Kepada semua pembaca, inilah makanan ringan kegemaran BR ketika di zaman kanak-kanak dahulu. Dikenali sebagai 'Sagon' dan tidak pasti pula sama ada di tempat lain diberi panggilan dengan nama yang lain. Sebenarnya pada waktu itu tidak banyak makanan ringan moden yang boleh didapati seperti sekarang ini, yang ada hanyalah makanan ringan keluaran kampung seperti keropok, biskut dan kekacang. Harganya pula pada waktu itu hanyalah 5 sen atau 10 sen sebungkus dan dijual di dalam plastik 'aiskrim Malaysia'.
Bentuk fizikal sagon ini ialah makanan ber'serbuk'. Oleh itu, satu kelemahan yang dikenal pasti apabila memakan sagon ini ialah dilarang bercakap ketika sagon berada di dalam mulut kerana kemungkinan ianya akan berhamburan keluar dari mulut adalah tinggi. Namun begitu, adalah sukar untuk bercakap sambil memakan sagon kerana mulut terasa bagaikan digam...
Gambar close-up sagon yang di letakkan ke dalam piring. Sagon ini diperbuat daripada bahan-bahan yang mudah sahaja iaitu tepung beras, kelapa, gula dan garam. Cara penyediaannya juga mudah sahaja iaitu goreng semua bahan-bahan tadi sampai wangi dan selepas itu tambah gula dan garam secukup rasa. Sagon ini juga boleh diwangikan dengan memasukkan beberapa helai daun pandan. Rasanya memang sedap, lemak-lemak, masin dan manis...
Baru-baru ini ketika singgah di R & R Gunung Semanggol menghala ke Selatan Lebuhraya PLUS, sempat juga BR membeli sagon ini yang dijual di sebuah gerai. Rasa berbangga kerana makanan kampung ini telah boleh dikomersialkan sedemikian rupa.Masih lagi dibungkus di dalam plastik 'aiskrim Malaysia' dan langkah yang diambil oleh syarikat SOFYNICE TRADING ini haruslah dipuji kerana telah mempromosikan semula makanan tradisional rakyat Malaysia ini. Cuma satu sahaja yang perlu diberi perhatian iaitu adalah tidak wajar harga bagi sebungkus sagon ini ialah RM1.20 sebungkus!
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Cadangan juadah berbuka hari ini:
Resepi Puding Swiss Roll
Bahan-bahannya:
1 oz. agar-agar
6 gelas air
4 merah telur
4 sudu cornflour
16 oz. gula kasar
1 tin kecil susu cair
4 oz. mentega
Swiss Roll (boleh dibeli di kedai)
6 gelas air
4 merah telur
4 sudu cornflour
16 oz. gula kasar
1 tin kecil susu cair
4 oz. mentega
Swiss Roll (boleh dibeli di kedai)
Cara Membuatnya:
Agar-agar dimasak dengan 6 gelas air. Bancuhkan merah telur, cornflour, gula kasar, susu cair dan mentega hingga sebati.
Setelah agar-agar dimasak, masukkan ke dalam adunan kedua dan dikacau.
Jerangkan sekali lagi untuk beberapa ketika kemudian barulah diagkat.
Susun Swiss Roll ke dalam acuan dan tuangkan adunan tadi dan sejukkan.
Selamat mencuba!


























