

05 November, 2010

Mug Yeo's


Apabila berkunjung ke blog rakan iaitu Bro nikths - jom kumpul terpandanglah mug Yeo's yang cantik ini tetapi dalam keadaan yang menyedihkan akibat malang yang menimpa. Maka teringatlah bahawa BR pun memilikinya satu. Menurut Bro nikths, mug Yeo's ini adalah keluaran tak silap tahun 2000/2001.


Kacang soya merupakan makanan seimbang yang sangat baik dan lebih murah daripada daging, susu atau telur. Ia mengandungi 50% protein bagi setiap 100 g kacang soya, merupakan 2 kali lebih daripada kacang tanah, 11 kali lebih daripada susu dan 3 kali lebih daripada telur.


Ia kaya dengan bahan mineral seperti calcium, sodium, manganese, magnesium, iron dan phosphorous. Ia juga kaya dengan vitamin A, B, C, D serta lecithin.

Kacang soya boleh dijadikan bahan penganti susu bagi bayi yang mempunyai alahan terhadap susu lembu. Protein soya boleh mengurangkan risiko penyakit kanser dan jantung.


Ikon kacang soya yang comel tercetak di bibir mug inilah yang sungguh memikat hati...

Kacang soya mudah dicerna dan mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk membina dan membaiki tisu badan yang rosak serta membekalkan tenaga.


Kacang soya sangat baik sebagai bahan bagi hidangan vegetarian. Ia mempunyai kadar lemak yang rendah dan kaya denagn protein, sesuai untuk pesakit jantung dan kencing manis. Kesimpulannya, kacang soya sangat selamat, berzat, murah dan sesuai bagi semua lapisan umur.


"Taste the rich goodness of soy with our high quality soya bean milk that is preservative-free and with no colouring. Our soy milk is only produced from the highest quality of 100% non-Genetically Modified Organisme (GMO) Canadian soybeans that are quality certified by the CSEA."


Sejarah Yeo's:

YEO HIAP SENG Malaysia's proud history began in Amoy, China where a soya sauce factory was set up in the year 1900. The initiative of the founder of the Yeo clan, Yeo Kheng Lian, was brought to Asia in 1937 when the family migrated to Singapore to start up a sauce plant...

Untuk maklumat lanjut bolehlah ke: YEO'S - HISTORY

03 November, 2010

Gelas Milo Olimpik L.A. 1984


Gelas Milo ini telah dikeluarkan sempena Sukan Olimpik kali ke-XXIII di Los Angeles, California, USA pada tahun 1984. Berdasarkan kepada tarikh tersebut, berkemungkinan bahawa gelas ini telahpun berusia 26 tahun.


Berketinggian kira-kira 13.5 cm, gelas ini adalah berkualiti 5 bintang (meminjam kata-kata Bro Rasli Koleksi Botol Oren Pahang Oldskool) berdasarkan ketebalan kaca gelas dan 'keberatan' yang dimiliki.


Tertulis perkataan "Menghayati Semangat Kesukanan Olimpik L.A. 1984" di bahagian atas gelas diikuti dengan beberapa simbol aksi acara-acara yang dipertandingkan pada sukan tersebut di sekeliling gelas.


Di bahagian bawah gelas pula terdapat kaca kelabu yang timbul di sekelilingnya bagi menambahkan lagi seri gelas apabila diisikan dengan air Milo terutamanya Milo Ais. 'Peluh-peluh' ais yang keluar boleh membuatkan air di dalam gelas ini bertambah menarik dan sungguh menyelerakan... He.. he..


Untuk pengetahuan, gelas ini telah dikeluarkan di dalam dua versi iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.


Bentuk fizikal kedua-dua versi gelas adalah sama cuma pada perkataannya sahaja telah diubah kepada "Celebrates The L.A. 1984 Olympics".


Cerita mengenai gelas Milo Olimpik L.A. 1984 ini juga boleh pembaca ikuti di Hobby & Collection - Hobi & Koleksi oleh Bro iaryylr.


Tidak dilupakan juga pada setiap bontot gelas terdapat logo Milo emboss yang secara tidak langsung akan kelihatan apabila kita minum menggunakan gelas ini sebagai salah satu strategi pengiklanan.

19 October, 2010

Gelas Sunquick Emboss


Bunyinya sahaja sudah cukup menggemparkan macam botol Coca-Cola emboss yang dicari oleh ramai collector botol, gelas Sunquick emboss he.. he..


Gelas Sunquick emboss ini memang sudah lama berada dalam simpanan BR, sehinggakan sudah terlupa semenjak bila tetapi mungkin semenjak tahun 1980-an lagi.

Gelas ini memang cantik apatah lagi jika diisikan dengan air oren, memang sesuai dengan permukaan bergerutu di sekelilingnya yang menambahkan lagi selera untuk diminum apa lagi apabila melihat 'peluh-peluh' ais di sekeliling gelas.


Logo Sunquick emboss menggambarkan limau dibelah berbentuk hati yang telah menjadi trademarknya semenjak dahulu.


Dari segi pembuatan memang gelas ini mempunyai kualiti yang baik berdasarkan ketebalan gelas dan berat yang sesuai menggambarkan kualitinya. Setakat ini cuma ada dua biji gelas sahaja, mana hendak cari lagi empat biji bagi mencukupkan 1/2 dozen?


05 October, 2010

Gelas HACKS


Dalam banyak-banyak gelas yang berada di dalam simpanan BR, gelas inilah yang paling disukai sekali kerana keunikan kata-kata yang terdapat pada gelas tersebut. Usia sebenar gelas ini tidaklah pula diketahui tetapi memandangkan kepada ciri-ciri gelas, mungkin gelas ini telah berusia lebih 40 tahun berdasarkan produk HACKS ini mula bertapak di Malaysia di pertengahan tahun 1960-an.


HACKS adalah jenama gula-gula ubat batuk yang cukup terkenal dulu, kini dan selamanya. Biasanya pembungkus gula-gula HACKS ini akan dilipat kemas supaya perkataan 'HACKS' itu akan nampak tersusun. Pada zaman BR remaja dahulu perkataan HACKS ini adalah merujuk kepada Hanya Aku Cinta Kau Seorang... He.. he..


Mempunyai ketinggian lebih kurang 11 cm dan menurut sumber yang layak dipercayai, ciri-ciri sesuatu gelas lama itu biasanya mempunyai tanda crown di bawah gelas dan juga lingkaran cat berwarna emas pada bibir gelas. Wallahualam.


Sole agents Barkath Stores Ltd. Malaysia, gula-gula HACKS ini masih lagi berada di pasaran cuma imej pembungkusannya sahaja diberikan nafas baru sementara gambar orang tua botak sedang batuk sambil memegang sapu tangan itu masih lagi dikekalkan sejak zaman berzaman.


"HACKS MALAYSIA SDN BHD was set up in the mid sixties by the late Hj.M Abubacker, the founder Chairman of the Barkath group. An enterprising man great foresight, the late Hajee obtained manufacturing rights from the original makers of "HACKS" sweets in the UNITED KINGDOM in the early sixties to set up local production."


Terdapat tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, Cina, India dan Inggeris tertulis pada gelas tetapi yang paling menarik sekali ialah tulisan dalam Bahasa Melayu iaitu "HACKS ICERANA TERAK DAN DADA" apakah maksudnya? Mungkin jika diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris ianya berbunyi "HACKS FOR THROAT & CHEST" iaitu membawa maksud yang sama juga bagi Bahasa Cina dan India yang terdapat pada gelas tersebut.


Posting mengenai gelas Hacks ini juga boleh didapati di: Koleksi Fitri Barang Old Skool


Setakat ini ada cuma 3 biji gelas sahaja, kalau boleh hendak cari lagi 3 supaya cukup setengah dozen...

03 September, 2010

Gelas F&N Cordial Versi Bunga Kuning


Salah satu gelas berbunga kuning pemberian percuma dengan setiap pembelian F&N Cordial. Amat sesuai untuk dijadikan gelas kepada tetamu memandangkan saiznya yang sederhana sesuai untuk tuan rumah yang ingin melakukan penjimatan... He.. he..


Tidak pasti pula bilakah gelas ini mula dikeluarkan tetapi selain daripada berbunga kuning, gelas ini boleh juga didapati di dalam versi berbunga merah. Sila rujuk: http://spallanpunya.blogspot.com/2010/08/gelas-f-vii.html



Pada mulanya disangkakan gelas ini hanyalah gelas hiasan biasa tetapi apabila diamati di bahagian bawah gelas terdapat pula tulisan F&N Cordial.



Mungkin terdapat lagi beberapa versi warna gelas ini yang di luar pengetahuan BR, walau bagaimanapun jika dapat dikumpulkan kesemuanya alangkah cantiknya jika gelas ini dijadikan gelas minuman kepada tetamu sempena Hari Raya yang bakal tiba nanti. Maka akan terbangkitlah suasana Aidilfitri yang sungguh nostalgia...


-------------------------------------------------------------------------------------------------


Cadangan untuk kuih raya hari ini:


Resepi Biskut Peanut Butter


Bahan-bahannya:


1 biji kuning telur
4 auns gula halus
4 auns peanut butter
3 1/2 auns spry (?)
4 auns marjerin
5 auns tepung ubi
10 auns tepung gandum
2 sudu kismis hitam
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh vanilla


Cara Membuatnya:


Bubuh spry, marjerin, peanut, gula dan pukul hingga kembang. Bubuh kuning telur, pukul lagi, kemudian bubuh pula tepung gandum yang sudah diayak sama baking powder.

Gaul sampai sebati, tekan dalam acuan peanut butter, bubuhkan kismis dan bakarlah.


Selamat mencuba!


25 August, 2010

Jom Minum Indocafe...


Di dalam banyak-banyak koleksi gelas minuman yang dimiliki, gelas hadiah percuma daripada Indocafe inilah yang boleh dikatakan istimewa sedikit kerana gelas ini mempunyai tangkai atau pemegang plastik. Sesuai digunakan untuk menghidang minuman sejuk atau panas dengan pemegang atau tanpa pemegangnya.


Tidak pasti pula bilakah ianya dikeluarkan tetapi rasanya ia masih baru memandangkan pasaran produk Indocafe di negara inipun bermula di sekitar tahun 1990-an.


Tangkai atau pemegangnya yang boleh ditanggalkan atau dipasang pada gelas. Unik dan tersendiri.


Gelas berwarna oren bercampur kuning memberikan daya tarikan yang tersendiri. Risau juga jika minum menggunakan gelas ini, takut kalau-kalau pemegangnya tertanggal...


Sesuai untuk dijadikan gelas hidangan semasa Hari Raya nanti... He.. he..



-------------------------------------------------------------------------------------------------


Cadangan untuk juadah berbuka hari ini:



Resepi Kelupon Ubi



Bahan-bahannya:


4 batang isi ubi kayu
1/2 kati gula merah
1/2 biji kelapa muda
Satu cawan tepung gandum
Sedikit garam dan minyak untuk menggoreng


Cara Membuatnya:


Ubi dan kelapa diparut, dicampurkan garam dan gaul rata-rata. Masukkan pula tepung ke dalam adunan tadi dan gaullah hingga sebati.

Kemudian dibuat bulat-bulat sebesar telur ayam. Lubangkan ditengahnya dan masukkan gula merah ke dalamnya.

Panaskan minyak dan bila sudah cukup panas, gorenglah sehingga kuning.


Selamat mencuba!


Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'