21 April, 2010

Piring Hitam Yunizar & M. Nasir



Piring hitam Yunizar dan M. Nasir berjudul 'Dia Ibuku'. Edaran Polygram Malaysia / Singapore tahun 1981. M. Nasir pun masih muda lagi masa tu, misai pun tak tumbuh lagi.. he.. he..





Antara lagu-lagu yang aku suka ialah 'Dedaun Masa' dan 'Suatu Masa'. Lagi satu ialah lagu 'Dua Insan' tetapi lagu tersebut tiada di dalam album ini.



Juga disertakan dengan lirik kesemua 10 lagu.



Side 1 mengandungi lagu-lagu:

1. Dia Ibuku
2. Ku Ingin Bebas
3. Kau Dan Aku
4. Dedaun Masa
5. Patah Hati Tumbang Harapan



Side 2 mengandungi lagu-lagu:

1. Lihat Lah
2. Kisah Gadis Sepi
3. Cinta membakar Segala
4. Suatu Masa
5. Lain Dari Yang Lain

Inilah lagu yang tiada pada lagu-lagu sekarang iaitu lirik yang puitis dan penuh bermakna..



M. NASIR - Suatu Masa

Bagaimana kan ku mula dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah tiap madah bererti
Manakah ilhamku

Cahaya di mata mu senyum di bibir mu
Mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukan

Berhelai-helai surat terbiar di depan ku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua dan ku buangkan jauh
Dari pandangan

Lalu aku kesal kukumpul semua
Tak dapat kunyatakan apa yang ku rasakan
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku

Dengarkanlah panggilan ku
Dengarkanlah lagu untuk mu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara kepadanya

Warna-warna cintaku kian pudar bersama
Malam yang gelap-gelita
Entahkan kau rasakan apa yang aku rasa
Atau kau tak endah

Tapi ku percaya semua telah tertulis
Dan niat suciku tak kan disiakan
Dan di suatu masa di hari yang indah
Ku hulurkan tanganku lalu kau terima


Download Song:

M. Nasir_Suatu Masa


20 April, 2010

Piring Hitam Ideal Sisters


Piring hitam Ideal Sisters berjudul Angin. Edaran Polygram Malaysia / Singapore tahun 1982.

Dianggotai oleh tiga orang wanita iaitu Junaidah Johari (Daada), adik kembarnya Allahyarham Junainah Johari (Naana) dan ibu saudara mereka iaitu Azizah.

Junaidah Johari adalah isteri kepada penulis lirik terkenal S. Amin Shahab manakala Allahyarham Junainah Johari adalah bekas isteri kepada seniman ternama M. Nasir.






Lagu-lagu dari kumpulan Ideal Sisters ini memang sedap didengar kerana irama dan lagunya memang mengasyikkan. Antara lagu-lagu yang aku suka ialah 'Angin', 'Kembang Jalanan' dan 'Hanya Sekali'.

Semasa era 80an ada seorang DJ Radio Alor Setar akupun dah lupa namanya, memang selalu mainkan lagu 'Hanya Sekali' setiap kali beliau ke udara sebagai tag rancangannya.



Juga disertakan dengan lirik kesemua 10 lagu.


Side 1 mengandungi lagu-lagu:

1. Cita-cita Temanku
2. Angin
3. Kembang Jalanan
4. Menjelang Sinar
5. Joget Rewang


Side 2 mengandungi lagu-lagu:

1. Air Dan Api
2. Hanya Sekali
3. Pertanyaan
4. Usah Kau Rayu Lagi
5. Dunia Cinta Kita



IDEAL SISTERS - Angin

Angin berhembus
Mencipta irama kencana
Dikau datang dan dikau pergi
Membawa debu gunung

Angin yang dingin
Kau datang dengan pertanyaan
Hanya hati hati yang sepi
Mengerti erti sendiri

Angin
Belaianmu ku rasakan
Angin
Wajahmu tak terlihatkan

Dari mana dan ke mana
Selalu ku tanyakan
Dapatkan kita berkawan
Untuk mengerti kebebasan


Download Song:

Ideal Sisters_Angin


19 April, 2010

Piring Hitam Tetty Kadi


Piring hitam atau record Tetty Kadi ini keluaran tahun 1975. Berjudul Kasih Sayang. Edaran Hup Hup Sdn. Bhd.



Nyanyian daripada Tetty Kadi ini memang unik sedikit kerana kebanyakan lagu-lagunya akan diakhiri dengan 'jeritan' suara yang sungguh mendayu-dayu.



Penyanyi yang mempunyai suara yang lunak dan sedap didengar.. Lagu yang aku suka dengar ialah 'Tarikan Nafasku Yang Terakhir' dan 'Siapa Pernah Jatuh Cinta' (Khas untuk mereka yang sedang angau). Akupun pernah bereksperimental dengan lagu ini dengan menjadikan ia nyanyian koir, memang sedap...



Inilah wajah Tetty kadi sekarang...



Side 1 mengandungi lagu:

1. Sapu Lidi
2. Kasih Sayang
3. Menanti Kasih Bersemi
4. Remaja
5. Tak Mungkin Lagi



Side 2 mengandungi lagu:

1. Ingin Bercinta
2. Bisikan Hati
3. Tak Mungkin Bahagia
4. Ku Sayang Sampai Mati
5. Kisahku



TETTY KADI - Siapa Pernah Jatuh Cinta

Siapa pernah jatuh cinta
Pada pandangan yang pertama
Apakah memang sama denganku punya cinta
Yang kini ku alami sendiri oh

Ingin aku bertanya-tanya
Siapa pernah jatuh cinta
Makan minum tak sudi tidurpun apa lagi
Suka dan duka silih berganti

Haripun terlalu cepat berganti lagi
Tak terasa tambah umurku kini
Siang malam kau selalu ku nanti-nanti
Rinduku rasa tak tertahan lagi

Siapa pernah jatuh cinta
Pada pandangan yang pertama
Apakah memang sama denganku punya cinta
Yang kini ku alami sendiri

Haripun terlalu cepat berganti lagi
Tak terasa tambah umurku kini
Siang malam kau selalu ku nanti-nanti
Rinduku rasa tak tertahan lagi

Siapa pernah jatuh cinta
Pada pandangan yang pertama
Apakah memang sama denganku punya cinta
Yang kini ku alami sendiri


Download Song:

18 April, 2010

Pentingnya Sistem Maklumat Murid (SMM)



Satu keratan akhbar mengenai kejadian seorang pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Damai, Bukit Mertajam, meninggal dunia dipercayai akibat komplikasi jantung ketika mengikuti latihan sukan di sekolahnya.



Sumber: Berita Harian 01.04.2010


Menurut Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri, Ibrahim Mohamad, bapa pelajar itu memberitahu anaknya pernah mengalami komplikasi jantung ketika kanak-kanak.


"Bagaimanapun, pihak sekolah yang melakukan pemeriksaan pada rekod Sistem maklumat Murid (SMM) mendapati, bahagian penyakit kronik atau adanya sebarang komplikasi ditanda 'tiada'," katanya.


Demikianlah satu mesej yang cuba aku sampaikan disini bahawa betapa pentingnya Sistem Maklumat Murid (SMM) di sekolah. Jangan sesekali kita memandang ringan kepada SMM kerana jika berlaku sesuatu terhadap murid, segala maklumat daripada SMM itulah yang akan dijadikan tempat rujukan utama oleh berbagai pihak.


Biasalah kalau di Malaysia.. "Tak jadi tak apa!"


Takziah untuk keluarga mendiang Ang Eng Giap.



Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'