Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

15 February, 2011

Salam Maulidur Rasul 1432H


13 Wasiat Rasulullah S.A.W. Kepada Saiyidina Ali.


Ibnu Abbas ra meriwayatkan bahawa Ali b. Abu Talib berkata:
"Pada hari perkahwinan dengan Fatimah, Rasulullah S.A.W. bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku"

1. Hai Ali , takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi (hammam) tanpa memakai kain separas pinggang. Bahawasanya barangsiapa memasuki tempat mandi tanpa kain separas pinggang, maka dia mendapat laknat. dijari telunjuk dan dijari tengah.

2. Hai Ali, janganlah engkau memakai cincin dijari telunjuk dan dijari tengah . Sesungguhnya itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.

3. Hai Ali sesungguhnya Allah mengkagumi hambanya yang melafazkan istighfar: "Rabighfirli fainahu Iayaghfirul-zunuba illa Anta" (Tuhanku ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan engkau).

Allah lalu berfirman:
"Hai malaikat Ku, sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Ku. Hai malaikat-Ku ,jadilah saksi bahawasanya Aku telah mengampunkan dia"


4. Hai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta). Dan bahawasanya benar itu memutihkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq. Ketahuilah engkau, bahawasanya sidiq (benar) itu berkat dan kazzab (dusta) itu celaka.

5. Hai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-dumba. Bahawasanya orang berbuat demikian itu diwajikan ke atasnya siksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di pintu syurga.

6. Hai Ali, Janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali dalam keadaan dharurah, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau, Sesungguhnya Allah tidak mensucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan namaNya.

7. Hai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya Allah Taala mendatangkan rezeki engkau setiap hari.

8. Hai Ali, Takutilah engkau daripada berbantah bantah dan berkelahi dengan maki-hamun dan sumpah seranah.. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.

9. Hai Ali, senantiasalah engkau bersugi dan mencolek gigi. Bahawasanya bersugi itu mensucikan mulut, mencerahkan mata dan diredhai Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi oleh malaikat kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan di celah gigi tidak dicolek selepas makan.

10. Hai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah. Apabila timbul rasa marah duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah Taala keatas hambaNya. Pertahankanlah diri engkau daripada dikuasai oleh kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.

11. Hai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurnia Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau perolehi peruntukan daripada Allah.

12. Hai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau, maka engkau bencikan juga pada diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada diri saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman. Dengan itu engkau dikasihi seluruh isi langit dan bumi.

13. Hai Ali, perbaikkanlah perhubungan diantara penduduk (jiran) sekampung dan diantara ahli rumahmu. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan, nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau.

14. Hai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan perolehi kemenangan dan kelepasan. Insya Allah.


Sabda Nabi S.A.W: "Manusia paling mulia pada hari kiamat adalah yang paling banyak berselawat untukku" (riwayat al-Tirmizi).

09 September, 2010

Panduan Solat Aidilfitri dan Aidiladha


1. Diriwayatkan dari Abu Said, ia berkata : Adalah Nabi S.A.W. pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha keluar ke mushalla (padang untuk solat), maka pertama yang beliau kerjakan adalah solat, kemudian setelah selesai beliau berdiri menghadap kepada manusia sedang manusia masih duduk tertib pada Saf mereka, lalu beliau memberi nasihat dan wasiat (khutbah) apabila beliau hendak mengutus tentera atau ingin memerintahkan sesuatu yang telah beliau putuskan, beliau perintahkan setelah selesai beliau pergi. (H.R. : Al-Bukhary dan Muslim ).




2. Telah berkata Jaabir R.A.: Saya menyaksikan solat 'ied bersama Nabi S.A.W. Beliau memulai solat sebelum khutbah tanpa azan dan tanpa iqamah, setelah selesai beliau berdiri bertekan atas Bilal, lalu memerintahkan manusia supaya bertaqwa kepada Allah, mendorong mereka untuk taat, menasihati manusia dan memperingatkan mereka, setelah selesai beliau turun mendatangi saf wanita dan selanjutnya beliau memperingatkan mereka. (H.R : Muslim )


3. Diriwayatkan dari Ibnu Umar R.A. ia berkata : Umar mendapati pakaian tebal dari sutera yang dijual, lalu beliau mengambilnya dan membawa kepada Rasulullah S.A.W. lalu berkata :
Ya Rasulullah belilah pakaian ini dan berhiaslah dengannya untuk hari raya dan untuk menerima utusan. Maka beliaupun menjawab : Sesungguhnya pakaian ini adalah bahagian orang-orang yang tidak punya bahagian di akhirat (yakni orang kafir). (H.R Bukhary dan Muslim).


4. Diriwayatkan dari Ummu 'Atiyah R.A. ia berkata : Rasulullah S.A.W. memerintahkan kami keluar pada Aidilfitri dan Aidiladha semua gadis-gadis, wanita-wanita yang haid, wanita-wanita yang tinggal dalam kamarnya. Adapun wanita yang sedang haid mengasingkan diri dari mushalla (tempat solat 'ied), mereka meyaksikan kebaikan dan mendengarkan dakwah kaum muslimin (mendengarkan khutbah). Saya berkata : Yaa Rasulullah bagaimana dengan kami yang tidak mempunyai jilbab? Beliau bersabda: Supaya saudaranya meminjamkan kepadanya dari jilbabnya. (H.R : Jama'ah)


5. Diriwayatkan dari Anas bin Malik R.A. ia berkata : Adalah Nabi S.A.W. tidak berangkat menuju mushalla kecuali beliau memakan beberapa biji kurma, dan beliau memakannya dalam jumlah bilangan ganjil. (H.R. : Al-Bukhary dan Muslim).


6. Diriwayatkan dari Burayaidah R.A. ia berkata : Adalah Nabi S.A.W. keluar untuk solat Aidilfitri sehingga makan terlebih dahulu dan tidak makan pada solat Aidiladha sehingga beliau kembali dari solat 'ied. (H.R : Ibnu Majah, At-Tirmidzi dan Ahmad).


7. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas R.A. ia berkata : Bahwasanya Nabi S.A.W. keluar untuk solat Aidilfitri dua raka'at, tidak solat sunah sebelumnya dan tidak pula sesudahnya. (H.R : Bukhary dan Muslim).


8. Diriwayatkan dari Jaabir R.A. ia berkata : Adalah Nabi S.A.W. apabila keluar untuk solat 'ied ke mushalla, beliau menyelisihkan jalan (yakni waktu berangkat melalui satu jalan dan waktu kembali melalui jalan yang lain). (H.R : Bukhary).


9. Diriwayatkan dari Yazid bin Khumair Arrahbiyyi R.A. ia berkata : Sesungguhnya Abdullah bin Busri seorang sahabat Nabi S.A.W. keluar bersama manusia untuk solat Aidilfitri atau Aidiladha, maka beliau mengingkari keterlambatan imam, lalu berkata : Sesungguhnya kami dahulu (pada zaman Nabi S.A.W. pada jam-jam seperti ini sudah selesai mengerjakan solat 'ied. Pada waktu ia berkata demikian adalah pada solat Dhuha. (H.R. : Abu Daud dan Ibnu Majah).


10. Diriwayatkan dari Abi Umair bin Anas, diriwayatkan dari seorang pamannya dari golongan Anshar, ia berkata: Mereka berkata: Kerana tertutup awan maka tidak terlihat oleh kami hilal Syawal, maka pada pagi harinya kami masih tetap puasa, kemudian datanglah satu kafilah berkendaraan di akhir siang, mereka bersaksi di hadapan Rasulullah S.A.W. bahawa mereka kelmarin melihat hilal. Maka Rasulullah S.A.W. memerintahkan semua manusia (umat Islam) agar berbuka pada hari itu dan keluar menunaikan solat 'ied pada hari esoknya. (H.R. : Lima kecuali At-Tirmidzi).


11. Diriwayatkan dari Azzuhri, ia berkata : Adalah manusia (para sahabat) bertakbir pada hari raya ketika mereka keluar dari rumah-rumah mereka menuju tempat solat 'ied sampai mereka tiba di mushalla (tempat solat 'ied) dan terus bertakbir sampai imam datang, apabila imam telah datang, mereka diam dan apabila imam bertakbir maka merekapun ikut bertakbir. (H.R.: Ibnu Abi Syaibah).


12. Diriwayatkan bahawa Ibnu Mas'ud R.A. bertakbir pada hari-hari tasyriq dengan lafadz sbb: (artinya): Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, tidak ada Illah melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan bagiNya segala puji. (H.R. Ibnu Abi Syaibah dengan sanad shahih).


13. Diriwayatkan dari Amru bin Syu'aib, dari ayahnya, dari neneknya, ia berkata: Sesungguhnya Nabi S.A.W. bertakbir pada solat 'ied dua belas kali takbir dalam raka'at pertama tujuh kali takbir dan pada raka'at yang kedua lima kali takbir dan tidak solat sunnah sebelumnya dan juga sesudahnya. (H.R. : Amad dan Ibnu Majah).


14. Diriwayatkan dari Samuroh, ia berkata: Adalah Nabi S.A.W. dalam solat kedua hari raya beliau membaca: Sabihisma rabbikal A'la dan hal ataka haditsul ghosiah. (H.R. : Ahmad).


15. Diriwayatkan dari Abu Waqid Allaitsi, ia berkata : Umar bin Khaththab telah menanyakan kepadaku tentang apa yang dibaca oleh Nabi S.A.W. waktu solat 'ied. Aku menjawab: beliau membaca surah (qtarabatissa'ah ) dan ( Qaaf walqur'anul majid). (H.R. : Muslim).


16. Diriwayatkan dari Zaid bin Arqom R.A. ia berkata : Nabi S.A.W. Mendirikan solat 'ied, kemudian beliau memberikan ruhkshah/kemudahan dalam menunaikan solat Jumaat, kemudian beliau bersabda : Barang siapa yang mahu solat Jumaat, maka kerjakanlah. (H.R. : Imam yang lima kecuali At-Tirmidzi).


17. Diriwayatkan dari Abu Hurairah R.A. bahwasanya Nabi S.A.W. bersabda pada hari kamu ini, telah berkumpul dua hari raya (hari Jumaat dan hari raya), maka barang siapa yang suka solat Jumaat, maka solatnya diberi pahala sedang kami akan melaksanakan solat Jumaat. (H.R: Abu Daud).


KESIMPULAN:


Hadis-hadis tersebut memberi pelajaran kepada kita tentang adab-adab solat hari raya: Pakaian pada saat mendirikan solat kedua hari raya disunnahkan memakai pakaian yang paling bagus. (Dalil: 3)


Makan

a. Sebelum berangkat solat Aidilfitri disunnahkan makan terlebih dahulu, jika terdapat beberapa butir kurma, jika tidak ada maka makanan apa saja.


b. Sebaliknya pada Aidiladha, disunahkan tidak makan terlebih dahulu sampai selesai solat Aidiladha. (Dalil: 5 dan 6).


Melaungkan Takbir


a. Pada hari raya Aidilfitri, takbir dilaungkan sejak keluar dari rumah menuju ke tempat solat dan sesampainya di tempat solat terus dilanjutkan takbir dilaungkan sampai solat dimulai. (Dalil: 11).


b. Pada hari raya Aidiladha, takbir boleh didengungkan sejak Subuh hari Arafah (9 Dzul Hijjah ) hingga akhir hari tasyriq (13 Dzulhijjah). (Dalil: 12)


Jalan yang dilalui disunnahkan membezakan jalan yang dilalui waktu berangkat solat hari raya dengan jalan yang dilalui di waktu pulang dari solat 'ied (yakni waktu berangkat melalui satu jalan, sedang waktu pulang melalui jalan yang lain). (Dalil: 8 ).


Bila terlambat mengetahui tibanya hari raya Apabila datangnya berita tibanya hari raya sudah tengah hari atau petang hari, maka hari itu diwajibkan berbuka sedang pelaksanaan solat hari raya dilakukan pada hari esoknya. (Dalil : 10).


Yang menghadiri solat 'ied Solat 'ied disunnahkan untuk dihadiri oleh orang dewasa, baik lelaki mahupun wanita, baik wanita yang suci dari haid maupun wanita yang sedang haid dan juga kanak-kanak baik laki-laki maupun wanita. Wanita yang sedang haid tidak ikut solat, tetapi hadir untuk mendengarkan khutbah 'ied. (Dalil: 4).


Tempat solat 'ied Solat 'ied lebih afdhal (utama) diadakan di mushalla iaitu suatu padang yang di sediakan untuk solat 'ied, kecuali ada uzur hujan maka solat diadakan di masjid. Mengadakan solat 'ied di masjid pada hal tidak ada hujan sementara lapangan (padang ) tersedia, maka ini kurang afdhal karena menyelisihi amalan Rasulullah S.A.W. yang selalu mengadakan solat 'ied di mushalla (padang tempat solat), kecuali sekali dua kali beliau mengadakan di masjid kerana hujan. (Dalil: 1 dan 8).


Cara solat 'ied


a. solat 'ied dua rakaat, tanpa azan dan iqamah dan tanpa solat sunnah sebelumnya dan sesudahnya. (Dalil: 1,2 dan 7).


b. Pada rakaat pertama setelah takbiratul ihraam sebelum membaca Al-Fatihah, ditambah 7 kali takbir. Sedang pada raka'at yang kedua sebelum membaca Al-Fatihah dengan takbir lima kali. (Dalil: 13).


c. Setelah membaca Fatihah pada rakaat pertama di sunnahkan membaca surah (sabihisma rabbikal a'la/surat ke 87) atau surat iqtarabatissa'ah/surat ke 54). Dan setelah membaca Al-Fatihah pada raka'at yang kedua disunnahkan membaca surat (Hal Ataka Haditsul Ghaasyiyah/surat ke 88) atau membaca surat (Qaaf walqur'anul majid/surat ke 50).(Dalil : 15).


d. Setelah selesai solat, imam berdiri menghadap makmum dan berkhutbah memberi nasihat-nasihat dan wasiat-wasiat, atau perintah-perintah penting.


e. Khutbah hari raya ini boleh diadakan khusus untuk laki-laki kemudian khusus untuk wanita.


f. Khutbah hari raya ini tidak diselangi duduk. (Dalil: 1 dan 2).


Waktu solat Solat 'ied diadakan setelah matahari naik, tetapi sebelum masuk waktu solat Dhuha. (Dalil: 9).


-------------------------------------------------------------------------------------------------


Cadangan untuk kuih raya hari ini:


Resepi Biskut Buah-buahan


Bahan-bahannya:


2 butir merah telur ayam
3 cawan gula halus
2 cawan mentega
6 cawan tepung kotak

Buah-buahan:
Kismis,
Cerry
Halwa kundur
Buah badam


Cara Membuatnya:


Campur mentega dan gula serta merah telur kemudian digaul rata-rata.

Masukkan tepung sedikit-sedikit sambil digaul. Apabila rata masukkan bahan buah-buahan tadi yang telah dipotong halus-halus.

Canai dan terap dengan acuannya. Bakar selama 30 minit.


Selamat mencuba!


05 September, 2010

Kewajipan Berzakat

Hukum Zakat Fitrah

Zakat fitrah adalah wajib atas setiap muslim dan muslimah. Berdasar hadits berikut, Dari Ibnu Umar r.a. ia berkata, “Rasulullah saw. telah memfardhukan (mewajibkan) zakat fitrah satu sha’ tamar atau satu sha’ gandum atas hamba sahaya, orang merdeka, baik laki-laki maupun perempuan, baik kecil maupun tua dari kalangan kaum Muslimin; dan beliau menyuruh agar dikeluarkan sebelum masyarakat pergi ke tempat shalat ‘Idul Fitri.” (Muttafaqun ‘alaih : Fathul Bari III :367 no:1503, Muslim II: 277 no:279/984 dan 986, Tirmidzi II : 92 dan 93 no: 670 dan 672, ‘Aunul Ma’bud V:4-5 no: 1595 dan 1596, Nasa’i V:45, Ibnu Majah I: 584 no:1826 dan dalam Sunan Ibnu Majah ini tidak terdapat “WA AMARA BIHA…”).




Hikmah Zakat Fitrah

Dari Ibnu Abbas r.a. berkata, “Rasulullah saw. telah mewajibkan zakat fitrah sebagai pembersih bagi orang yang berpuasa dari perbuatan yang sia-sia dan yang kotor, dan sebagai makanan bagi orang-orang miskin. Barangsiapa yang mengeluarkannya sebelum (selesai) shalat ‘id, maka itu adalah zakat yang diterima (oleh Allah); dan siapa saja yang mengeluarkannya sesuai shalat ‘id, maka itu adalah shadaqah biasa, (bukan zakat fitrah).” (Hasan : Shahihul Ibnu Majah no: 1480, Ibnu Majah I: 585 no: 1827 dan ‘Aunul Ma’bud V: 3 no:1594).


Siapakah Yang Wajib Mengeluarkan Zakat Fitrah

Yang wajib mengeluarkan zakat fitrah ialah orang muslim yang merdeka yang sudah memiliki makanan pokok melebihi kebutuhan dirinya sendiri dan keluarganya untuk sehari semalam. Di samping itu, ia juga wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk orang-orang yang menjadi tanggungannya, seperti isterinya, anak-anaknya, pembantunya, (dan budaknya), bila mereka itu muslim.

Dari Ibnu Umar r.a. ia berkata, “Rasulullah saw. pernah memerintah (kita) agar mengeluarkan zakat untuk anak kecil dan orang dewasa, untuk orang merdeka dan hamba sahaya dari kalangan orang-orang yang kamu tanggung kebutuhan pokoknya.” (Shahih : Irwa-ul Ghalil no: 835, Daruquthni II:141 no: 12 dan Baihaqi IV: 161).


Besarnya Zakat Fitrah

Setiap individu wajib mengeluarkan zakat fitrah sebesar setengah sha’ gandum, atau satu sha’ kurma, atau satu sha’ kismis, atau satu sha’ gandum (jenis lain) atau satu sha’ susu kering, atau yang semisal dengan itu yang termasuk makanan pokok, misalnya beras, jagung dan semisalnya yang termasuk makanan pokok.

Adapun bolehnya mengeluarkan zakat fitrah dengan setengah sha’ gandum, didasarkan pada hadits dari ‘Urwah bin Zubair r.a., (ia bertutur), “Bahwa Asma’ binti Abu Bakar r.a. biasa mengeluarkan (zakat fitrah) pada masa Rasulullah saw., untuk keluarganya yaitu orang yang merdeka di antara mereka dan hamba sahaya – dua mud gandum, atau satu sha’ kurma kering dengan menggunakan mud atau sha’ yang biasa mereka mengukur dengannya makanan pokok mereka.” (ath-Thahawai II:43 dan lafadz ini baginya).

Adapun bolehnya mengeluarkan zakat fitrah satu sha’ selain gandum yang dimaksud di atas, mengacu kepada hadits dari Abu Sa’id al-Khudri r.a. ia berkata, “Kami biasa mengeluarkan zakat fitrah satu sha’ makanan, atau satu sha’ gandum (jenis lain), atau satu sha’ kurma kering, atau satu sha’ susu kering, atau satu sha’ kismis." (Muttafaqun ‘alaih : Fathul Bari III:371 no: 1506, Muslim II:678 no:985, Tirmizi II: 91 no :668, ‘Aunul Ma’bud V:13 no:1601, Nasa’i V:51 dan Ibnu Majah I:585 no:1829).

Dalam Syarah Muslim VII:60 Imam Nawawi menegaskan, “Menurut mayoritas fuqaha tidak boleh mengeluarkan zakat fitrah dengan harganya (bukan berupa makanan pokok).”

Menurut hemat penulis sendiri, pendapat Imam Abu Hanifah r.a. yang membolehkan mengeluarkan zakat dengan harganya tertolak, karena ayat Qur’an mengatakan yang artinya, “Dan Rabbmu tidak pernah lupa.” (Maryam : 64).

Andaikata mengeluarkan zakat fitrah dengan harganya atau uang dibolehkan dan dianggap mewakili, sudah barang tentu Allah Ta’ala dan Rasul-Nya menjelaskannya. Oleh karena itu, kita wajib mencukupkan diri dengan zhahir nash-nash syar’I, tanpa memalingkan (maknanya) dan tanpa pula memaksakan diri untuk mentakwilkan.


Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah

Dari Ibnu Umar r.a. ia berkata, “Rasulullah saw. pernah memerintah (kami) agar zakat fitrah dikeluarkan sebelum orang-orang berangkat ke tempat shalat “Idul Fitri”. (Takhrij haditsnya lihat pembahasan Hukum Zakat Fitrah, beberapa halaman sebelumnya).

Bagi yang punya, boleh mengeluarkan zakat fitrah satu atau dua hari sebelum ‘Idul Fitri. Sebab ada riwayat dari Nafi’, berkata, “Adalah Ibnu Umar r.a. menyerahkan zakat fitrah kepada orang-orang yang berhak menerimanya; dan kaum Muslim yang wajib mengeluarkan zakat mengeluarkannya sehari atau dua hari sebelum ‘Idul Fitri.” (Shahih : Fathul Bari III:375 no:1511).

Haram menunda pengeluaran zakat fitrah hingga di luar waktunya, tanpa adanya udzur syar’i. Dari Ibnu Abbas r.a. berkata, “Rasulullah saw. telah memfardhukan zakat fitrah (atas kaum Muslimin) sebagai pembersih bagi orang yang berpuasa dari perbuatan sia-sia dan kotor, dan sebagai makanan bagi orang-orang miskin. Maka barangsiapa yang mengeluarkannya seusai shalat ‘Idul Fitri’, maka dari itu termasuk shadaqah biasa.” (Nash hadits ini sudah termaktub dalam pembahasan Hikmah Zakat Fitrah).


Yang Berhak Menerima Zakat Fitrah

Zakat Fitrah hanya dialokasikan kepada orang-orang miskin saja. Ini didasarkan pada Sabda Nabi saw. yang diriwayatkan melalui Ibnu Abbas r.a., “Sebagai makanan bagi orang-orang miskin.” (Teks Arabnya termuat dalam pembahasan Hikmah Zakat Fitrah).


Oleh: Abdul Azhim bin Badawi al-Khalafi.



-Sumber: Berita Harian 12.08.2009

-------------------------------------------------------------------------------------------------


Cadangan untuk kuih raya hari ini:


Resepi Kek Kukus Buah-buahan


Bahan-bahannya:


1 kotak mixed fruits
6 biji telur
1 tin mentega (12 oz)
1 packet gula halus (caster sugar)
3 camca teh carbonate soda
1 camca teh cream og tartar
1 kati tepung gandum
3 sudu teh gula hangus (1/2 gelas air dan 3 sudu gula)
2 camca esen vanilla


Cara Membuatnya:


Mentega dipukul bersama gula hingga kembang. Kemudian dimasukkan telur sebiji demi sebiji.

Masukkan buah-buahan yang telah digaulkan bersama 2 sudu tepung gandum, bicarbonate soda, cream of tartar dan gula hangus. Masukkan juga tepung gandum dan kacau rata-rata.

Selepas itu masukkan adunan tadi ke dalam acuan. Tutupkan dengan sehelai kain yang bersih dan diikat. Kemudian kukuslah selama 4 jam.

Perlu diingat jangan sekali-kali dibuka hingga masak.


Selamat mencuba!


04 September, 2010

Malam Lailatul Qadar


Lailatul Qadar tanda manusia dikasihi Allah. Salah satu keagungan, keistimewaan dan kemuliaan Ramadan ialah satu malam penuh berkat yang lebih baik daripada seribu bulan. Malam yang hanya muncul pada 10 hari terakhir Ramadan itu lebih dikenali sebagai Lailatul Qadar. Rasulullah S.A.W. sendiri memohon kepada Allah agar malam bersejarah yang penuh hikmah itu menemuinya.


Dalam hal ini, Rasulullah S.A.W. pernah bersabda bermaksud: "Sesungguhnya bulan ini (Ramadan) datang kepada kamu, dalamnya ada malam di mana amalan ibadat yang dilakukan pada malam itu lebih baik dan lebih besar ganjarannya daripada amalan selama seribu bulan. Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu, kecuali orang yang diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah". - (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Dalam satu hadis lain, Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya:
"Sesiapa yang beribadah pada Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan pengharapan kepada keredaan Ilahi, nescaya dia akan diampuni segala dosanya yang lampau". - (Hadis riwayat Muslim )

Keistimewaan Lailatul Qadar diserikan lagi penurunan wahyu al-Quran untuk pertama kalinya kepada Rasulullah sewaktu baginda berada di Gua Hira. Selepas itu al-Quran mula diturunkan secara berperingkat-peringkat dan beransur-ansur selama lebih kurang 23 tahun iaitu 13 tahun di Makkah dan 10 tahun lagi di Madinah al-Munawwarah. Peristiwa bersejarah penurunan al-Quran diabadikan Allah dalam helaian al-Quran.

Antaranya firman Allah bermaksud:
"Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) ini pada Lailatul Qadar. Dan apa jalannya kamu dapat mengetahui apa dia kebesaran Lailatul Qadar". Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikut). Sejahteralah malam (yang berkat itu) hingga terbit fajar". - (Surah al-Qadr, ayat 1-5).

Jelas daripada mafhum ayat suci di atas bahawa Lailatul Qadar akan muncul pada setiap Ramadan sebagai anugerah Ilahi dan rahmat Allah yang hanya dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad. Malam yang penuh bersejarah itu dinilai sebagai malam yang lebih baik dan lebih banyak ganjarannya daripada seribu bulan. Ulama bersepakat bahawa Lailatul Qadar berlaku pada Ramadan. Begitu juga mereka bersepakat malam itu berlaku pada 10 malam terakhir Ramadan.

Namun mereka berselisih pendapat mengenai malam ke berapa daripada 10 malam terakhir itu. Pendapat yang masyhur menyatakan bahawa Lailatul Qadar berlaku pada malam ke-27 Ramadan. Sehubungan itu, Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya:
"Barang siapa yang ingin mendapatkan Lailatul Qadar, dia hendaklah mencari pada malam ke-27." - (Hadis riwayat Ahmad)

Ada juga riwayat lain yang mengatakan malam mulia itu berlaku pada malam-malam ganjil 10 hari terakhir. Walau apapun harinya, yang pentingnya pada malam itu Allah menurunkan rahmat, limpahan kurnia dan keampunan-Nya kepada hamba-Nya yang melaksanakan ibadat puasa dengan penuh keimanan.

Kelebihan Lailatul Qadar tentu tidak akan dianugerahkan kepada sebarangan orang dan tidak pula diberikan kepada orang yang ibadahnya hanya pada malam tertentu saja dalam Ramadan.

Akan tetapi fadilat malam mulia itu akan menyinari orang yang benar-benar ikhlas, khusyuk dan istiqamah dalam mempertahankan nilai keIslaman dalam setiap tutur kata, perilaku, akhlak, ibadat dan kegiatan sehariannya.

Hadirnya malam penuh berkat itu akan dinantikan dan disambut dengan penuh keyakinan dan keimanannya, sekali gus melayakkan dirinya termasuk dalam kelompok orang yang dilimpahi kenikmatan syurga dan kebahagiaan abadi.

Menurut sejarah Islam, Lailatul Qadar pertama kali menemui Rasulullah S.A.W. ketika baginda sedang khusyuk menyendiri di Gua Hira, bermuhasabah dan merenung diri sendiri dan masyarakat sekeliling. Tidak berapa lama kemudiannya, datang al-Ruh al-Amin iaitu malaikat Jibril membawa bersama wahyu Ilahi untuk membimbing baginda sehingga berlakulah perubahan secara menyeluruh dalam setiap detik dan perjalanan hidupnya.

Ia juga membawa perubahan kepada detik dan perjalanan hidup umat manusia sejagat. Selanjutnya, Lailatul Qadar adalah satu kurniaan Ilahi yang dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah S.A.W. dan umatnya sebagai tanda kasih sayang-Nya dan rahmat-Nya yang menyeluruh.

Justeru, amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan yang dilakukan selama seribu bulan. Lebih-lebih lagi, apabila dibanding dengan umur nabi dan umat terdahulu. Usia baginda dan umatnya adalah pendek.

Contohnya, Nabi Nuh dikurniakan Allah umur selama 950 tahun. Maka, Lailatul Qadar adalah kurniaan sangat besar nilainya bagi umat Nabi Muhammad SAW. Ini kerana lamanya waktu seribu bulan apabila dihitung dalam kiraan tahun ialah selama 80 tahun lebih. Tambahan pula, angka itu jauh lebih banyak berbanding dengan umur umat Nabi Muhammad S.A.W. yang rata-ratanya dalam sekitar 60 tahun saja.

Kerana keutamaan inilah, Rasulullah S.A.W. amat menganjurkan umatnya agar mencari dan seterusnya mendapatkan Lailatul Qadar yang penuh keberkatan. Dalam hal ini, memadailah Rasulullah S.A.W. sebagai model yang menampilkan teladan terpuji untuk diikuti oleh umat Islam seluruhnya dalam menghidupkan malam-malam terakhir Ramadan. Ini dilakukan dengan melaksanakan iktikaf dan membangunkan keluarganya agar lebih meningkatkan amalan ibadat pada malam hari.

Rasulullah S.A.W. juga tidak mendekati isteri-isterinya dengan tujuan memperbanyakkan amal ibadat dalam masjid seperti solat Tahajud, solat Witir, solat Tarawih, berzikir kepada Allah serta membaca dan tadarus al-Quran.

Baginda juga sentiasa memanjatkan doa ke hadrat Ilahi. Antara doa yang sering baginda baca ialah doa bermaksud:
"Wahai Tuhan kami! Anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat serta peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka yang pedih".

Doa yang dilafazkan itu bukan sekadar satu permohonan untuk memperoleh kebajikan dunia dan kebajikan akhirat saja, malah untuk memantapkan lagi langkah dan kesungguhan agar dapat meraih kebajikan yang dijanjikan Allah. Ini kerana doa itu sendiri membawa maksud satu permohonan yang penuh tulus dan pengharapan, di samping disusuli dengan usaha melipatgandakan amal ibadat yang mendekatkan diri kepada Allah.

Selain itu, setiap Muslim dianjurkan agar bertaubat dan memohon ampun kepada Allah daripada sebarang kesalahan dan dosa. Tambahan pula, setiap manusia pada dasarnya tidak akan terlepas daripada kealpaan dan seterusnya melakukan kesalahan yang dilarang Allah.


Oleh: Engku Ahmad Zaki Engku Alwi (www.bharian.com.my)


-------------------------------------------------------------------------------------------------


Cadangan untuk kuih raya hari ini:


Resepi Biskut 'Aloka'


Bahan-bahannya:


1 gelas tepung jagung
1 gelas tepung gandum
2 gelas tepung ubi goreng
1 gelas gula halus
1 gelas mentega
2 biji telur ayam (ambil putihnya sahaja)


Cara Membuatnya:


Tepung, gula dan mentega digaul sehingga sebati. Pukul putih telur hingga kembang, masukkan ke dalam adunan. Kemudian dibahagi dua bahagian.

Sebahagian dibubuh koko (gaul). Canai warna koko dan warna putih dibuat bulat, letak ditengah dan gulung. Masukkan ke dalam acuan dan semperitkan dan potong dengan benang.

Atur dalam tempat pembakar dan bakar.


Selamat mencuba!


27 August, 2010

Nuzul al-Quran dan Lailatul Qadar


Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi S.A.W. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad S.A.W. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi S.A.W. maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.


Nuzul Al-Quran


‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya.
Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.

Firman Allah:

"Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan)".
(Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi S.A.W. ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W. melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."
(al-‘alaq:1-5)



Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran


Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah S.A.W. di antaranya firman Allah SWT Maksudnya:

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut): Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!"
(al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah S.A.W. telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah S.A.W. menyatakan bahawa Allah S.W.T. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah S.A.W. dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda "bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan."


Panduan


Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:

1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran

2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.

3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.


Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.

Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah 'iqra' iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah S.W.T. mengiringi dengan ayat yang bermaksud: Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: 'ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa'.

Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad S.A.W. sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.

Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah S.A.W. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah S.A.W. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya.
Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan.

Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah S.W.T. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.


Kesimpulan


Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi.

Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan.

Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).


Oleh Dr. Samsu Adabi Mamat
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia


-------------------------------------------------------------------------------------------------


Cadangan untuk juadah berbuka hari ini:


Resepi Roti Kukus


Bahan-bahannya:


1 buku roti
2 gelas gula pasir
1 butir kelapa parut
2 gelas tepung gandum


Cara Membuatnya:


Dari satu biji kelapa dapatkan enam gelas santan yang agak pekat. Rendam roti dalam santan tadi dan dihancur-hancurkan. Campurkan tepung dan gula.

Gaulkan kesemua bancuhan tadi hingga ianya sebati. Bila telah selesai masukkan bancuhan kuih tadi ke dalam acuan yang telah disapukan marjerin dan kukuslah hingga ia masak.

Adunan ini boleh juga dibakar.


Selamat mencuba!


11 August, 2010

Ibadah Puasa



Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad RA katanya: Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya di dalam Syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk bersama mereka seorangpun selain mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya."




Pendahuluan:

Perkataan puasa (assaum) dalam bahasa Arabnya bermaksud menahan diri. Dan mengikut pengertian syarak yang ditakrifkan oleh ahli-ahli fekah bermaksud antaranya "Menahan diri dari makan minum dan dari segala perkara yang boleh membatalkannya bermula dari terbit fajar hinggalah jatuh matahari."


Puasa diwajibkan ke atas setiap individu muslim yang mukallaf tanpa pengecualian dan puasa juga termasuk salah satu daripada rukun Islam yang lima. Di dalam al-Quran dan al-Hadis di dapati banyak keterangan-keterangan yang menunjukkan wajibnya berpuasa dan ianya telahpun diamalkan oleh umat manusia sejak zaman berzaman lagi iaitu di masa Rasul-rasul yang terdahulu.


Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

"Wahai mereka-mereka yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas mereka yang sebelum daripada kamu. Mudah-mudahan kamu bertaqwa."
(Surah al-Baqarah ayat 183)


Sabda Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud:

"Dibangunkan agama Islam itu di atas lima perkara: Bersaksi tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, bersaksi bahawa Muhammad itu pesuruhNya, mengerjakan sembahyang, mengeluarkan zakat, menunaikan kerja Haji dan puasa bulan Ramadhan."
(Sahih Bukhari dan Muslim)



Sejarah:

Puasa bukanlah merupakan perkara ataupun amalan baru di dalam kehidupan manusia.malahan puasa telah diamalkan oleh umat manusia sebelum diutuskan Nabi Muhammad S.A.W. ke dunia ini. Rasul-rasul terdahulu dan pengikut-pengikutnya terutama pengikut-pengikut agama Samawi yang terkenal seperti Yahudi dan Nasrani, mereka telah berpuasa. Pun begitu, perlu ditegaskan puasa yang diamalkan oleh mereka itu berbeza di antara satu sama lain.


1. Umat Yahudi mengikut riwayat kitab suci agamanya, puasa memang dituntut ke atas mereka supaya mengerjakannya. Cara mereka berpuasa pada peringkat pertama mereka diwajibkan menahan diri daripada makan minum dalam tempoh sehari semalam. Namun begitu sebagai kelonggaran, mereka dibenarkan makan dan minum tidak lebih dari sekali dalam jangka waktu tersebut. kemudian cara itu diubah sedikit demi sedikit dari berpuasa sehari semalam dijadikan puasa dari tengah malam sampai tengahari. Begitulah perubahannya terus berlaku...


2. Umat Nasrani di zaman purba juga mengerjakan puasa. Mereka berpuasa sebanyak empat puluh hari dalam setahun mengikut Nabi Isa, tempoh mereka berpuasa ialah sehari semalam. Tetapi akhirnya diubah oleh padri-padri mereka dengan bermacam-macam cara seperti setengah daripada berpuasa dengan tidak memakan daging, ada yang berpuasa dengan tidak memakan ikan, telur dan sebagainya. Selain daripada itu ahli-ahli sejarah juga mengatakan ada terdapat umat Kristian yang berpuasa mengikut musim yang tertentu (satu masa).


3. Bangsa Arab sendiri di zaman Jahilliah di mana pada masa itu mereka menjadi penyembah patung-patung yang tidak bernyawa tetapi mereka juga telah menetapkan hari-hari yang tertentu untuk mereka berpuasa.


Begitulah juga dengan bangsa-bangsa lain yang terbesar di dunia ini seperti bangsa Tionghua dan India yang mana kedua-duanya terkenal sebagai bangsa yang tertua di dunia. Mereka telah mengerjakan amalan berpuasa sebagai satu ibadat untuk berdamping diri dengan Tuhan mereka.



Puasa Dipandang Dari Berbagai Aspek:

1. Politik

Ditinjau dari segi politik, puasa melambangkan satu kesatuan yang besar dari seluruh bangsa yang mendukung agama Islam sebagai agamanya. Dengan ketibaan bulan Ramadhan, umat Islam di seluruh dunia serentak bergerak mengerjakan puasa dalam satu masa yang tertentu (bulan Ramadhan).


Kesatuan yang sebegitu besar dan suci itu sudah tentu tidak mudah diganggu oleh orang lain kerana kesatuan itu lahirnya dari hati nurani yang bersih dan tulus ikhlas semata-mata untuk mengabdikan diri demi menjunjung perintah Tuhan Yang Maha Esa.


2. Demokrasi dan Sosial

Ditinjau dari segi demokrasi dan sosial, puasa merupakan satu latihan yang tidak ternilai ertinya kerana dengan berpuasa secara tidak langsung sedikit sebanyak dapat membuang perasaan berpuak-puak di dalam hidup yang timbul dari perasaan sombong dan ego seperti yang kaya dengan yang miskin, yang kuat dengan yang lemah dan begitulah seterusnya. Dengan diwajibkan berpuasa, semua manusia tanpa kecuali siapakah dia dan apakah pangkatnya, semuanya terpaksa menempuh ujian yang sama iaitu berpuasa.


Kesan sosial dari berpuasa, orang-orang yang mewah dalam kehidupannya dapat merasa dan membayangkan betapa pedih dan azabnya orang-orang yang kurang bernasib baik dalam hidupnya untuk bersama-sama masyarakat bagi mendapat sesuap pagi dan sesuap petang dalam keadaan dunia yang penuh mencabar. Dengan berpuasa timbullah keinsafan dan perasaan timbangrasa, tolong-menolong dan kasih sayang kepada orang-orang yang kesempitan di dalam hidupnya.


3. Dari Sudut Rohani.

Ditinjau dari segi rohani tidak syak lagi puasa itu besar sekali faedahnya. Antara lain ianya dapat memberi ketenangan jiwa kerana puasa yang sebenarnya bermaksud bukan setakat menahan nafsu dari makan minum dan sebagainya malahan untuk membuktikan sejauh manakah taatnya kepada perintah Tuhan. Lantaran itu, orang yang berpuasa jiwanya selalu taat kepada Allah S.W.T. dan dengan kepatuhan menjunjung titah perintahNya jiwa orang-orang yang berpuasa akan mendapat ketenangan dan ketenteraman.


4. Dari Sudut kesihatan.

Ditinjau dari segi kesihatan puasa juga amat berfaedah kepada manusia. Ada kalanya manusia dimestikan berpuasa. Mengikut penyelidikan ahli-ahli perubatan, telah menunjukkan bahawa sebahagian daripada penyakit yang menyerang manusia itu ada pada manusia itu sendiri yang didapati di dalam perutnya. Justeru itu, perut perlu dibersihkan dan direhatkan dengan berpuasa. Di samping itu, doktor perubatan juga berpendapat ada juga penyakit yang menyerang tubuh badan manusia harus diubati dengan berpuasa mengikut jangka waktu yang tertentu.



Bilakah Bermula Puasa Tiap Tahun?

Puasa pada tiap-tiap tahun bagi orang Islam dikira bermula pada satu haribulan Ramadhan. Perkara ini dijelaskan sendiri oleh al-Quran, Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

"Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran menjadi petunjuk bagi manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk, perbezaan di antara yang benar dengan yang salah. Oleh sesiapa di antara kamu yang menyaksikan anak bulan (Ramadhan) maka hendaklah ia berpuasa."
(Surah al-Baqarah ayat 185)


Sabda Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud:
"Dari Ibni Umar r.a. aku dengar daripada Rasulullah S.A.W. ada berkata, Apabila kamu kelihatan anak bulan (Ramadhan) maka hendaklah kamu berpuasa dan jika kamu kelihatan anak bulan (Syawal) maka hendaklah kamu berbuka (berhari raya) jika tidak kelihatan kerana dilindungi awan hitam hendaklah kamu takdirkan (kirakan)."
(Sahih Bukhari dan Muslim)



Syarat-syarat Wajib Berpuasa:

Tidak semua orang diwajibkan supaya berpuasa kecuali telah sempurna syarat-syaratnya. Syarat-syarat itu sebagi berikut:

1. Hendaklah ia beragama Islam.
2. Berakal.
3. Sampai umur (baligh).
4. Berkuasa mengerjakannya.



Bahagian-bahagian Puasa:

Puasa terbahagi kepada dua bahagian:

1. Puasa Wajib.
Iaitu puasa sebulan di dalam bulan Ramadhan.

2. Puasa Sunat.
Puasa yang sunat ada banyak di antaranya ialah:

1. Puasa enam hari pada bulan Syawal selepas hari raya.
2. Puasa hari Asyura iaitu pada hari kesepuluh bulan Muharram.
3. Puasa hari kesembilan dalam bulan Zulhijjah bagi orang yang tidak mengerjakan haji.
4. Puasa pada bulan Rejab dan Sya'aban.
5. Puasa hari Isnin dan Khamis dalam seminggu.



Perkara-perkara Sunat Dilakukan Oleh Orang Yang Berpuasa:

1. Menyegerakan berbuka puasa.

Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad RA katanya: Rasulullah SAW telah bersabda:
"Seseorang itu sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka selalu menyegerakan berbuka puasa."

2. Berbuka dengan buah tamar (kurma) atau dengan makanan yang manis.
3. Membaca doa berbuka sekurang-kurangnya "Ya Allah, bagi Engkaulah jua puasaku dan dengan rezeki Engkaulau aku berbuka."
4. Makan sahur dan melambatkan waktunya.

Diriwayatkan daripada Anas RA katanya: Rasulullah SAW bersabda:
"Hendaklah kamu bersahur kerana di dalam bersahur itu ada keberkatannya."

5. Membanyakkan membaca al-Quran.
6. Membanyakkan memberi sedekah kepada fakir miskin.
7. Mengerjakan solat Tarawih.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Saya telah mendengar sabda Rasulullah SAW mengenai Ramadan: "Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu."



Perkara Yang Sayugia Dijauhi Oleh Orang Yang Berpuasa:

Sebagai seorang muslim dimestikan menjauhi diri dengan seberapa mungkin dari melakukan sifat-sifat keji seperti suka berbohong, tidak amanah, sombong, suka mencaci orang dan sebagainya lebih-lebih lagi di dalam bulan puasa yang mulia. Mudah-mudahan puasanya itu tidak menjadi hampa dan kosong sebaliknya mendapat ganjaran yang baik daripada Allah S.W.T.


Sabda Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud:
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah bercakap tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh seseorang, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku berpuasa, sesungguhnya hari ini aku berpuasa."


Sabda Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud:
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan perbuatan tidak baik, Allah tidak inginkan tindakannya menahan diri dari makan dan minum (yakni Allah tidak menerima puasanya)."


Sabda Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud:
"Berapa banyak orang yang berpuasa, tapi tidak mendapat balasannya melainkan lapar dan dahaga."



Perkara-perkara Yang Membatalkan Puasa:

1. Makan dan minum dengan sengaja.
2. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga (lubang anggota) dengan sengaja.
3. Muntah dengan sengaja.
4. Melakukan persetubuhan di siang hari.
5. Mengeluarkan mani dengan sengaja.
6. Menjadi gila.



Hari-hari yang Tidak Boleh Berpuasa:

Tidak semua hari yang terkandung di dalam setahun itu boleh dilakukan puasa. malahan ada hari-hari yang tertentu yang diharamkan berpuasa. hari-hari itu ialah:

1. Hari raya Puasa.
2. Hari Raya Haji.
3. Hari Tasyrik iaitu hari yang ke sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah.



Pembahagian Puasa Mengikut Tingkatan (Darjat):

Sesetengah ulama membahagikan puasa itu mengikut tingkatan yang dilakukan oleh manusia kepada beberapa peringkat. Imam al-Ghazali sendiri membahagikan puasa itu kepada tiga bahagian. Bahagian-bahagian itu ialah:

1. Puasa Umum.
2. Puasa Istimewa.
3. Puasa Paling Istimewa.


Puasa Umum:
Ialah dengan menghindarkan perut dari makan, minum dan menahan anggota sex dari memuaskan nafsu.

Puasa Istimewa:
Ialah puasa yang dapat menghindarkan dan mengawasi pancaindera iaitu mata, telinga, lidah, tangan dan kaki dari melakukan sebarang dosa.

Puasa Paling Istimewa:
Iaitu puasa yang ditambah lagi dengan puasa hati dari semua keinginan yang rendah dan fikiran-fikiran keduniaan. Puasa yang semacam ini puasa yang paling tinggi darjatnya dan dikehendaki oleh Allah S.W.T.



Beberapa Kelebihan Bulan Puasa:

Bulan puasa ialah satu bulan ibadat yang ada padanya beberapa kelebihan dan keistimewaan. Antara kelebihan-kelebihan dan keistimewaan itu telah diterang dan dibuat perbandingan oleh Rasulullah S.A.W.


Sabda Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud:
"Tiap-tiap sesuatu itu ada pintunya. Dan pintu bagi ibadat ialah puasa."


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda:
"Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu."


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda:
"Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu."



Peristiwa-peristiwa Penting Yang Berlaku Di Dalam Bulan Puasa:

Telah banyak berlaku peristiwa-peristiwa yang besar dan penting pada bulan puasa yang seharusnya dijadikan panduan oleh setiap muslim. Di antara peristiwa-peristiwa besar itu:

1. Diturunkan al-Quran untuk menjadi petunjuk kepada manusia sepanjang zaman. Di dalamnya melengakapi hukum-hakam yang menjamin kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Segala isi yang terkandung di dalamnya sesuai untuk diamalkan setiap masa dan tempat, tidak akan berubah dan tidak akan boleh diubah sehingga hari kiamat.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
"Sesungguhnya kamilah yang menurunkan al-Quran dan kamilah yang memelihara dan menjaganya."
(Surah al-Hijr ayat 9)


2. Berlaku Malam Lailatul Qadar iaitu satu malam yang sangat beruntung bagi orang yang ingin berbuat ibadat kepada Tuhannya.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
"Sesungguhnya kami telah menurunkan al-Quran itu pada malam kemuliaan, dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu, malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan, pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar."
(Surah al-Qadar ayat 1, 2, 3 dan 4)


Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda:
"Carilah Lailatulqadar pada sepuluh hari yang terakir di bulan Ramadan."


3. Berlakunya Peperangan Badar iaitu satu peperangan yang besar dan penting di dalam sejarah Islam dan merupakan peperangan pertama dalam Islam.



Peranan Puasa Membentuk Peribadi Muslim:

Puasa dapat menimbulkan beberapa sifat yang terpuji di dalam jiwa seseorang muslim. Menimbulkan perasaan jihad yang bersedia dengan jiwa raga untuk menghadapi sebarang kemungkinan sama ada berbentuk kebendaan ataupun kerohanian.


Di samping itu menimbulkan semangat berani, amanah, insaf dan lain-lainnya. Berani menghadapi lapar dan dahaga beserta sanggup pula menahan diri daripada segala bentuk yang disukai oleh nafsunya yang mana ditegaskan sendiri oleh Rasulullah S.A.W. memerangi nafsu itu lebih besar daripada menghadapi peperangan bersenjata.


Sabda Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud:
"Sekarang kita telah kembali daripada peperangan dan akan menghadapi satu peperangan lagi yang lebih besar iaitu peperangan malawan nafsu."


Juga orang yang berpuasa itu dengan sendirinya telah mengajar dirinya amanah dan memikul segala ujian dan perintah Allah S.A.W. yang boleh membawa keinsafan bahawa tiada seorangpun yang lebih darjatnya di sisi Tuhan kecuali orang itu banyak amalan dan taqwanya.


Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)".
(Surah al-Hujuraat ayat 13)



11 June, 2010

Tanda-tanda Cinta Kepada Allah



TANDA-TANDA CINTA KEPADA ALLAH


Ramai orang berkata ia cinta kepada Allah Taala. Kata-katanya itu hendaklah diuji sama ada tulen atau hanya palsu.


Ujian Pertama:

Dia hendaklah tidak benci kepada mati kerana tidak ada orang yang enggan bertemu dengan sahabatnya.

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Siapa yang ingin melihat Allah, Allah ingin melihat dia."

Memang benar ada juga orang yang ikhlas cintanya kepada Allah berasa gentar apabila mengingat kedatangan mati sebelum ia siap membuat persediaan untuk pulang ke Akhirat, tetapi jika betul-betul ikhlas dia akan bertambah rajin berusaha lagi untuk membuat persediaan itu.


Ujian Kedua:

Dia mestilah bersedia mengorbankan kehendaknya untuk menurut kehendak Allah dan sedaya upaya menghampirkan diri kepada Allah dan benci kepada apa sahaja yang menjauhkan dirinya dengan Allah. Dosa yang dilakukan oleh seseorang itu bukanlah bukti ia tidak cinta kepada Allah langsung tetapi itu membuktikan yang ia tidak menyintai Allah sepenuh jiwa raganya.

Fudhoil bin Iyadh seorang Wali Allah berkata kepada seorang lelaki:
"Jika sesiapa bertanya kepada mu sama ada kamu cinta kepada Allah, hendaklah kamu diam kerana jika kamu kata:"Saya tidak cinta kepadaNya", maka kamu kafir dan jika kamu berkata,"Saya cinta", maka perbuatan kamu berlawanan dengan katamu."


Ujian Ketiga:

Ingat kepada Allah itu mestilah sentiasa ada dalam hati manusia itu tanpa ditekan atau diusahakan benar, kerana apa yang kita cinta itu mestilah sentiasa kita ingat. Sekiranya cinta itu sempurna, ia tidak akan lupa yang dicintainya itu. Ada juga kemungkinan bahawa sementara cinta kepada Allah itu tidak mengambil tempat yang utama dalam hati seseorang itu, maka cinta kepada menyintai Allah itu mungkin mengambil tempat jua, kerana cinta itu satu perkara dan cinta kepada cinta itu adalah seperkara lain pula.


Ujian Keempat:

Kemudian menunjukkan adanya cinta kepada Allah ialah bahawa seseorang itu cinta kepada Al-Quran, iaitu Kalam Allah, dan cinta kepada Muhammad iaitu Rasul Allah. Jika cintanya benar-benar kuat, ia akan cinta kepada semua orang kerana semua manusia itu adalah hamba Allah. Bahkan cintanya meliputi semua makhluk, kerana orang yang kasih atau cinta kepada seseorang itu tentulah kasih pula kepada kerja-kerja yang dibuat oleh Kekasihnya itu dan cintanya juga kepada tulisan atau karangannya.


Ujian Kelima:

Dia suka duduk bersendirian untuk maksud beribadat dan ia suka malam itu lekas datang agar dapat berbicara dengan rakan atau sahabatnya tanpa ada yang mengganggu. Jika ia suka berbual-bual di siang hari dan tidur di malam hari maka itu menunjukkan cintanya tidak sempurna.

Allah s.w.t. berfirman kepada Nabi Daud:
"Janganlah terlampau karib dengan manusia, kerana ada dua jenis manusia tersingkir dari MajlisKu: iaitu mereka yang bertungkus mencari ganjaran dan menjadi pemalas apabila mereka mendapat ganjaran itu; dan mereka yang mementingkan diri mereka sendiri lalu melampaui Aku. Tanda tidak redanya aku ialah aku biarkan mereka begitu sahaja."

Pada hakikatnya, jika cinta kepada Allah itu benar-benar mengambil tempat seluruhnya didalam hati seseorang itu, maka cintanya kepada yang lain itu tidak akan dapat mengambil tempat langsung ke dalam hati itu.

Seorang dari Bani Israel telah menjadi kebiasaan sembahyang di malam hari. Tetapi apabila melihat burung bernyanyian di sepohon pokok dengan merdu sekali, dia pun sembahyang di bawah pokok itu supaya dapat menikmati nyanyian burung itu. Allah menyuruh Nabi Daud pergi berjumpa dia dan berkata:
"Engkau telah mencampurkan cinta kepada nyanyian burung dengan cinta kepadaKu, Martabat engkau di kalangan Auliya' Allah telah diturunkan."

Sebaliknya ada pula orang yang terlalu cinta kepada Allah, suatu hari sedang ia melakukan ibadatnya kepada Allah rumahnya telah terbakar, tetapi ia tidak nampak dan sedar rumahnya terbakar.


Ujian Keenam:

Ialah ibadatnya menjadi senang sekali.

Seorang Wali Allah ada berkata:
"Dalam tiga puluh tahun yang pertama saya melakukan sembahyang malam dengan susah payah sekali, tetapi tiga puluh yang kedua sembahyang itu menjadi seronok dan lazat pula kepada saya. Apabila cinta kepada Allah itu sempuna, maka tidak ada kesoronokan yang setandimg dngan keseronokan ibadat”.


Ujian Ketujuh:

Ialah orang yang cinta kepada Allah itu akan cinta kepada mereka yang taat kepada Allah dan mereka benci kepada orang-orang kafir dan orang-orang yang derhaka kepada Allah.

Al-Quran menyatakan:
"Mereka itu bersikap kasar kepada orang-orang kafir dan berkasih sayang sesama mereka sendiri."


Suatu masa, Nabi bertanya kepada Allah:
"Wahai Tuhan, siapakah kekasihmu?"

Terdengarlah jawapan:
"Siapa yang berpegang teguh kepadaKu seperti bayi dengan ibunya, mengambil perlindungan dengan MengingatiKu seperti burung mencari perlindungan disarangnya, dan yang marah melihat dosa seperti singa yang marah yang tidak takut kepada apa dan siapapun."


21 March, 2010

Yang Dinamakan Agama



YANG DINAMAKAN AGAMA

Adapun yang dinamakan agama itu ibarat daripada terhimpun padanya empat perkara iaitu:
1. Iman
2. Islam
3. Tauhid
4. Makrifat

Erti Iman itu ialah percaya dan membenarkan barang (sesuatu) yang didatangkan oleh Rasulullah SAW, iaitu tiap-tiap perkara yang disampaikan dan diajarkan oleh Nabi itu sebenarnya datang dari Allah SWT. Bukanlah buatan dan rekaan daripada Nabi.

Firman Allah yang bermaksud:
“Tiada ia (Nabi) bertutur daripada pihak kemahuan dirinya melainkan ia (Nabi) bertutur itu wahyu yang diwahyukan kepadanya”.

Juga ada tersebut dalam sebuah hadis Qudsi yang menunjukkan akan kebenaran Rasulullah SAW dengan firman Allah yang bermaksud:
“Telah benarlah hambaku (Muhammad SAW) pada tiap-tiap barang yang menyampai ia daripadaKu (Allah)”.

Dan adalah kesimpulan Iman itu dinamakan Rukun Imam. Ianya mencakupi enam perkara iaitu:
1. Percayakan Allah
2. Percayakan Malaikat
3. Percayakan Kitab Allah
4. Percayakan Segala Rasul Utusan Allah
5. Percayakan Hari Kiamat
6. Percayakan Untung Baik dan Untung Jahat itu daripada Allah

Adapun makna percaya akan Allah itu ialah 'Itiqad dengan jazam (tetap dan teguh) yang putus bahawasanya Allah Taala itu adalah Tuhan Yang Esa (Tunggal) yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan yang menjadi sekalian makhluk dan mentadbirkannya dengan bijaksana dan wajib dikenal akan Allah dengan sebenar-benar pengenalan dan patut disembahkanNya.

Dan makna percayakan malaikat itu ialah percayakan bahawa Malaikat itu hamba Allah Taala yang bukan mereka itu laki-laki atau perempuan dan tiada mereka itu beribu dan berbapa dan tiada mereka itu makan dan minum dan tiada mereka itu tidur. Adalah pekerjaan mereka itu mengikut apa yang dititahkan oleh Allah Taala dan bilangan mereka itu terlalu banyak tiada boleh mengetahuinya melainkan Allah Taala jua. Sekelian mereka itu terpelihara daripada mengerjakan maksiat lagi suci mereka itu daripada segala sifat manusia.

Bahawasanya penghulu-penghulu mereka itu empat iaitu:
1. Jibrail menyampaikan wahyu
2. Mikail menurunkan hujan dan menjaga rezeki
3. Israfil meniup sangkakala
4. 'Izrail mencabut nyawa

Dan wajib diketahui akan mereka itu atas jalan tafsil sepuluh malaikat mengikut tugas/pekerjaan iaitu:

• Munkar dan Nakir yang menanya keduanya kepada segala orang yang telah mati.
• Malik Ridzuan menjaga syurga.
• Malik Zabaniah menjaga neraka.
• Rakid dan Atid satu pada kanan Mukallaf dan satu pada kiri menyurat keduanya akan sekalian kebajikan dan kejahatan yang dikerjakan oleh mukallaf itu.

Wajib pula mengetahui beberapa malaikat yang menanggung 'Arash' dan mereka itu sekarang ini empat malaikat dan ditambah akan mereka itu empat malaikat lagi pada hari Qiamat yang mana jumlah semuanya adalah lapan.

Firman Allah yang bermaksud:
"Menanggung ia [malaikat] akan 'Arasy Tuhan engkau atas mereka itu pada hari Kiamat lapan orang".

Dan makna percaya akan Kitab Allah Taala itu iaitu beramal dengan segala suruhannya dan menjauh segala tegahan serta yakin dan percaya dengan sebenar-benar kepercayaan bahawasanya sebenar daripada Allah Taala.

Bahawasanya kitab yang diturunkan dari langit itu sebanyak 104 Suhuf:
• 50 Suhuf diturunkan kepada Nabi Syis
• 30 Suhuf diturunkan kepada Nabi Idris
• 10 Suhuf diturunkan kepada Nabi Ibrahim
• 10 Suhuf diturunkan kepada Nabi Musa dahulu sebelum daripada Kitab Tuarat
• Kitab Taurat bagi Nabi Musa
• Kitab Injil bagi Nabi Isa
• Kitab Zabur bagi Nabi Daud
• Kitab Al-Qur'an bagi Nabi Muhammad SAW.

Maka sekalian yang tersebut itu wajib kita percaya dan membenarkannya. Akan tetapi apabila dibangkitkan Nabi Muhammad s.a.w dan diturunkan kepadanya Al-Quran, maka tiada harus mengikut akan yang lain daripada Al-Quran kerana Al-Quran menghimpunkan dan menasakhkan akan segala hukum yang turun kepada rasul-rasul yang dulu daripada Nabi Muhammad s.a.w.

Dan makna percaya akan sekelian Ambiya' 'Alaihissalamtu-Wassalam adalah sekelain mereka itu 124 000 orang atas Qaul yang masyhur dan yang jadi Rasul daripada mereka itu 313 orang. Wajib dipercayai apa-apa yang dikhabarkan oleh mereka itu adalah sebenarnya titah daripada Allah Taala seperti segala suruhan dan tegahnya bukan daripada hawa nafsu mereka itu(rasul-rasul) sendiri tetapi adalah datang daripada Wahyu Allah.

Dan makna percaya akan hari Kiamat ialah percayakan kedatangan hari penentuan yang lagi akan berlaku dengan tiada syak. Termasuk juga percaya akan alam kubur, hari bangkit semula,hari perhimpunan(masyar), kiraan amalan, mizan, pembahagian surat amalan, titian sirat, syafaat Kubra Nabi Kita Muhammad SAW.,syurga dan neraka dan lain-lain yang berkaitan dengan hari Kiamat.

Dan percaya kepada untuk baik dan untung jahat sekeliannya adalah dengan kuasa dan kehendak Allah yang telah ditentukan dan dikadarkan daripada azali lagi.

Bermula Iman ada kalanya bertambah dengan sebab bertambah taat manusia dengan mengerjakan segala titah perintah Allah dan menjauhkan segala larangan dan ada kalanya kurang dengan sebab kurang taat dengan sebab mengerjakan maksiat.

Firman Allah dalam yang bermaksud:
"Dan apabila dibaca atas mereka itu akan ayat-ayat Allah Taala nescaya bertambah mereka itu imannya".
(Al-Anfaal: 3)

Dan sabda Nabi SAW yang bermaksud:
“Bermula Iman itu lebih daripda tujuh puluh cawangan".
(Riwayat Bukhari)

Dan adalah martabat orang mukmin itu tiga martabat iaitu:

1. Dholim Linafsih.
Iaitu Zalim dirinya sendiri iaitu mereka sentiasa mengerjakan maksiat atau mereka yang mencampur amal-amal yang sholeh dengan kejahatan.

2. Muktasid.
Iaitu mereka yang beramal atas perkara-perkara yang wajib dan menjauhkan perkara yang haram dengan tidak menambahkan amalan-amalan yang sunat dan tiada kurang dengannya.

3. Saabiqul Bilkhoiraat.
Iaitu mereka yang berlumba kepada kebajikan iaitu mereka sentiasa Taqarub (mendekatkan diri) kepada Allah dengan mengerjakan segala yang wajib dan segala yang sunat serta meninggalkan perkara yang haram dan yang makruh.

Firman Allah dalam yang bermaksud:
"Kemudian Kami pusakakan kitab itu untuk orang-orang yang Kami pilih di antara hamba-hamba Kami. Di antara mereka ada yang aniaya kepada dirinya(tidak mengikut isi kitab/Dholim Linafsih) dan di antaranya ada yang sederhana (menurut sekadar tenaganya/Muktasid) dan di antaranya ada yang maju (Saabiqul Bilkhoiraat) memperbuat kebajikan dengan izin Allah. Itulah kurnia yang besar".
(Al-Fatir : 32)


Adapun keadaan Iman itu setengah ulama telah membahagikan kepada lima bahagian iaitu:

1. Iman Taklid.
Iaitu iman yang mengambil daripada perkataan orang dengan tiada boleh mengeluarkan dalil. Iman ini ada pada kebanyakan orang awam.

2. Iman Ilmu Yakin.
Iaitu iman yang jadi daripada makrifat pada segala 'Aqaid dengan segala dalil. Iman ini adalah bagi orang-orang yang mempunyai dalil dan burhan.

3. Iman 'Ainul Yakin.
Iaitu iman yang jadi daripada makrifat hati bagi Allah Taala dengan sekira-kira tiada ghaib daripada hatinya dengan sekejap mata jua pun. Iman ini bagi Ahli Muroqabah dinamakannya Makam Muroqabah.

4. Iman Haqqul Yakin.
Iaitu iman yang jadi daripada musyahadahkan Allah Taala dengan Ainul Basyirah(mata hati). Iman ini bagi orang Arif yang dinamakan Maqam Musyahadah.

5. Iman Kamalul Yakin. (atau iman daripada hakikat).
Iaitu iman yang jadi daripada keadaan tiada memandang ia melainkan Allah SWT. Iman ini bagi orang yang Tahqiq yang dinamakan Makam Fana.

Adapun erti Tauhid itu mengesakan Zat Allah Taala dan mengesakan SifatNya dan mengesakan AsmaNya dan mengesakan AfaalNya.

Adapun erti makrifat itu mengenalkan yakni mengenalkan ZatNya yang Wajibal Wujud dan mengenalkan setengah daripda Sifat Kamalat Tuhan yang tiada terhingga banyaknya dan mengenalkan setengah daripada AfaalNya yang mengadakan Mumkin daripada tiada kepada ada dan daripada ada kepada tiada.

Maka mengenal ini difardukan atas tiap-tiap mukallaf yang akil baligh lelaki dan perempuan kerana setengah daripada permulaan yang wajib atas tiap-tiap mukallaf mengetahui dan belajar dan mengajar akan dia.

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Permulaan agama ialah mengenal Allah".

Yakni mengenal setengah daripada SifatNya yang wajib lagi sabit bagi Zat Tuhan kita, dan yang mustahil padanya dan harus padaNya.

Seperti yang difatwakan oleh Imam Sanusi Rahimallahi Taala dengan katanya:
"Dan wajib atas tiap-tiap mukallaf pada syarak mengetahui barang yang wajib pada hak Tuhan kita dan barang yang mustahil padaNya dan barang yang harus padaNya dan demukian juga pada hak segala Rasul 'Alaihi Sholaatu Wassalam."


Maka dengan mengenal yang demikian itu barulah sah ibadatnya.

Ini diambil faham daripada sabda Rasulullah yang bermaksud;
"Tiada sah ibadat melainkan kenal tuhan yang diibadat akan Dia."

Tetapi bukanlah disuruh kenal itu Kunhi (Ain) Zat Allah Taala kerana Kunhi Zat Allah Taala tiada dapat oleh pendapat segala makhluk melainkan Nabi kita Muhammad SAW ketika ia mikraj jua.

Firman Allah yang bermaksud:
"Tiada mendapat akan Dia (Allah) oleh segala penglihatan dan Ia jua yang mendapat akan penglihatan"

Dan sabda Nabi SAW yang bermaksud:
"Bahawasanya Allah Taala terdinding Ia daripada penglihatan dan bahawasanya segala malaikat yang di atas menuntut akan Dia sebagaimana kamu tuntut akan dia itu"

Dan makna terdinding Allah Taala daripada penglihatan samada penglihatan yang zahir iaitu tiada dapat dipandang atau dilihat akan Kunhi zat Allah Taala di dalam dunia ini maka tiap-tiap perkara yang didapati dengan pancaindera di dalam dunia ini adalah sekaliannya itu makluk bukan Tuhan.

Atau dengan fikiran iaitu tiada dapat memikir akan hakikat Kunhi zat dan kerana Tuhan itu:
"Tiada seumpama Allah Taala itu suatu dan Ia jua Tuhan yang amat mendengar lagi amat melihat".

Dan Sabda Nabi SAW yang bermaksud:
"Mahasuci engkau (hai Tuhanku) tiada aku kenal akan dikau sebenar-benar pengenalan"

Dan kata Saiyyidina Abu Bakar Al-Sidiq RA:
"Lemah daripada pendapat itulah pendapat".

dan kata Sayyidina Ali RA:
"Tiap-tiap barang yang terlintas pada cita-citamu dan yang berupa pada hatimu maka Allah Taala bersalahan akan yang demikian itu".

Dan kata Sayyidina Jaafar Al-Shodiq RA:
"Barang (sesuatu) yang terlintas di hati engkau maka iaitu binasa. Bermula Allah Taala menyalahi yang demikian itu"

Dan kata segala 'Arifin:
"Demikianlah Ijmak (sepakat) Ahli Sunnah Wal Jammah...tiap-tiap barang yang tersangka dengan segala sangka kamu dan dapat akan dia dengan akal kamu maka adalah ia baru seumpama kamu".

Kerana yang demikian itulah Rasulullah S.A.W bersabda dengan maksudnya:
“Fikir oleh kamu pada segala kejadian dan jangan kamu fikir pada Yang Menjadi kerana bahawasanya tiada dapat meliputi fikiran kamu."

Iaitu hendaklah fikir kepada segala kejadian Allah seperti langit bumi dan barang antara keduannya yang menunjukkan akan keesaan Allah dan kekuasaan.

Bahawasanya Allah Taala bersifat Ia dengan segala Sifat Kamalat yang tiada terhingga baiknya melainkan Ia jua Yang Tahu. Tiada wajib atas tiap-tiap mukallaf mengetahui akan dia dengan jalan tafsil (perincian) melainkan dua puluh sifat jua.

Kata Imam Sanusi Rahimallahi Taala:
" Setengah daripada barang yang wajib mengetahui oleh tiap-tiap mukallaf bagi Tuhan kita 20 sifat”.

Oleh itu tiap-tiap seorang daripada kita WAJIB mempelajari Ilmu Sifat 20 ini yang juga disebut seperti kenyataan di atas tanpa mengira siapa kita.


Kata penyair sufi terkenal abad ke-13, Jalaluddin Al-Rumi:
"... ketika aku mendengar cerita cintaku yang pertama, aku mula mencari-cari engkau... tidak tahu betapa butanya aku... pasangan bercinta bukan bertemu di satu tempat akhirnya... mereka sebenarnya sudah bersama sejak azali lagi..."


25 February, 2010

Nisbah Populasi Makhluk..


Nisbah Populasi Makhluk Di Bumi:

Fakta ini walaupun ringkas, tetapi amat menarik untuk dikongsi bersama.

1% = Manusia

9% = Jin

90% = Malaikat

-Sumber: Indahnya Hidup Bersyariat, Dato' Ismail Kamus, Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid. Telaga Biru, K.L.

Daging Akikah

Tidak Ada Larangan Bukan Islam Makan Daging Akikah.

-Sumber: Berita Minggu, Soal Jawab Agama Bersama Dr Abdul Rahman Haqqi.

Kencing Berdiri..



SOALAN:
Saya mengikuti satu Seminar Islam yang dihadiri ramai peserta daripada kalangan ulama. Apabila mereka ke tandas, mereka terus ke tandas lelaki dan membuang air kecil di situ secara berdiri sedangkan kita dilarang berbuat demikian. Apa pandangan tuan?
-Razlan Ismail, Bahau, N. Sembilan.

JAWAPAN:
Membuang air kecil sambil berdiri di tempat yang tidak disediakan adalah dilarang, lebih lagi di tempat yang keras atau terbuka seperti di atas batu dan sebagainya. Nanti najis tersebut tepercik dan terkena badan atau tempat yang terbuka dan boleh mendedah auratnya pula. Sedangkan tidak ada tempat tertutup, sama seperti membuang najis sambil menghadap kiblat juga, dilarang di tempat yang tidak disediakan seperti di padang, atau sebagainya, apa lagi di tempat yang tidak ada penghadang yang tingginya lebih kurang 2/3 hasta yang sederhana.

Adapun di tempat yang telah disediakan, maka ia tidaklah dilarang, sekalipun dalam keadaan berdiri. Ini dapat difahami daripada satu hadis yang menceritakan bahawa Ibni Umar ada melihat Nabi pernah menghadap kiblat semasa berada dalam tandas yang disediakan, sedangkan perbuatan itu dilarang (haram) bila di tempat lain yang tidak disediakan. Wallahualam.


-Sumber: Mingguan Malaysia, Kemusykilan anda dijawab, Mohd. Yussof Abas.

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'