13 January, 2012

Klang


Bandar Diraja Klang telah berusia lebih satu abad. Jika dibandingkan dengan manusia, umur satu abad adalah satu tempoh yang menakjubkan dan penuh dengan pelbagai pengalaman.

Sebagai sebuah bandar yang tertua di Malaysia, Klang mengumpul banyak rahsia sejarah silam yang tidak ternilai harganya.


Gambar bandar Klang di sekitar tahun 1980-an.


Kesan sejarah itu juga menunjukkan suatu ketika dahulu Klang pernah menjadi pusat pentadbiran negeri Selangor pada 1880 bertempat di Gedung Raja Abdullah yang kini telah dijadikan muzium timah.

Kini Klang banyak mengalami perubahan fizikal jika dibandingkan 122 tahun lalu. Manusia akan berkedut kulit menandakan usia yang semakin lanjut tetapi Klang semakin megah membangun pada tahap usia itu.

Sejarah Klang bermula pada Mei 1890 apabila Residen Inggeris ketiga, Frank Swettenham menubuhkan Lembaga Kesihatan Klang untuk mentadbir bandar itu. Lembaga Kesihatan Klang juga bertanggungjawab menentukan sempadan Klang pada 1895 mengikut Enakmen Tanah.


Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang pada tahun 1980.


Lembaga itu kemudiannya ditukarkan kepada Lembaga Bandaran Klang pada 1954 dan Majlis Perbandaran Klang pada tahun 1971.

Wujudnya nama Klang pula dipercayai berasal daripada perkataan "kerang" iaitu sejenis makanan laut yang mudah didapati di sini suatu ketika dahulu. Bagaimanapun perkataan kerang itu menjadi "klang" kerana kepelatan masyarakat Cina menyebutnya sehinggalah akhirnya bandar yang tumbuh di pinggir sungai ini dikenali dengan nama Klang sehinggalah sekarang.

Bagaimanapun ada juga versi yang mendakwa nama Klang lahir daripada perkataan Mon-Khmer "Klong" yang bermaksud pasar, rumah simpanan atau gudang iaitu tempat perdagangan. Wallahualam.

Klang kemudiannya menjadi daerah pada 1890 selepas pentadbiran negeri Selangor dipindahkan ke Kuala Lumpur.


Bangunan Majlis Perbandaran Klang (MPK) pada tahun 1980.


Bandar Klang juga merakamkan sejarah peperangan saudara keturunan Diraja Selangor antara Tengku Kudin dengan Raja Mahadi di sekitar tahun 1866.

Peperangan saudara telah meninggalkan banyak kesan sejarah antaranya Kubu Raja Mahadi yang terletak di pinggir Sungai Klang yang masih wujud sehingga sekarang.

Bukit Kota yang dijadikan tapak pejabat Majlis Perbandaran Klang (MPK) juga adalah salah satu kesan perang saudara itu.


Gambar sebuah kereta berhias yang mengambil bahagian sempena Perayaan 100 Tahun Pentadbiran Klang pada tahun 1980.


Kini Klang telah bertukar wajah daripada bandar tertua kepada bandar moden tanpa menjejaskan ciri-ciri sejarahnya. Bangunan pencakar langit dan pusat membeli-belah bertaburan di sana-sini menandakan pertumbuhan ekonomi yang pesat sedang berlaku di situ.

Segala kesan sejarah yang terdapat di Klang akan dijadikan khazanah penting bagi menjadikan Klang bandar sejarah yang mampu menarik pelancong.

Kali pertama BR menjejakkan kaki di bandar Klang ialah pada tahun 1988 ketika masih muda remaja. Banyak kenangan untuk dikenang pada waktu itu kerana bermalam di rumah seorang sahabat di Batu 16, Jalan Kapar. Suasana berkabus ketika bangun pagi di kampung itu masih terbayang sehingga kini...


Untuk maklumat lanjut, pembaca boleh ke: Wikipedia/Klang


Moral Value: Memories remain when the world forgets.

08 January, 2012

Wellington, New Zealand


Wellington, New Zealand's capital city, was named after the first Duke of Wellington, the victor at the famous battle of Waterloo. It is situated on the south-west tip of the North Island and became the country's capital in 1865.


Poskad bertarikh 15.02.1996 ini memaparkan beberapa tempat menarik yang boleh didapati di Wellington, New Zealand. Antaranya ialah:

Parliament Buildings
This Edwardian neo-classical building was designed by architects, John Campbell and Claude Paton, to replace the previous building that was destroyed by fire in 1907.

Cable Car
The Wellington Cable Car is a funicular railway in Wellington, New Zealand between Lambton Quay, the main shopping street, and Kelburn, a suburb in the hills overlooking the central city, rising 120 m over a length of 612 m. It is widely recognised as a symbol of Wellington.

Port Nicholson
Wellington Harbour is the large natural harbour at the southern tip of New Zealand's North Island. New Zealand's capital, Wellington, is on the western side of Wellington Harbour. The harbour was officially named Port Nicholson until it assumed its current name in the 1980s.


Michael Fowler Centre
The Michael Fowler Centre is a concert hall and convention centre in Wellington, New Zealand. It was constructed on reclaimed land next to Civic Square, and is the pre-eminent concert site in central Wellington.

Waterfront At Dawn
Once the centre of Wellington's bustling port, the Wellington Waterfront is one of the city's most distinctive and attractive precincts. Separating central city from sea, the Waterfront is home to a vibrant, ever-changing atmosphere with unique features and attractions that include something for everyone.

City From Northland
Northland, a small suburb in western Wellington, New Zealand. The suburb is served by two state primary schools, Northland School and Cardinal McKeefry Catholic Primary School. The suburb, formerly known as Creswick, lies to the west of Kelburn, to the east of Karori, to the south of Wadestown and to the south-east of Wilton. It sits on top of Tinakori Hill.


Maklumat lanjut boleh didapati di: Wikipedia/Wellington

04 January, 2012

Malek Ridzuan


Pada mulanya Malek Ridzuan bercita-cita ingin menjadi seorang pemain dram yang terkenal di bidang seni muzik, tetapi semuanya ini berubah setelah Malek berjaya dalam satu ujian audition sebagai seorang penyanyi di salah sebuah syarikat piring hitam di Bandaraya Kuala Lumpur.


Malek Ridzuan di awal kemunculannya di tahun 1981 membawa imej bermisai.

Namun demikian dengan terlancarnya album sulungnya berjudul "Di Manakah/Sinaran Wajah Mu" pada tahun 1981, cita-citanya ingin menjadi seorang rekording artis turut terkabul.

Malek yang berusia 23 tahun ketika itu berasal dari Batu Laut, Banting Selangor. Beliau merupakan salah seorang anggota kumpulan LB Band di kampungnya yang dipimpin sendiri oleh ayahnya sejak tahun 1973.

Kumpulan ini menurutnya merupakan satu kumpulan di mana para ahlinya terdiri dari adik-beradik dan kaum keluarganya sendiri. Nampaknya Malek mempunyai darah seni yang semula jadi.


Untuk menambah pengalaman dalam bidang ini, Malek memberanikan diri berhijrah ke bandaraya Kuala Lumpur menyanyi dan bermain alat muzik di kelab-kelab malam. Dari situlah beliau menambah pengetahuannya dalam dunia seni yang diminatinya ini.

Sebelum itu, Malek pernah menganggotai beberapa kumpulan muzik antaranya ialah Tress Company, Pelabuhan Kelang dan The Kilat, Kuala Lumpur. Di samping menyanyi dan bermain dram, Malek juga pandai dan berkemampuan bermain alat-alat muzik seperti gitar dan organ.


Malek bergambar besama pencipta lagunya Ben Soepranto.

Akhirnya cita-citanya yang dicari-cari dan bakat yang semula jadi menampakkan cahaya dengan lahirnya album sulung beliau ini terbitan Life Record dengan sepuluh lagu yang menarik ciptaan
Ben Soepranto dan J. Risma serta diiringi oleh Band Free-Life.

Malek turut menyatakan harapannya agar album sulungnya ini akan mendapat sambutan yang menggalakkan dari para peminat seni suara supaya beliau dapat melancarkan album-album yang seterusnya.


"Apa yang saya cita-citakan selama ini bukanlah mimpi lagi, tetapi sudah menjadi kenyataan hari ini," kata Malek riang di hari sidang akhbar pelancaran album sulungnya itu.

Menyentuh mengenai lagu-lagu di dalam album ini, kebanyakannya mirip kepada rentak Pop Indonesia.


Muka Satu

1. Di Mana Kah - J. Risma
2. Cinta Abadi - Ben Soepranto
3. Joget Budaya - J. Risma
4. Lupakan Lah - Ben Soepranto
5. Nasib Ku - J. Risma


Muka Dua

1. Gadis Kilang - J. Risma/Ben Soepranto
2. Sinaran Wajah Mu - Ben Soepranto
3. Kenangan - Ben Soepranto
4. Kerana Fitnah - J. Risma
5. Jangan Cemburu - J. Risma/Ben Soepranto


Malek Ridzuan juga telah dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (IMP) yang kini membawa gelaran Datuk. Beliau kini aktif dalam bidang perniagaan yang diceburinya yang telah menghadkan aktivitinya di bidang nyanyian.


Wajah terkini datuk Malek Ridzuan.

Lagu-lagu seperti "Sampai Disini" dan "Kelip-kelip Kusangka Api" sudah cukup untuk mengembalikan nostalgia kepada mereka yang pernah merasai kehidupan di awal tahun 1980-an. Suara mendayu Datuk Malek Ridzuan memang sungguh cool bagi mereka yang cool...

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai Datuk Malek Ridzuan, pembaca bolehlah mengikutinya di Utusan Online/Datuk Malek Ridzuan melalui sebuah wawancara bertarikh 03.08.2009.

Album kedua Datuk Malek Ridzuan (1982) berjudul "Dendang Nasihat/Untuk Mu" telah melonjakkan nama beliau melalui lagu "Sampai Di Sini". Entah mengapa terasa sayu pula apabila mendengar lagu ini...


Moral Value: Sing me to sleep, I'll see you in my dreams...


01 January, 2012

Poona


Ianya dimainkan oleh pegawai-pegawai tentera British di India. Kemudian pegawai-pegawai British yang pulang bercuti di England telah memperkenalkannya di sana.


Iklan ini diambil dari sebuah majalah lama terbitan tahun 1984 memaparkan pemain badminton perseorangan Malaysia yang berada di kemuncak pada ketika itu iaitu Dato' Misbun Sidek dengan rambut blonde nya sebagai model utama iklan.

Pada ketika Dato' Misbun berusia awal 20-an dan gaya rambutnya itu juga turut menjadi ikutan remaja pada waktu itu. Iklan bateri Eveready ini menawarkan hadiah sebuah Suzuki Jimny sebagai hadiah utamanya.

POONA begitulah nama asal permainan badminton kira 130 tahun yang lalu. Permainan itu berasal dari negeri India.

Ianya mula dimainkan di England, di sebuah tempat bernama Badminton, sebuah kawasan kepunyaan Duke of Beaufort. Mengambil nama tempat inilah maka permainan itu dipanggil badminton.

Pada asalnya gelanggang permainan badminton bukan seperti yang digunakan sekarang. Hanya dalam tahun 1901, gelanggang rasmi diperkenalkan. Permainan badminton menjadi begitu popular ke seluruh dunia termasuklah Malaysia. Pada tahun 1920-an dan 1930-an, populariti permainan badminton ini telah meningkat dengan begitu cepat.

Akhirnya dalam tahun 1934, Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) ditubuhkan di Kent, England. Sembilan negara telah menjadi ahli pada mulanya. Kini jumlah ahli telah meningkat kepada lebih dari 150 negara.

Di Malaysia sejarah perkembangan badminton bermula pada awal tahun 1930-an. Persatuan Badminton Malaysia (BAM) ditubuhkan dalam tahun 1934.

Sebenarnya terdapat berbagai versi asal-usul permainan badminton ini. Untuk maklumat lanjut silalah ke: Wikipedia/Badminton


*********************************************************

Pada kesempatan ini BR ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2012 kepada seluruh pembaca yang sudi bertandang ke blog yang tidak seberapanya ini. Semoga di tahun baru ini akan lebih mengeratkan lagi tali persaudaraan dan silaturrahim di antara kita semua dan semoga kita sentiasa dilimpahi rahmat oleh Allah S.W.T. hendaknya.

Ribuan ampun dan maaf dipohon sekiranya ada terkasar bahasa dan terlajak bicara di sepanjang tahun 2011...

Selamat tinggal 2011, selamat datang 2012. Semoga kehidupan kita akan lebih diberkati dengan terlaksananya segala azam selama ini serta lebih membawa ERTI... Amin.


Moral Value: Life is like a wheel. Sooner or later, it always come around to where you started again.

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'