Showing posts with label Golok. Show all posts
Showing posts with label Golok. Show all posts

05 July, 2010

Badik Pusaka Tok Wan


Badik merupakan senjata Melayu yang terdapat dalam dua jenis iaitu mempunyai mata yang lurus dan yang berkeluk seperti keris.


Bentuknya menyerupai Tumbuk Lada tetapi panjang matanya di antara 18 - 20 sm. dan lebar 2 sm. Badik mempunyai mata yang tebal di bahagian belakangnya dan meruncing dihujungnya.


Badik misalnya, cukup popular selepas Kerajaan Inggeris/Belanda mengharamkan penggunaan keris.


Bentuk badik, hampir sama dengan bentuk tumbuk lada tetapi lebih besar dan kurang pula daripada segi ukiran. Matanya lebih tegak, hulunya membongkok ke bawah.



Matanya ditempa daripada besi terpilih manakala ulunya diperbuat daripada kayu, gading, tanduk serta dihiasi dengan logam emas dan perak.



Sesuatu yang unik terdapat pada badik ini ialah 'kunci' keselamatannya yang diperbuat daripada tembaga bagi mengelakkan badik terbuka secara tidak sengaja.



Selain digunakan untuk mempertahankan diri, badik juga menjadi pisau memotong daging, bawang dan menyembelih haiwan.


Hulu dan sarungnya diperbuat daripada kayu, tanduk dan gading serta dihias dengan motif awan larat.


Ukiran juga terdapat pada hulu badik.


Penghargaan: Pn. Zuraida bt. Tauhid & Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.


23 April, 2010

Golok Ghurka Beach Street Mari...


Golok ini aku jumpa di dalam laci almari kepunyaan arwah ayah. Biasanya orang panggil golok ini sebagai Golok Ghurka mungkin kerana bentuknya yang melengkung.





Kalau tidak silap dibeli di Lebuh Pantai (Beach Street), Pulau Pinang sekitar tahun 1985 dan dijual di kaki lima. Jika dilihat kepada bentuknya, akupun tak pasti apakah kegunaannya. Buat menakek sesuai kot..



Siap ada 2 bilah 'anak' pisau lagi...



Anak pisau ini diselitkan di dalam sarung berasingan berhampiran hulu golok.



01 March, 2010

Golok Blues...

Pernah suatu ketika dulu aku gila golok & parang. Asal ada saja parang yang bekenan, semua aku beli kononnya nak buat koleksi. Aku tertarik dengan jenis kayu, jenis besi dan ukiran yang terdapat pada sarung golok. Ini ialah beberapa koleksi yang sempat di'selamatkan' sebab yang lain tu semua aku dah jual.

Pernah aku ke Kg. Anak Kurau, Batu Kurau, Perak semata-mata untuk berjumpa dengan Tukang Sudin untuk menempah mata parang. Tukang Sudin ni memang popular di kalangan penduduk Perak Utara kalau bercerita tentang pembuat mata pisau & parang ni.

Sewaktu bertemu, beliau telahpun uzur tetapi mengenangkan aku dan Tokan datang dari jauh, dengan bersusah payah beliau tempalah juga sebilah mata pisau untuk aku dan Tokan.

Inilah rupa mata pisau yang dibuat oleh Tukang Sudin. Hodoh-hodohpun tak apa, sekurang-kurangnya ada juga hasil tangan seorang pembuat mata golok lagenda:



Biasanya ada beberapa jenis besi yang ditempa untuk dibuat parang ni:

1. Besi spring (kalau boleh cari spring kereta Moris Minor).

2. 'Engko' motor (biasanya motor Honda Cup 50cc).

3. Paku rel keretapi.

4. Besi kikir (kikir Cap Kikir).

5. Papan chainsaw.

6. .. dan lain-lain besi asalkan besi..


Setakat ni penempa yang terbaik yang boleh 100% mengikut mata yang kita tempah ialah seorang tukang cina di pekan Behrang Station, Perak. Bawa saja contoh dia boleh tiru bulat-bulat..

Akupun ada berjinak-jinak dalam pembuatan sarung golok ni. Tapi cuma siap setakat pasang hulu saja.. Sarungnya tak sempat buat.


Ini mata pisau yang tak sempat siap..


Gambar 1:

Dari Kiri: Kayu Berah, Kayu Surian


Sedikit tentang kayu Surian (Cedrela Serrata):

Pokok Surian hanya tumbuh di kawasan tanah tinggi terletak 762 meter dari aras laut. Kurang cahaya matahari, berbatu besar, dan bersuhu sejuk didapati amat sesuai dijadikan sarung kerana sifatnya keras di samping mempunyai corak semulajadi menarik iaitu berbelang hitam dan keemasan seperti kulit harimau. (Berbelak, kata orang). Kalau mahukan maklumat lanjut bolehlah rujuk kat FRIM.



Gambar 2:

Dari Kiri: Kayu Pain, Kayu Ciku


Gambar 3:

Dari Kiri: Kayu Petai Belalang


Gambar 4:

Atas: Aitor (Made In Spain)

Bawah: Buck (Made In USA)

Ini pisau moden. Tapi kalau kena cara asah, tajamnya punyalah tajam..

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'