Bila dah lama berkecimpung di dalam Maxis Push-to-Talk ni maka dapatlah aku rumuskan tahap-tahap yang terdapat di dalam PTT yang pernah aku lalui:
TAHAP 1: (Tekan dan Cakap)
Ini adalah tahap pertama orang yang baru main PTT. Tekan button cakap dan tunggu 'queing' baru masuk bercakap.. Tak pandai nak me'reject'. Biasanya handphone model Nokia 6020, 6021, 6070 menjadi pilihan. Handphone pula standard, apapun tak bikin.. Bila bercakap pun kat hujungnya mesti bunyi "terima ka tak terima.. Roger.." Tempatnya pula di channel-channel kecil.
TAHAP 2: (Tekan Reject dan Cakap)
Tahap ini pemain PTT dah pandai tekan button 'reject'. Mulalah buat button 'reject' dan button 'cakap' di sekeliling handphone masing-masing. Biasanya Handphone model Nokia 6020, 6021 menjadi pilihan. Channelnya pula tentu sekali Orange Gurl atau Sejati Idaman.
Pada tahap ini juga bunyi 'kokok' menjadi begitu popular.. Begitu juga dengan pelbagai bunyi 'irama'..
TAHAP 3: (Pam software)
Tahap ini dah pandai pam software. Kononnya software rendah lebih power.
TAHAP 4: (Tarik GP)
Tahap ini mulalah modified dan letak macam-macam pada handphone. Letak arial (biasanya arial walkie-talkie), lampu kelip-kelip, plate tembaga, yang belah sim card pun ada dan bermacam-macam lagilah kononnya nak 'tarik GP'. Lampu kelip-kelip tu kalau letak kat handphone tak ada GPRS pun dia berkelip...
Juga termasuk di dalam tahap ini ialah 'gila' setting. Bermacam-macam setting yang dilakukan kononnya untuk mendapat liputan GPRS yang baik. Contohnya menggunakan setting yang berlainan untuk berlainan handphone bagi Maxis Push-to-Talk dan Maxis WEB. Tidak kurang juga yang menggunakan setting personal bagi Access Point, Streaming, Synchronisation dan sebagainya..
TAHAP 5: (Guna Pelbagai Simbol)
Tahap ini dah pandai letakkan simbol. Contohnya % dan <. Gunanya untuk tidak dapat dikesan dalam active members, nama letak di atas, menyelam dan sebagainya. Tetapi bagi yang menggunakan version rendah, semua ini dapat dikesan. Mulalah mencari model Nokia 5140i untuk mengatasi masalah ini.
TAHAP 6: (Pam Channel)
Tahap ini boleh dikatakan relaxlah sikit sebab semua button dah dibuat di handfree. Pam pulak kat channel. Biasanya handphone model Nokia 6233, 6151, menjadi pilihan.
TAHAP 7: (Menyelam atau Pam Bisu)
Tahap ini lagi mudah. Tekan saja sampai biru terus cakap. Biasanya handphone 7270 dan 6170 menjadi pilihan. Model Nokia 6020 pun boleh..
TAHAP 8: (Pecah Password dan Personal Settings)
Tahap ini dah kira advance lah sikit sebab bila dah boleh pecah password maka bolehlah buat setting sendiri. PTT, WEB dan sebagainya. Nomborpun orang tak boleh 'cangkuk'.
TAHAP 9: (Bermacam-macam bunyi)
Tahap ini mulalah keluar berbagai bunyi. Bunyi hon, bunyi hon kapal, bunyi mainan kanak-kanak, bunyi kuda berlari, bunyi F1 dan sebagainya..
TAHAP 10: (Main 'Q')
Inilah tahap yang paling advance dan paling mudah. Ada orang sanggup bayar RM500 untuk mengetahui rahsianya. Main 'Q' dan biarkan handphone di atas meja. Tak perlu susah-susah tekan apa-apa button. Tetapi kena ada 'radio' sebiji untuk mengetahui 'masuk' atau 'tak masuk'.
Nak tahu seseorang itu main 'Q' atau tidak, biasanya pemain 'Q' ini lambat sikit nak bercakap atau tidak bercakap langsung mungkin tidak menyedari yang dianya dah 'masuk'.
Handphone yang paling popular untuk tujuan ini ialah model Nokia 6070. Selain daripada itu model Nokia 6111, 6101, 5140, 7360, 6080 pun boleh...
Maka secara tiba-tiba sahaja melonjaklah permintaan dan harga handphone bagi model-model yang disebutkan di atas tidak kira baru atau second hand di pasaran.
Demikianlah beberapa tahap yang dapat aku rumuskan.. Kecanggihan Push-to-Talk beredar mengikut masa. Untuk masa hadapan tak tahulah apa pula 'fesyen' yang akan keluar..
Ingin sekali aku bertanya kepada semua rakan PTT, berapakah wang yang telah anda laburkan hanya untuk bermain PTT selama ini?
Juga sebagai orang tua aku berpesan, jagalah tutur kata apabila berPTT, elakkan maki hamun dan sumpah seranah. Semoga hidup kita lebih diberkati...












