Inipun lagi satu pinggan lama peninggalan nenek. Tak tahulah berapa usianya tetapi yang pasti sudah melebihi 50 tahun.
Orang dulu-dulu suka makan dengan menggunakan pinggan yang begini kerana 'tak nampak lantai', kerana kata mereka kalau 'nampak lantai' tak ada selera nak makan... Atau mungkin juga pada zaman itu pinggan kaca yang transparent belum dikeluarkan lagi.
Corak Bunga Raya nya memang cantik. Timbul rasa patriotik kerana Bunga Raya adalah bunga kebangsaan kita. Nampak berhabuk, kalau cuci sikit eloklah tu.
Juga tertulis di bahagian bawahnya: 'KHYBER Johnson Bros England'. Siap dengan nombor reference lagi... 775535, nasib baik enam digit, he.. he..
2 Any comments?:
Saya punya juga, pinggan sejenis... Ade 6.... Bile nak tau lebih, sile hub saye. Thanks
Kore awak tok timah
Post a Comment