08 April, 2010

Pinggan KHYBER Johnson Pusaka Tok Timah


Inipun lagi satu pinggan lama peninggalan nenek. Tak tahulah berapa usianya tetapi yang pasti sudah melebihi 50 tahun.



Orang dulu-dulu suka makan dengan menggunakan pinggan yang begini kerana 'tak nampak lantai', kerana kata mereka kalau 'nampak lantai' tak ada selera nak makan... Atau mungkin juga pada zaman itu pinggan kaca yang transparent belum dikeluarkan lagi.




Walaupun telah lama, namun coraknya tidak luntur dimamah usia... Sungguh beruntung orang dulu-dulu kerana kebanyakan barangan pada waktu itu buatan luar negeri yang sungguh bermutu dan tahan lama penggunaannya.




Corak Bunga Raya nya memang cantik. Timbul rasa patriotik kerana Bunga Raya adalah bunga kebangsaan kita. Nampak berhabuk, kalau cuci sikit eloklah tu.




Bahagian belakang pinggan.




Ada cap Crown la kak long, bukan cap gajah ma...




Juga tertulis di bahagian bawahnya: 'KHYBER Johnson Bros England'. Siap dengan nombor reference lagi... 775535, nasib baik enam digit, he.. he..


2 Any comments?:

Arriziq said...

Saya punya juga, pinggan sejenis... Ade 6.... Bile nak tau lebih, sile hub saye. Thanks

Anonymous said...

Kore awak tok timah

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'