23 June, 2010

Cuti-cuti Malaysia 2010 (Hari Ketiga)


Hari Ketiga: 10.06.2010 (Khamis)


Tempat penginapan di Rhu Muda Beach Motel. Sempat juga bertemu dengan En. Zainuddin iaitu rakan setugas yang kampung mertuanya di Kuala Terengganu.


Melayan anak-anak mandi laut sepuas-puasnya. Kelihatan di belakang itu ialah Pulau Kapas yang menjadi tumpuan pelancong di Kuala Terengganu.


Anak-anak begitu gembira bermain pantai, 'bercanda di pasiran pantai... aah.. aah..'


Bersiar-siar sebentar di Jeti Pulau Kapas atau Marang Waterfront untuk menikmati keindahan lautan. Amat bertepatan sekali Kuala Terengganu diberikan jolokan sebagai Bandaraya Warisan Pesisir Air.


Mercu tanda di bandar Marang iaitu replika udang dan sotong. Singgah di Pasar Besar Marang untuk membeli serba sedikit makanan seperti keropok, ikan masin, satar dan nasi dagang. Anak yang seorang itu suka sungguh dengan satar, RM15 satar dimakan seorang sahaja...


Untuk pengetahuan, Satar ialah sejenis makanan yang diperbuat daripada ikan yang dihancurkan dan dicampurkan dengan kelapa serta cili giling. Dibungkus dengan daun pisang berbentuk tiga segi kemudian dicucuk dengan sebatang bilah buluh atau besi seperti satay lalu dipanggang di atas bara api. Ianya sungguh sedap makan panas-panas.



Replika Batu Bersurat yang terdapat di bandar Kuala Terengganu. Terletak di tangah-tengah bulatan jalan utama memasuki ke pusat bandar.



Bersiar-siar di Dataran Shahbandar. Kelihatan bas bandar 'Cas Ligas' yang berbentuk tradional yang dikira satu-satunya yang terdapat di Malaysia. Tidak sesuai untuk perjalanan jauh kerana bimbangkan bumbungnya akan tertanggal. He.. he..


Bila sudah datang ke Kuala Terengganu, memang tidak sahlah jika tidak ke Taman Tamadun Islam yang terkenal dengan Masjid Kristalnya. Kami telah dibawa oleh Pn. Noor Ashikin sebagai pemandu pelancong iaitu rakan setugas orang rumah yang memang berasal dari Kuala Terengganu.


Pemandangan Masjid Kristal yang cukup indah.


Replika Taj Mahal yang terdapat di dalam Taman Monumen. Bayaran dikenakan untuk memasuki taman ini ialah dewasa RM15.00 manakala kanak-kanak dan warga emas RM8.00.


Mendedahkan kepada pengunjung keindahan senibina-senibina Islam yang terdapat pada bangunan-bangunan di zaman lampau.


Singgah sebentar di Pasar Chabang Tiga untuk membeli apa-apa yang patut sebagai buah tangan daripada Terengganu.


Berehat dan makan-makan di rumah Pn. Noor Ashikin lalu kami meneruskan perjalanan ke Kota Bharu, Kelantan. Melalui jalan pesisir pantai dan menempuh bandar Setiu, Kg. Raja, K. Besut dan Pasir Puteh.


Pukul 8.30 p.m. tiba di Kota Bharu. Bermalam di rumah abang di Pengkalan Chepa. Kebetulan pula berlangsungnya Muktamar PAS, memang sukar untuk mendapatkan hotel atau resort yang kosong.


Pertama kali aku menikmati sup belut sewaktu makan malam di sebuah restoran tom yam di Pengkalan Chepa. Memang sedap meskipun sesekali terasa juga 'kembang tengkuk' apabila terbayangkan mengenai fizikal belut itu. Namun tetap aku gagahi juga demi menghormati anak-anak dilihat sungguh berselera menikmatinya...


5 Any comments?:

Fizan Wan Pani said...

Dua tahun sudah, rumah saya di Taman Sri Baung, jalan pengkalan Chepa. Jika cikgu datang lg ke Pengkalan Chepa, boleh singgah ke restoren Food Village. Makanan ala seafood dengan sup (air rebusannya) sangat sedap pada harga yang berpatutan.

maCy said...

tak pernah pergi.. teringin nak tgk msjid crstal tu dpn2.. huhu

Cheqna said...

Taman Tamaddun Islam dekat dengan rumah mak di kampung ~ Losong. :-)

mikaidamann said...

Salam, teringat cuti sekolah 2 tahun lepas, cuti2 malaysia, dari pahang ke t'ganu then kelantan - 1 minggu. Seronok sgt. Baca blog BR nostalgia lak, rasa nak buat sekali lagi!!

noor afzan said...

hari tu saay pi pulau kapas..
mmg terbaikkk..

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'