20 February, 2011

Pasar Karat Tumpuan Pengunjung Barang Antik


Jika anda peminat barangan antik atau berada di sekitar bandar Teluk Intan pada hari Ahad, mungkin Pasar Karat yang terletak di Jalan Intan, Bandar Baru Teluk Intan, boleh menjadi satu daripada lokasi yang perlu dikunjungi.


Sumber: Berita Harian 16.02.2011
(Sila klik untuk besarkan imej)


Beroperasi sejak dua bulan lalu, lokasi perniagaan yang diusahakan Etika Resources Teluk Intan dan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) itu semakin dikenali, terutama di kalangan pengumpul barang lama.

Ketika ini, sembilan peniaga pelbagai bangsa membuka perniagaan di situ yang beroperasi mulai jam 7 pagi hingga 2 petang setiap Ahad dan bilangan peniaga dijangka bertambah dari semasa ke semasa.

Antara barangan dijual termasuk syiling dan wang kertas lama, peralatan muzik dan fotografi lama, senjata tradisional, peralatan hiasan rumah serta beraneka bahan pertanian antik yang dijual pada harga antara RM10 hingga ratusan ringgit.


Pegawai Penyelaras pasar itu, Jasni Abdullah, 49, berkata Pasar Karat bertujuan menjadikan Teluk Intan sebagai lokasi berjual beli barangan antik, sekali gus dapat menarik kedatangan pelancong ke bandar yang terkenal dengan kewujudan Menara Condong itu.

Beliau berkata, Teluk Intan adalah bandar kedua di Perak mewujudkan lokasi jualan barangan antik selepas Ipoh.


Peniaga termuda, Amy Shahril Amir Hamzah, 23, yang sudah dua tahun berniaga barangan antik, berkata dia menjual senjata tradisional seperti keris, parang perak dan barangan antik lain.

Roslan Zainuddin, 34, pula menjual bahan tembikar dan tembaga yang menjadi tarikan ramai untuk dijadikan koleksi perhiasan rumah atau bahan sejarah.


Mohd Salim Abdul Hamed, 42, yang menjual syiling dan wang kertas lama termasuk dari negara luar berkata, dia memang berminat mengumpul syiling dan wang kertas lama.


Encik Ong Chuan Goh, seorang peniaga buah-buahan dan salon rambut turut mempunyai hobi dan minat yang sama. Untuk pengetahuan, Mr. Ong ini adalah kenalan BR yang turut sama dalam berkongsi minat dalam mengumpul barangan lama ini.


19 February, 2011

Poskad Tower Bridge At Night, London


London’s Tower Bridge is one of the most recognizable bridges in the world. Its Victorian Gothic style stems from a law that forced the designers to create a structure that would be in harmony with the nearby Tower of London.


Plans for the Tower Bridge were devised around 1876 when the east of London became extremely crowded and a bridge across the Thames in that area of the city seemed a necessity. It would take another eight years - and lots of discussions about the design - before construction of the bridge started.


The bridge, designed by city architect Horace Jones in collaboration with John Wolfe Barry, would eventually be completed in 1894. Five contractors and nearly 450 workers were involved in the construction of the 265 meter long bridge.

It took 11,000 tons of steel to build the framework. At the time many people disliked its Victorian Gothic design, but over time the bridge became one of London’s most famous symbols.


For more information, please visit: Wikipedia/Tower Bridge


18 February, 2011

Corong Enamel


Jika sebelum ini kita biasa melihat kole enamel, pinggan enamel dan mangkuk enamel, entri kali ini ialah mengenai corong enamel (ayan) yang entah berapa tahunkah usianya kerana sejak celik-celik mata lagi benda ini sudahpun berada di dapur rumah di kampung.


Diperbuat daripada 100% keluli dan bukannya plastik seperti kebanyakan corong-corong seumpamanya di pasaran sekarang. Memang cukup tahan lasak dan lifetime warranty.


Lengkap bertangkai untuk memudahkan lagi penggunaannya.


Macam trumpet pun ada juga... Teringat sewaktu di zaman pengajian dahulu di mana BR merupakan salah seorang pemain trumpet untuk brass band institusi. Kemudian terpaksa bertukar kepada tenor drum apabila di suruh bertukar daripada trumpet kepada flugelhorn. Tak sanggup main flugelhorn sebab memerlukan 'angin' yang banyak. Ada rumors mengatakan jika bermain alat-alat muzik tiupan ini, 'sesuatu' akan kendur... He.. he..


Berbalik kita kepada corong ini, corong ini adalah bersaiz kecil iaitu kira-kira 6 inci panjang dan sesuai untuk kegunaan dapur dengan kapasiti cecair yang kecil. Kelebihannya ialah ia boleh digunakan dengan cecair yang panas, minyak atau air panas umpamanya.


Pada waktu ini rasanya corong yang diperbuat daripada plastik adalah lebih sesuai kerana lebih ringan dan tidak berkarat. Harganya juga lebih murah daripada corong enamel ini. Itupun jika masih ada terjual lagi corong enamel ini.

Kepada makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang pernah menggunakan corong ini pastinya akan mengembalikan nostalgianya yang tersendiri...


17 February, 2011

Sirap Berperisa Ros Red Horse


Kordial jenama Red Horse ini memang cukup popular semenjak BR masih kanak-kanak lagi. Difahamkan bahawa jenama Red Horse telah berada di pasaran semenjak tahun 1964.


Kalau dahulu di sekitar tahun 1970-an, kordial ini diisikan di dalam botol plastik berwarna putih tebal seperti Tupperware dan sungguh tahan lasak berbanding sekarang diisi di dalam botol plastik jernih dan nipis. Lambang kuda merahnya juga akan di emboss pada botol tersebut. Biasanya ia akan di recycle semula sebagai bekas mengisi air masak di dalam peti sejuk.


Masa terus berputar dan evolusi terhadap jenama Red Horse ini terus berlaku seiring dengan masa. Untuk itu, marilah kita sama-sama melihat kordial jenama Red Horse yang telah dikeluarkan pada tahun 1990-an ini.


Gambar air merah, air sirap atau atau 'air serbat' bercampur ais batu ini amat menyelerakan apabila dilihat terutamanya di bulan puasa. Kalau orang dulu-dulu memang suka menambahkannya dengan biji selasih sebagai penyejuk badan. Semasa kanak-kanak dahulu juga BR namakan biji selasih itu sebagai 'buah rambutan kecil'... He.. he..


Lambang kuda merah sebagai trademark Red Lion ini yang telah digunakan sejak sekian lama dan masih tidak berubah. Untuk pengetahuan, Sirap berperisa ros Red Horse isi kandungan 2 liter ini masih belum dibuka dan digunakan.

Telah lama tarikh luputnya iaitu berbelas-belas tahun yang lalu. Jika ada sesiapa yang teringin untuk mencubanya, silakan... Ia juga amat sesuai untuk dijadikan air bandung dengan haruman rosnya yang sungguh menawan dan membangkitkan selera.


Dibuat oleh Red Horse Fruit Juice Manufacturers Sdn. Bhd., Taman Kepong, Kuala Lumpur. Pada penutupnya juga terdapat perkataan RH Malaysia iaitu 'Red Horse Malaysia'.


Untuk maklumat lanjut mengenai Red Horse ini, pembaca bolehlah ke: Red Horse


Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'